web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jackson Yi Dan Wang Yibo 'Juara' Senarai Selebriti Forbes China

Setiap tahun, apabila senarai selebriti Forbes China ini dikeluarkan, akan ada yang berubah kedudukan. Dengan berada dalam senarai berkenaan sudah pasti nilai komersial setiap selebriti juga akan meningkat.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Sep 2021 2:41PM

Jackson Yi dan Wang Yibo. Gambar: Twoeggz.com dan Weibo Wang Yibo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jackson Yi baru berusia 20 tahun namun dia sudah menduduki tangga pertama dalam senarai selebriti Forbes China untuk 2021.

Senarai Forbes ini merupakan salah satu topik yang hangat diperkatakan di China pada setiap tahun. Tempat kedua adalah Wang Yibo manakala ketiga pula adalah Jia Ling.

Statistik untuk senarai selebriti Forbes China bermula 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

Aktor, penyanyi, penyampai TV atau radio, pengarah, penulis, model, atlet dan ramai lagi yang merekodkan pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing akan diambil kira.

Ia turut merangkumi selebriti dari Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Dengan begitu ramai calon yang berada dalam senarai berkenaan, bagaimana Jackson, pada usia semuda itu menjadi seorang yang berpengaruh dalam kalangan selebriti terbabit?

Jackson, menyerlah dalam industri perfileman dengan filem You Are A Teenager dan menjadi remaja anti kanser dalam filem Send You A Little Red Flower yang diterbitkan pada tahun lepas.

Dia juga menerbitkan album serta terlibat dalam rancangan realiti 'Here!' serta 'This Is Hip-Hop' sekali gus menaikkan lagi popularitinya.
 
Jackson memulakan karier dalam bidang seni pada usia 13 tahun, dengan menyertai kumpulan TFBOYS. Pada permulaan debut itu, dia telah dikritik oleh netizen dek penampilannya yang tidak seperti seorang artis, namun Jackson tidak patah semangat dan meneruskan kerjaya seninya.

Dalam United Youth Forum yang disertainya, Jackson dengan bersemangat, serius dan tegas telah berucap pada majlis berkenaan.

Dia juga menunjukkan kesungguhan pada semua bahawa dia boleh menyanyi dan menari selain berlakon.

Kesungguhan ini melayakkannya memenangi anugerah Aktor Baru Terbaik dari Hong Kong Film Award dan lakonannya turut dipuji oleh CCTV News serta People's Daily Online.

Malah ketika Henan dilanda banjir terburuk beberapa bulan lalu, Jackson menjadi antara selebriti yang menyumbang kepada tabung bencana Henan, melibatkan sumbangan sebanyak RM1.3 juta.

Penyenaraiannya di kedudukan pertama Forbes itu menambahkan lagi nilai pada Jackson termasuk dari segi komersial. Sejak berusia 17 tahun lagi, nilai komersialnya adalah tinggi.

Pada usia berkenaan, dia sudah menjadi duta jenama terkenal termasuk Bvlgari, BMW, Adidas, Tiffany & Co dan Armani.

Berdasarkan statistik, selepas Jackson dilantik sebagai duta jenama-jenama terbabit, jualan sesetengah jenama meningkat sehingga 500%. Keadaan ini membuktikan betapa popularnya Jackson.

Baru-baru ini media China melaporkan apabila berada di Beijing, Jackson akan pulang ke sebuah vila yang dianggarkan bernilai kira-kira RM46 juta.

Pada usia muda itu, Jackson mempunyai kuasa beli yang tinggi, sekali gus membuatkan ramai peminat yang teruja dengannya dan sudah tentu dengan keupayaannya itu, dia mampu membeli sebuah rumah yang mahal.

Tempat kedua senarai selebriti Forbes China adalah Wang Yibo, yang sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam industri hiburan China. Dia bukan hanya penyanyi rap, malah merupakan penari, pelumba motosikal, pelakon dan penyampai berbakat.

Wang Yibo. Gambar Fail
Wang Yibo. Gambar Fail

Di tempat ketiga adalah pelawak Jia Ling. Ia merupakan peningkatan yang mendadak memandangkan pada tahun lepas, Jia Ling hanya berada di kedudukan ke-93.

Tangga keempat adalah Yang Mi, diikuti Jay Chou (ke-5), Zhang Yixing (ke-6), Zhao Liying (ke-7), Yang Zi (ke-8), Wang Junkai (ke-9) dan Wang Jiaer (ke-10).

Setiap tahun, apabila senarai selebriti Forbes China ini dikeluarkan, akan ada yang berubah kedudukan. Namun dengan berada dalam senarai berkenaan terutama di kedudukan 1 hingga 10, sudah pasti nilai komersial masing-masing juga akan meningkat.

Bagaimanapun bukan mudah untuk mempertahankannya kerana terlalu banyak persaingan. Sedikit sahaja kesilapan, maka ia bakal mengundang impak yang besar. - Getaran, 13 September 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Born To Fly' Kejutkan Peminat, Tayangan Dibatalkan Meskipun Kutipan Tiket Pra Tayangan Melebihi RM20 Juta

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Industri Hiburan China 'Kecoh' Angkara Peminat

3

Filem & TV 5 tahun yang lalu

'Legend Of Fei' Terus Meraih Populariti

4

Selebriti 5 tahun yang lalu

Semarak Industri Hiburan China

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN