web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Britney Spears Kini Bebas!

Selepas lebih 13 tahun menderita akibat kawalan konservator, mahkamah telah membebaskan penyanyi popular, Britney Spears bekuat kuasa 12 November 2021.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 11:16AM

Gambar: Patrick T. Fallon, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas 13 tahun hidup dalam kawalan, akhirnya penyanyi sensasi, Britney Spears telah dibebaskan dari sebarang perintah kawalan terhadapnya.

Hakim mahkamah di Los Angeles telah menamatkan perintah konservator terhadap Britney atau nama sebenarnya Britney Jean Spears ,40, berkuat kuasa pada 12 November 2021.

"Berkuat kuasa hari ini, kawalan terhadap individu dan harta pusaka Britney Jean Spears dengan ini ditamatkan," kata Hakim Brenda Penny selepas perbicaraan.

Sebelum ini penyanyi yang popular dengan lagu ‘Baby, One More Time’ itu telah membuat rayuan di mahkamah untuk menghentikan kawalan konservator terhadapnya yang telah diberikan kepada bapanya iaitu Jamie Spears.

Britney mendedahkan bahawa dia telah menderita selama 13 tahun kerana tidak dibenarkan membuat keputusan untuk dirinya sendiri dari segi kewangan, uruskan diri serta dihalang untuk hamil lagi. 

Dia turut kehilangan hak penjagaan dua anak lelakinya hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya Kevin Federline, iaitu Sean Preston Federline,16 dan Jayden James Federline, 15. 

Lebih mengejutkan, Britney memberitahu mahkamah bahawa dia turut diberikan dadah serta dipaksa untuk membuat persembahan tanpa kerelaannya dan dihalang untuk berkahwin lagi.

Sementara itu, Britney menerusi hantaran terbarunya di Instagram meluahkan rasa gembira di atas pembebasannya ini serta berterima kasih kepada semua peminatnya yang sentiasa menyokongnya selama ini.

“Saya sangat sayangkan peminat-peminat saya. Saya rasa saya akan menangis sepanjang hari ini. Hari ini adalah hari yang paling terbaik. Segala pujian kepada Tuhan,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Peminat Britney telah berkumpul di luar mahkamah sempena hari pembebasan ini yang dianggap sebagai kejayaan besar buat mereka kerana akhirnya idola mereka kembali bebas dan boleh hidup gembira.

Para peminat Britney Spears meraikan keputusan mahkamah di Los Angeles, CaliforniaGambar: Patrick T. Fallon, AFP
Para peminat Britney Spears meraikan keputusan mahkamah di Los Angeles, CaliforniaGambar: Patrick T. Fallon, AFP

Nama Britney turut trending di Twitter hari ini. Malah rakan-rakan selebriti turut gembira dengan keputusan mahkamah ini.

Britney sekarang ini dikatakan dalam persiapan untuk melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya iaitu Sam Asghari dan dikhabarkan akan memakai gaun perkahwinan yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Donatella Versace. - Getaran , 13 November 2021

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 4 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan