web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Born To Fly' Kejutkan Peminat, Tayangan Dibatalkan Meskipun Kutipan Tiket Pra Tayangan Melebihi RM20 Juta

Ramai yang menantikan tayangan Born To Fly, namun hampa. Pelbagai spekulasi tersebar dan alasan pembatalan hangat diperdebatkan dalam media sosial China.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 6:10PM

Pembatalan tayangan filem Born To Fly kini hangat diperkatakan. - Gambar ihsan 1MDb

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Born To Fly, yang berkisar mengenai jet pejuang dan tentera udara China ini, sepatutnya ditayangkan pada 30 September ini namun ia telah ditunda.

Pengumuman mengenai perkara itu nyata mengejutkan peminat Wang Yibo, Hu Jun dan Zhou Dongyu, yang merupakan pelakon utama filem berkenaan kerana ia dibuat secara mengejut.

Apatah lagi jualan tiket pra tayangan telah mencecah kira-kira RM21 juta, sekali gus menjadikan ia berada di kedudukan pertama dari segi kutipan tiket.

Filem itu sebelum ini ditetapkan tayangan sempena Hari Kebangsaan Republik Rakyat China yang jatuh pada setiap 1 Oktober. Ia juga disebut sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Nasional, iaitu hari memperingati penubuhan Republik Rakyat China. 

Alasan yang diberikan penerbit terhadap penundaan itu adalah  mereka mensasarkan produk akhir yang lebih baik. Bagaimanapun tarikh baru tayangan tidak dinyatakan.

''Penonton yang dihormati, kami sedang bekerjasama dengan platform tiket dan pawagam berhubung soal pembayaran balik harga tiket.

''Kami memohon maaf sekali lagi di atas ketidakselesaan yang anda alami,'' kata penerbit Born To Fly dalam Weibo, iaitu platform media sosial China.

Gambar ihsan 1MDb
Gambar ihsan 1MDb

Setiap tahun apabila tibanya Hari Nasional China, ia merupakan persaingan untuk filem-filem berebut mendapatkan kutipan pecah panggung. 

Ini kerana ia adalah cuti umum dan seluruh pawagam akan dipenuhi penonton, justeru penerbit akan mencuri peluang untuk mendapatkan keuntungan. 

Namun dengan persaingan yang sangat sengit ini, hanya beberapa filem yang akan mendapat kutipan pecah panggung dan Born To Fly adalah salah satu daripadanya.

Media di China juga memaklumkan kemungkinan penundaan tayangan ini tidak dimaklumkan kepada pelakon-pelakon Born To Fly.

Ini kerana kelibat Wang Yibo kelihatan di Lapangan Terbang untuk menghadiri tayangan perdana di Beijing.

Wang Yibo, yang memakai topi dan baju berwarna hitam, terbang dari Hangzhou ke Beijing pagi tadi, kelihatan sugul selain menundukkan kepala sepanjang masa.

Ia tidak termasuk lagi dengan  siri jelajah filem tersebut yang dijadualkan berlangsung selama empat hari sebelum tayangan perdananya bermula  pada 30 September ini. 

Buat masa ini, kebanyakan peminat Wang Yibo meluahkan kesedihan dan ada sesetengah pawagam yang tidak memberikan bayaran balik tiket, sebaliknya meminta peminat menggantikannya dengan menonton filem lain pada waktu yang sama.

Wang Yibo - Gambar ihsan Weibo
Wang Yibo - Gambar ihsan Weibo

Meskipun penerbit Born To Fly menyatakan penundaan itu adalah disebabkan penerbit mahu menyuntik kesan efek yang lebih baik, namun ramai netizen yang tidak mempercayai dan mereka percaya ada sesuatu yang berlaku di sebaliknya.

Baru-baru ini, pelakon utamanya Zhou Dongyu digosipkan bercinta dengan aktor Liu Haoran, yang berusia lima tahun lebih muda darinya. 

Apabila gosip tersebut tersebar, hubungan mereka telah menerima kecaman daripada peminat masing-masing dengan alasan kedua-duanya sedang membina nama dan ia bukan masa yang sesuai untuk bercinta.

Begitu juga dengan salah seorang pelakonnya iaitu Xu Kaicheng, yang dilaporkan curang dengan kekasihnya yang juga pelakon di China.

Disebabkan kemarahan netizen, watak Xu Kaicheng telah dipadamkan malah wajahnya juga tiada dalam poster filem. 

Apapun pelbagai khabar angin yang tersebar, ada yang menyatakan ia disebabkan isu sensitif yang berkemungkinan melibatkan ketenteraan dan ada yang mengaitkannya dengan pelakon-pelakon filem berkenaan.

Sehingga kini, peminat Wang Yibo masih setia menanti tarikh tayangan baru dan tidak berputus asa untuk melihat lakonan aktor pujaan mereka di layar perak. - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN