web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahrol Shiro Persoal Kredibiliti Juri Maharaja Lawak Mega 2021

Barisan juri Maharaja Lawak Mega 2021 mendapat kritikan penonton dan selebriti tempatan kerana tiada seorang pun dari mereka merupakan dari kalangan pelawak.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 8:59AM

Shahrol Shiro dan dua juri MLM21, Diana Danielle dan Uqasha Senrose

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program hiburan bergenre komedi kegemaran ramai, 'Maharaja Lawak Mega 2021' (MLM21) telah pun memulakan pentas pertamanya pada Jumaat lalu. 

Pada malam itu juga, buat pertama kalinya empat juri profesional diperkenalkan kepada penonton. Mereka ialah penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor, penyanyi dan komposer, Noh Salleh dan dua pelakon jelita iaitu Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Namun pemilihan barisan juri berkenaan telah menimbulkan ketidakpuasan hati kepada sesetengah pihak yang merasakan kerusi juri itu lebih layak diisi dengan barisan pelawak bukannya selebriti dari bidang berlainan genre.

Hal ini turut menarik perhatian pelawak terkenal yang juga bekas juara Maharaja Lawak Mega 2018, Shahrol Shiro. Menerusi beberapa hantaran di akaun media sosialnya, Shahrol dilihat seolah-olah mempersoalkan kredibiliti barisan juri MLM21 dan memberi contoh program dari negara seberang yang memilih juri dari kalangan pelawak sebagai juri profesional. 

Tangkapan layar 'posting' Shahrol di Facebook
Tangkapan layar 'posting' Shahrol di Facebook

Hadir menonton secara langsung dari rumah menyokong sahabat-sahabat yang bertanding musim terbaru Maharajalawak Mega 2021.Tidak meletakkan harapan tinggi kerana semua kumpulan baru dibentuk walau ada peserta lama. Gelak tawa sedikit suram kerana penonton yang kurang atas faktor SOP.

“Ada satu isu yang sering dibangkitkan dari dahulu ialah juri. Sepatutnya juri adalah mereka dari kalangan pelawak atau yang mempunyai pengalaman pernah buat persembahan di atas pentas kerana mereka lebih arif dan boleh memberi teguran yang boleh membina supaya peserta tahu di mana kesilapan. 

“Dengan itu kualiti persembahan boleh ditingkatkan dari peserta di minggu hadapan. Jika dibandingkan program pertandingan komedi di Indonesia, jurinya semua berpengalaman luas dalam bidang komedi jadi mereka tahu kesilapan dan memberi teguran yg membina. Jadi peserta dapat memperbaiki jadi yg lebih baik minggu hadapan,” tulisnya di Facebook.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 37, turut memberi contoh program seperti 'Gegar Vaganza' misalnya telah diadili oleh juri-juri yang mempunyai kepakaran dalam bidang muzik seperti Datuk Ramli MS dan lain-lain.

Dalam hantaran yang lain pula, Shahrol telah berkongsi profil juri-juri profesional program ‘Stand Up Comedy Indonesia’ yang terdiri dari kalangan mereka yang arif dalam bidang komedi. 

"Mereka mengkritik dan memberitahu di mana kesalahan berlandaskan pengalaman mereka agar peserta 'Stand Up Comedy Indonesia' dapat membetulkan kesilapan serta memberikan persembahan yg lebih baik dan berkualiti," tulisnya di bahagian kapsyen.

Shahrol juga telah memuatnaik sebuah video petikan dari program ‘Stand Up Comedy Indonesia’, di mana salah seorang jurinya, pelawak legenda, Indro Warkop sedang memberikan komen membina kepada peserta yang bertanding. 

Kualiti sebuah kritikan. Jika bagus dipuji jika salah dibetulkan. Beritahu apa yang salah agar dapat diperbetulkan agar menjadi lebih baik atas pengalaman dan ilmu selari dengan bidang.

“Analoginya apa akan jadi jika pemain bola sepak profesional tapi minta komen dan nasihat dari seorang mak andam??? Jawapannya disuruh 'make up' dan 'touch up' sebelum masuk padang, jangan lupa bawa kotak tisu senang nak lap peluh nanti,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen pula, kelihatan ramai netizen yang turut mempunyai pandangan yang sama dengan Shahrol.

Rata-rata mereka merasakan ada nama-nama yang lebih layak untuk duduk di kerusi juri seperti Saiful Apek, Datuk Afdlin Shauki, Harith Iskander, Salih Yaacob dan Douglas Lim yang sememangnya jauh lebih arif tentang persembahan pentas berunsur komedi.

Maharaja Lawak Mega 2021 disertai oleh 11 kumpulan yang terdiri daripada pelawak-pelawak terkenal tanah air yang akan membuat persembahan mingguan demi merebut hadiah utama bernilai RM500,000.  – Getaran, 18 Oktober 2021

Gambar : Instagram Shahrol Shiro, Diana Danielle dan Uqasha Senrose

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN