web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet Filem 'Roh' Lebih Rendah Daripada Wang Kemenangan FFM31 

Filem indie seram berbajet rendah, 'Roh' berjaya menggondol enam anugerah di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) termasuklah Filem Terbaik

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 2:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem bergenre seram, Roh telah berjaya mengondol enam anugerah di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) termasuklah anugerah Filem Terbaik dalam acara yang berlangsung pada malam Jumaat lalu. 

Sebagai pemenang utama, selain trofi, penerbit filem Roh turut menerima Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000 yang disalur mengikut garis panduan tatacara permohonan dana industri kreatif.

Filem Roh diarahkan oleh Emir Ezwan dan dibintangi oleh Farah Ahmad, Namron, June Lojong, Putri Qaseh, Harith Haziq dan Mhia Farhana. 

Menurut Penerbit Eksekutif filem Roh iaitu Amir Muhammad, dia sangat terharu kerana filem ‘kecil’ mereka diangkat sebagai filem terbaik di FFM31.

“Sebenarnya filem Roh bajetnya lagi rendah dari RM500,000. Jadi, apabila menerima dana RM500,000 sebagai salah satu habuan kemenangan, Alhamdulillah sesuatu peningkatan sebenarnya itu kita.

"Falsafah kami di Kuman Pictures, kami tak buat filem mahal. Kami buat filem dengan biaya rendah dan skala yang kecil tanpa menggunakan banyak lokasi dan pelakon sebab saya nak kembalikan sewaktu saya mula-mula mengarah filem dan dokumentari dulu dimana saya selalu buat dengan skala yang kecil. Tetapi filem itu tidak ditayang sebab diharamkan dan sebagainya. 

"Selepas itu saya dah tak buat filem selama 10 tahun. Saya buat kerja lain. Bila saya mulakan Kuman Pictures pada 2018, saya nak kembali ke zaman kononnya indie dimana filem dibuat dengan cara yang mandiri dan kita beri kebebasan kreatif kepada pengarah sebab dia adalah kuasa yang paling kreatif dalam sesebuah filem.

"Pemilihan pelakon juga dibuat atas dasar mereka boleh berlakon. Bukan atas dasar mereka ada berapa juta pengikut di media sosial,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

Amir Muhammad
Amir Muhammad

Kata Amir lagi, Roh adalah karya yang menggabungkan elemen indie dan seram yang lebih ‘mass’, tetapi dibuat dengan kreativiti pengarahnya sendiri.

“Apa yang anda lihat dalam filem Roh itu adalah imaginasi Emir Ezwan (pengarah) sendiri. Dia seorang yang sedikit pelik, sebab itu filem itu jadi sedikit pelik dan kami tak masuk campur dalam urusan kreatifnya.

"Begitu pun,kami mementingkan nilai produksi dari segi visual dan bunyi perlu sangat professional bukan sekadar tangkap muat. Ada kompromi dari segi teknikal. Namun, dari segi pengisian setiap pengarah digalakkan untuk bermain di tamannya sendiri. ” ujarnya. 

Antara sebab Kuman Pictures lebih selesa menerbitkan filem berbajet rendah adalah kerana mereka boleh menjadi lebih bebas.

“Pada saya semakin tinggi bajet itu, semakin kami menjadi berhati-hati kerana perlu masukkan pelbagai elemen contohnya letupan atau babak di luar negara," kata Amir. 

Kongsinya lagi, sewaktu mula-mula mahu memasarkan Roh, ada pengedar yang menolak dengan alasan filem ini tidak boleh dijual.

“Kadang-kadang apa yang kita anggap pasaran inginkan sebenanrnya jauh tersasar. Mungkin anggapan kita tentang pasaran adalah pasaran yang lima  atau 10 tahun dulu. Masa mula ingin pasarkan filem Roh, kami ada jumpa beberapa pengedar.

"Ada pengedar kata filem ini tidak akan disukai penonton sebab orang tak faham. Ada yang kata filem ini akan diharamkan kerana akidah dan sebagainya. Saya agak terkejut mendengar maklum balas itu. Tetapi apabila ditayangkan, ramai juga yang suka," kata Amir. 

Ditanya tentang ada penonton yang tidak faham tentang jalan cerita Roh, kata Amir semuanya terpulang kepada interprestasi penonton.

“Filem Roh ini sebenarnya terbuka kepada pelbagai interpretasi. Ada penonton yang anggap filem ini mengenai agama. Ini kerana orang yang baik kalau tidak solat tetapi akan dihukum dan ironinya iblis cuba menasihati manusia supaya menyembah tuhan tetapi manusia tak mahu dengar," katanya.  

Kongsinya lagi, Filem Roh turut ditayangkan di Amerika Syarikat dan mendapat pelbagai ulasan. Namun, tiada satu pun ulasan yang mengatakan filem ini mengajar nilai Islam. Mereka melihatnya dengan cara yang universal di mana ketakutan ada dalam diri setiap manusia. 

Ditanya apa yang akan dilakukan dengan habuan dana RM500,000 nanti, Amir menjelaskan dia akan bekerjasama dengan Emir Ezwan sekali lagi untuk menghasilkan sebuah filem.

“Kami mengadakan pertandingan menulis skrip yang diumumkan beberapa hari lepas di laman media sosial kami. Skrip yang menang akan difilemkan,” kongsinya.

Selain Filem Terbaik, Roh turut membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Rekaan Busana Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. - Getaran, 14 Disember 2021

Gambar: FFM31

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 13 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...