Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kandungan Sumbang: Pelakon Zul Ariffin Didenda RM30,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2022 12:34PM

Pelakon drama dan filem Zul Ariffin, didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memuat naik kandungan video bersifat sumbang menggunakan aplikasi Instagram miliknya, pada 18 Mac lepas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pelakon drama dan filem Zul Ariffin, didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memuat naik kandungan video bersifat sumbang menggunakan aplikasi Instagram miliknya, pada 18 Mac lepas.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul Ariffin atau sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, yang didakwa membuat penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Instagram zul_ariffin dengan niat menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merujuk kepada penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala tertuduh diwakili peguam P. Sivaram.

Pada 18 Mac lepas, pelakon itu mengundang kontroversi selepas memuat naik video yang memaparkan ‘teaser’ adegan panas daripada drama ‘Perempuan Itu’ sebelum bertindak memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi media sosial.

Fazril Sani memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana telah mengundang reaksi negatif daripada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini termasuk golongan penggiat seni.

“Hukuman perlu mencerminkan impak tindakan tertuduh terhadap masyarakat. Ini kerana kes ini mengundang reaksi negatif daripada masyarakat. 

“Suatu hukuman setimpal adalah wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi atau melakukan kesalahan sama di masa hadapan,” katanya.

Peguam Sivaram pula memohon agar mahkamah meringankan hukuman atas faktor pelakon berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah dan perlu menanggung kos perubatan bapa yang berusia 74 tahun serta kakaknya, 48, kerana masalah kesihatan.

Tertuduh juga telah bertindak pantas dengan memadam segera kandungan tersebut pada 19 Mac, katanya.

Hakim Noorhisham menjatuhkan hukuman denda RM30,000, dan jika gagal membayar akan dikenakan hukuman penjara sembilan bulan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Hina Ngepan Indu, Pempengaruh Didenda RM10,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Luar Negara 23 jam yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran