web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Lagu Cinta - Iwan

Dia pernah popular dengan lagu dangdut sehingga digelar Raja Dangdut Malaysia tetapi kini Iwan tidak mahu menyanyikan lagu cinta lagi. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang pernah digelar Raja Dangdut Malaysia iaitu Iwan memberitahu dia tidak akan menyanyikan lagu-lagunya yang mempunyai lirik tentang kisah cinta.

Menurut Iwan atau nama sebenarnya, Wan Syahman bin Wan Yunus ,60, dia masih akan menyanyikan lagu-lagunya tetapi liriknya telah ditukar kepada zikir atau bait-bait kerohanian. 

“Kita sebenarnya lahir ke dunia ini untuk cintakan kebesaran Allah. Kita tak boleh cinta kebesaran makhluk. 

'Benar dulu saya pernah hasilkan lagu-lagu cinta. Dulu saya masih tidak faham. Tidak mengapa, inilah dinamakan perjalanan hidup,” katanya. 

Tambah penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Yang Sedang Sedang Saja' ini, dia pernah dihantui kesalan kerana menghasilkan lagu-lagu cinta. 

Mengulas perkembangan terkini, Iwan merupakan salah seorang peserta program realiti terbaharu TV Al Hijrah iaitu Hijrahku Laguku.

Ditanya apa yang membuatkan dia bersetuju untuk menyertai program itu, Iwan berkata, pada mulanya namanya tiada dalam senarai peserta yang bertanding namun pertemuan dengan Faizal Ismail terlah merubah segalanya.

“Saya berjumpa dengan Faizal dalam satu program keagamaan. Dia beritahu saya tentang program ini kerana merasakan saya calon yang sesuai.

"Apabila dia menjelaskan tentang konsep ini dan semua peserta yang bertanding adalah lelaki, jadi saya bersertuju," katanya. - Getaran, 26 November 2021

Gambar: Helmi Anuar (menggunakan Iphone 13)

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN