web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ogy Ahmad Daud Curah Ilmu Lakonan Dalam Buku 'Mencari Noriah'

Buku 'Mencari Noriah' mengandungi pelbagai perkongsian teknik dan kaedah tentang ilmu lakonan yang berguna buat pelakon.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 3:13PM

Gambar: Instagram @kak_ogy

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi memastikan generasi akan datang mempunyai sikap menghargai dan menghormati ilmu lakonan sekiranya mahu menjadi anak seni berkualiti, Seniwati Fauziah Ahmad Daud, 59, atau telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah buku seni lakon berjudul Mencari Noriah yang bakal dilancarkan pada Januari tahun depan.

Buku Mencari Noriah kini dalam perancangan untuk disiapkan mengandungi pelbagai perkongsian tentang teknik dan kaedah tentang ilmu lakonan yang cukup berguna untuk keperluan seseorang pelakon yang mahu menceburi bidang lakonan secara serius dan profesional. 

“Lakonan adalah ekspresi jiwa. Tiba masanya orang sedar dan tahu bahawa seni lakon ini karya yang mahal. Bukan main terjah dan lontar dialog sahaja. Ia mempunyai kaedah dan tekniknya sendiri ” tegasnya yang lebih mesra disapa sebagai Ogy. 

Lakonan Ogy dalam drama Ayahanda meninggalkan kesan di hati penonton.
Lakonan Ogy dalam drama Ayahanda meninggalkan kesan di hati penonton.

Anak kepada seniman Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan seniwati Allahyarham Datin Saadiah ini gigih menurunkan ilmu lakonan kepada pelapis muda dan berharap dapat meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018. 

“Dengan apa yang diusahakan sekarang iaitu mendidik dan berkongsi ilmu, secara tidak langsung membuatkan harapan arwah ayah untuk melihat saya menjadi pendidik tercapai. Arwah memang mahu sangat saya menjadi seorang pendidik. 

“Jika ditanya tentang keinginan saya sementelah meneroka semua cabang seni, doa saya moga Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan tiga tahun lalu mampu menjadi sebuah legasi yang masyhur.

“Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan memberikan semula pengetahuan diperoleh selama hampir 50 tahun kepada generasi baharu. Mustahil untuk bergelar seorang pelakon hebat dalam masa tujuh hari. Seseorang kena belajar mengenali dan memahami seni sebelum menjadi bintang," katanya. 

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1986 dan 1987 itu mengeluarkan kenyataan ini sewaktu menjayakan sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) Sabtu lalu.  

Program ini diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember nanti. 

Dalam sesi siaran langsung di Intagram yang mengangkat topik, Aku Pelakon Baik serta dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil itu Ogy telah diundang sebagai selebriti jemputan. 

Selain itu, beberapa lagi sesi sama akan diadakan sehingga 29 November ini dan menampilan ramai bintang tersohor tanah air. 

Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin. Manakala topik How To Make A Drama Go Viral - The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh. - Getaran, 23 November 2021.

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 23 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

Khadam, kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia.

oleh Rahayu MN