web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan Dolla Pula Mewakili Malaysia Di Papan Iklan NY Times Square

Kumpulan nyanyian wanita tempatan Dolla pula muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 9:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bakat-bakat Malaysia terus mengharumkan nama negara di mata dunia. Terbaharu, kumpulan nyanyian wanita tempatan Dolla pula muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Penampilan Dolla yang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen Equal oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify. Equal adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin menjalin kesamaan wanita lewat audio dan memperjuangkan kesamaan dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Terdapat 35 senarai lagu atau playlist Equal yang meliputi artis dari 50 negara, di mana Dolla sebagai wajah hadapan merupakan wakil bagi senarai lagu Equal Malaysia dan Singapura. Terdapat juga senarai lagu terbaik global Equal atau 'the best Equal Global Playlist' yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.

Dolla yang terdiri daripada empat anak gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel begitu teruja saat mendapat khabar berita ini.

“Kami tak mampu nak luahkan perasaan kami sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat sebuah kumpulan nyanyian seperti kami yang baru hendak bertatih dan kami harap kami akan dapat terus memenuhi harapan para peminat ,” jelas Sabronzo selaku wakil kumpulan tersebut.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2019 itu mula menggegar industri muzik tempatan dengan penampilan mereka yang agak berani serta gaya persembahan yang mengagumkan.

Bersenjatakan gerak tari yang lincah dan gaya penampilan fesyen yang sensasi, kumpulan ini terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan.

Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.

Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.

Mereka juga mengambil bahagian dalam sebuah lagu kerjasama anjuran ABS-CBN Filipina berjudul 'Heal', sebuah kolaborasi bersama 13 artis-artis Wanita di Asia Tenggara. Pada tahun 2021, Dolla juga sempat mengeluarkan ‘Raya Raya Raya’, sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lagu tersebut telah meraih empat juta tontonan di YouTube.

Dolla juga merupakan artis Malaysia ketiga yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas  Yuna, dan bintang baharu Layla Sania bulan lalu.-Getaran, 22 September 2021.

Semua gambar dari Universal Music kecuali tertera

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Tingkat Kerjasama  Global Holistik Berasas Kemanusiaan 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa