Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Saringan Faktor Risiko Boleh Kurangkan Risiko Pra-Eklampsia Semasa Hamil

Pra-eklampsia, gangguan hipertensi kehamilan yang mengancam nyawa, bukan sahaja menjejaskan kehamilan ibu tetapi juga tumbesaran bayi mereka dan menyebabkan kelahiran pramatang.

Refleksi Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 8:00AM

Dr Syeda Nureena Zaidi berkata walaupun tiada jawapan jelas mengapa ibu hamil mendapat pra-eklampsia, risikonya boleh dikurangkan. - Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saat menanti kelahiran bayi adalah perjalanan terindah bagi  setiap wanita, namun ada yang mungkin menghadapi cabaran ketika hamil dan kelahiran berikutan masalah kesihatan seperti pra-eklampsia.

Pra-eklampsia, gangguan hipertensi kehamilan yang mengancam nyawa, bukan sahaja menjejaskan kehamilan ibu tetapi juga tumbesaran bayi mereka dan menyebabkan kelahiran pramatang.

Di seluruh dunia, pra-eklampsia menyebabkan lebih 500,000 kematian janin dan neonatal serta lebih 70,000 kematian ibu setiap tahun manakala kajian yang dijalankan pada 2010 di pusat penjagaan kesihatan tertiari di Kuala Lumpur melibatkan 40,212 kelahiran mendapati prevalens pra-eklampsia adalah 1.6 peratus.

Dr Syeda Nureena Zaidi
Dr Syeda Nureena Zaidi

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Sunway City, Pusat Perubatan Sunway, Dr Syeda Nureena Zaidi berkata walaupun tiada jawapan jelas mengapa ibu hamil mendapat pra-eklampsia, risikonya boleh dikurangkan.

“Oleh kerana punca asasnya masih belum difahami sepenuhnya, tiada cara untuk mencegah sepenuhnya keadaan itu tetapi faktor risiko telah dikenal pasti dan terdapat langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan menghidap pra-eklampsia.

“Sebaik-baiknya wanita yang merancang untuk hamil perlu disaring untuk faktor risiko,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Pra-Eklampsia Sedunia.

Dr Syeda Nureena berkata pengambilan aspirin dari 12 minggu kehamilan telah terbukti dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia.

Sementara itu, beliau berkata memandangkan tekanan darah tinggi atau hipertensi semakin kerap memberi kesan kepada rakyat Malaysia, gaya hidup sihat adalah penting terutama sebelum memulakan kehamilan dan ini termasuk makan secara sihat dengan pengambilan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan penghidratan yang baik.

Beliau berkata secara umumnya mereka yang berumur melebihi 40 tahun atau mempunyai indeks jisim badan (BMI) 30kg/m2 atau lebih tinggi berisiko mendapat pra-eklampsia.

Faktor risiko lain termasuk sejarah keluarga hipertensi semasa kehamilan, hipertensi semasa kehamilan sebelumnya, penyakit buah pinggang kronik, penyakit autoimun (Systemic Lupus Erythematosus), diabetes mellitus jenis 1 atau 2 dan hipertensi kronik.

Dr Syeda Nureena berkata ibu hamil juga perlu melihat tanda-tanda awal pra-eklampsia seperti bengkak muka dan bengkak anggota bawah tetapi apabila hipertensi bertambah buruk, gejala lain termasuk sakit kepala, penglihatan kabur, loya dan muntah serta sakit epigastrik boleh terjadi.

“Bengkak muka dan anggota bawah berlaku kerana kehilangan protein melalui urin menyebabkan cecair di dalam badan keluar beralih ke ruang ketiga. Apabila tekanan darah tinggi bertambah buruk, tekanan yang meningkat menyebabkan gejala lain timbul," katanya.

Beliau mengingatkan jika dibiarkan tanpa dirawat, pra-eklampsia akan berkembang menjadi eklampsia iaitu berlakunya sawan semasa kehamilan yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.

Dr Syeda Nureena berkata jika didiagnosis dengan pra-eklampsia, ubat digunakan untuk mengawal tekanan darah tetapi tidak merawat sepenuhnya penyakit itu.

"Apabila pesakit telah didiagnosis dengan pra-eklampsia, adalah penting untuk memantau ibu dan bayi dengan teliti. Selagi kehamilan berterusan, risiko pra-eklampsia semakin teruk kekal," katanya.

Dr Syeda Nureena menambah ibu juga berisiko menghidap pra-eklampsia selepas bersalin kerana tekanan darah boleh meningkat secara progresif dalam tempoh lima hari pertama selepas bersalin.

Terdapat juga risiko kelahiran pramatang kerana mungkin terdapat keperluan bagi menamatkan kehamilan untuk mengawal tekanan darah, katanya.

Beliau berkata pendidikan untuk ibu, pasangan dan keluarga mereka adalah penting untuk memastikan semua orang menyedari apa yang perlu diberi perhatian serta untuk menghapuskan ketidakpastian mengenai keadaan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Rakyat Malaysia Ambil Garam Melebihi Saranan, Tingkat Risiko Hipertensi

2

TARA 1 tahun yang lalu

Ketahui 4 Tanggapan Salah Golongan Muda Terhadap Serangan Jantung

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ramai Ibu Hamil Dapat Jangkitan COVID-19 Kategori Serius

4

TARA 2 tahun yang lalu

Hati-hati, Eklampsia Membunuh Ibu-Ibu Selepas Bersalin!

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY