web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengalaman Zul Ariffin Dikejar 13 Wanita

Menerusi program 'Pencuri Hati' itu, 13 wanita yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang bakal berentap merebut hati jejaka idaman Malaya iaitu Zul Ariffin.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 8:28PM

Zul Ariffin, Sherry Alhadad dan para peserta 'Pencuri Hati' - Gambar ihsan Sooka

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Zul Ariffin mengakui agak canggung dan malu untuk berhadapan dengan 13 wanita sepanjang terlibat dengan sebuah rancangan realiti selebriti 'Bachelor'. 

Menerusi program 'Pencuri Hati' itu, 13 wanita yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang bakal berentap merebut hati jejaka idaman Malaya iaitu Zul Ariffin sepanjang 10 episod.  

Siapa sangka pelakon Talbis Iblis ini agak pemalu bila berhadapan dengan wanita. Zul mengakui sangat mencabar untuk berinteraksi dan membuat semua peserta berasa selesa dengannya.

“Saya cuba untuk tidak melihat kamera dan menjadi diri saya sendiri di dalam show ini. Kalau saya cakap saya segan (dengan wanita), nanti orang tak percaya. Kalau anda rasa saya seorang lelaki yang boleh duduk berbual hal romantis, saya bukanlah seperti itu. 

“Kalau dalam drama, saya berlakon menjadi watak romantik. Sudah semestinya saya akan buat sehabis baik. Tapi untuk show ini, ia mencabar kerana ia tiada skrip dan peserta boleh tanya apa sahaja mereka mahu. 

“Saya ambil masa sedikit untuk menyesuaikan diri dengan peserta,” katanya ketika kepada Getaran ketika ditemui di majlis sidang media rancangan 'Pencuri Hati'. 

Zul Ariffin
Zul Ariffin

Bercerita mengenai pengalamannya mengendalikan 13 peserta wanita, Zul tersenyum. 

“Saya cuba untuk buat mereka yang bersama-sama saya berasa selesa. Saya tak masuk ke kehidupan peribadi peserta. Saya sekadar berbual tentang pendapat mereka mengenai sesuatu perkara.

“Selepas bertemu semua wanita ini, saya merasakan mereka sangat berwawasan. Mereka berniaga dan tahu apa yang mereka mahu. 

“Seronok bersembang dan kacau mereka. Saja mahu lihat bagaimana reaksi mereka. Pendek kata, ada banyak personaliti dan semuanya baik-baik,” tambahnya. 

Setiap episod yang ditayangkan bakal menguji peserta secara individu dan berkumpulan dalam pelbagai cabaran seperti masakan, fotografi dan sukan lasak. 

Peserta yang memenangi cabaran mingguan mungkin berpeluang menerima ‘Purple Note’ atau nota istimewa serta menikmati peluang meluangkan masa bersama Zul Ariffin. Manakala peserta dengan markah terendah bakal menghadapi penyingkiran.  

Pemilihan dilakukan oleh Zul Ariffin sendiri beserta bantuan daripada Sherry Alhadad dan Dr Say Shazril selaku penasihat atau Resident Advisors dan pembimbing peserta.

Kesemua sepuluh episod program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka bermula 9 Disember 2022 sehingga 10 Februari 2023. - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kesemua 64 Perlawanan  Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Kini Boleh Disaksikan Di ‘Sooka’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kandungan Sumbang: Pelakon Zul Ariffin Didenda RM30,000

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Zul Ariffin Hijrah ke Makkah, Rumah 5km Dari Masjidil Haram

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad