web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keluar Hospital, Zul Ariffin Terus Menang Pelakon Lelaki Terbaik FFM31

Baru sahaja keluar dari hospital akibat masalah kesihatan, pelakon popular Zul Ariffin dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) menerusi lakonannya dalam filem 'Sangkar'.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Dec 2021 5:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja keluar dari hospital akibat masalah kesihatan, pelakon popular Zul Ariffin dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) menerusi lakonannya dalam filem Sangkar.

“Saya baru sahaja keluar hospital tengah hari tadi selepas tiga hari ditahan kerana masalah hipertensi. Kemudian saya balik rumah bersiap untuk hadir ke FFM31 malam ini.

“Tujuh tahun lalu saya menang Pelakon Lelaki Harapan. Saya masih ingat lagi ketika itu di belakang pentas apabila Datuk Rosyam Nor yang merupakan penyampai anugerah pada malam itu berkata pada saya dia akan ketuk saya dengan trofi ini andai satu hari nanti saya tidak membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

“Seperti kata Remy Ishak, untuk mendapatkan trofi FFM sangat susah. Ianya hampir mustahil tetapi tidak,” katanya sambil tersenyum dan melihat trofi kemenangan yang berada di dalam genggamannya. 

Pada malam itu kelihatan Zul begitu beremosi saat menerima kemenangannya di FFM31. Ditanya kenapa dia berkelakuan sebegitu, kata Zul, FFM adalah satu anugerah yang sangat berprestij.

“Orang yang pernah pegang trofi ini semuanya orang yang hebat. Alhamdulillah, kini saya pula dapat masuk dalam senarai itu. Bukan bermaksud anugerah lain tidak bagus. Tetapi seperti yang saya katakan, anugerah FFM hampir mustahil untuk mendapatkannya,” jelasnya.

Zul turut menyifatkan kemenangannya di FFM31 adalah anugerah terindah untuk tahun 2021 selepas pelbagai perkara yang dilaluinya sepanjang tahun.

“Sememangnya, 2021 saya rasa seperti nak tunggang terbalik! Anugerah ini adalah penutup terbaik untuk tahun 2021,” katanya yang bakal kembali memeriahkan industri hiburan untuk tahun 2022. - Getaran, 13 Disember 2021

Gambar : FFM31

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Refleksi 3 tahun yang lalu

Saringan Faktor Risiko Boleh Kurangkan Risiko Pra-Eklampsia Semasa Hamil

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ambil Garam Melebihi Saranan, Tingkat Risiko Hipertensi

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Pengalaman Zul Ariffin Dikejar 13 Wanita

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN