web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Industri Hiburan China 'Kecoh' Angkara Peminat

Menyokong usaha kerajaan China mengawal media sosial artis dan peminat, Weibo setakat ini telah menutup 2,558 akaun peminat yang melanggar peraturan ditetapkan Pentadbiran Ruang Siber China (CAC).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 11:12AM

Gambar: Sohu.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri hiburan di China umpama dilanda 'gempa bumi' ketika ini. Ia susulan tindakan yang diambil oleh kerajaannya untuk mengawal media sosial membabitkan artis dan peminat mereka.

Langkah terbaharu yang diambil ini termasuk pengharaman akaun-akaun atau kelab peminat. Setakat ini Weibo, iaitu satu platform yang menyamai Twitter telah menutup 2,558 akaun peminat selebriti-selebriti di negara itu.

Pada Jumaat, Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) telah mengeluarkan notis bahawa ia akan meneliti akaun yang berulang kali mengeluarkan berita kewangan secara tidak sah, memutarbelitkan tafsiran dasar ekonomi, memalsukan pasaran kewangan, menyebarkan khabar angin dan mengganggu komunikasi rangkaian.

Susulan itu, platform media sosial China iaitu Sina Weibo, Douyin dan Kuaishou telah memaklumkan ia akan mengambil tindakan terhadap akaun-akaun yang melanggar peraturan.

Episod pembersihan ini bermula dengan langkah yang diambil terhadap peminat artis terkenal China, Zhao Liying (ZLY). Pada 24 Ogos lalu, kira-kira 12 kelab peminat ZLY yang dianggarkan mempunyai keahlian berjuta-juta orang, telah diharamkan.

Gambar: Twitter Zhao Liying HQ
Gambar: Twitter Zhao Liying HQ

Manakala studio ZLY, yang digunakan untuk mempromosi hasil kerjanya turut digantung selama 15 hari kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap peminatnya.

Semuanya bermula apabila ZLY dan Wang Yibo (WYB) dikhabarkan akan membintangi drama `Savage Growth'. Ia merupakan 'pertembungan' kedua selepas mereka membintangi drama Legend Of Fei.

Malangnya, peminat kedua-duanya tidak bersetuju ZLY berlakon lagi dengan WYB kerana menganggap WYB tidak layak untuk menjadi hero drama berkenaan. Alasan, WYB hanya akan mengheret ZLY ke lembah kejatuhan disebabkan WYB tidak mempunyai bakat lakonan dan hanya mampu mempamerkan muka yang kacak sahaja.

Ia membawa kepada percakaran dan perang mulut antara peminat berminggu-minggu lamanya.

Kata-kata kejian dan cacian dilemparkan di antara peminat dua pelakon itu. Bukan itu sahaja, kelab-kelab peminat ZLY mengancam akan memboikotnya sekiranya dia menerima tawaran menjayakan drama berkenaan.

Bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan, ZLY telah mengeluarkan kenyataan meminta peminat meminatinya secara rasional.

Tindakan tidak rasional peminatnya itu ternyata menjejaskan ZLY apatah lagi drama yang diuar-uarkan itu hanya khabar angin dan tiada pengesahan rasmi mengenainya.

Gambar: Scmp.com
Gambar: Scmp.com

Tempias itu turut dirasai WYB kerana musuh-musuhnya telah mengambil kesempatan dan timbul gosip bahawa WYB dan ZLY sedang bercinta, sekali gus menyebabkan peminat tegar WYB tidak boleh menerima kenyataan.

Ia turut memaksa WYB mengeluarkan kenyataan dalam akaun Weibonya.

''Marilah kita menyambut gesaan Pentadbiran Ruang Siber Kebangsaan untuk mewujudkan suasana persekitaran yang sihat. Saya akan bekerja dengan semua orang untuk memberikan makna yang positif kepada masyarakat,'' katanya.

Baik WYB mahupun ZLY tidak menafikan khabar angin drama 'Savage Growth' ataupun gosip percintaan berkenaan, sekali gus menambahkan lagi ketegangan dalam kalangan peminat masing-masing.

Keadaan ini menjadikan mereka trending nombor satu di Weibo selama beberapa hari dan menjadi 'hot search' di media sosial negara itu.

Untuk rekod, dalam senarai Forbes China bagi selebriti, WYB berada di kedudukan kedua manakala ZLY pula di tangga ketujuh, justeru apa-apa perkara yang berlaku kepada mereka, akan memberikan impak yang sangat besar terhadap dunia hiburan China.

Gambar: VCG
Gambar: VCG

Selain mereka, artis jutawan China, Zhao Wei yang pernah berlakon dalam Shaolin Soccer and Red Cliff, turut terlibat. Hasil kerja seninya termasuk video filem, drama dan program bual bicara telah dibuang dari beberapa platform utama seperti Tencent Video, iQiyi dan Youku.

Malah drama lakonannya 'My Fair Princess', merupakan antara yang terkenal di China sekitar 1998 hingga 1999, turut hilang.

Setakat ini tiada penjelasan rasmi kenapa beliau menjadi sasaran namun spekulasi menyatakan ia mungkin ada kaitan dengan siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan.

Selain itu, Zhao juga mengundang kontroversi pada 2001 kerana mengenakan gaun yang menyerupai bendera Jepun semasa penggambaran fesyen di New York.

Zhao Wei, merupakan artis terbaharu yang berdepan dengan keadaan berkenaan selepas tindakan sama diambil ke atas aktor Zhang Zhehan, yang dikecam hebat kerana melawat kuil Yasukuni, di Jepun.

Filem dan drama lakonannya telah dipadamkan dalam platform streaming serta penyiaran. Malah akhbar Global Times melaporkan bahawa Zhang telah 'dipaksa' keluar dari industri hiburan.

Gambar: VCG
Gambar: VCG

Seorang lagi artis adalah Zheng Shuang, yang terlibat dengan kontroversi mendapatkan bayi menerusi ibu tumpang, awal tahun ini. Dia turut didenda $46 million juta kerana skandal cukai.

Bulan lepas, penyanyi pop China, Kris Wu telah ditangkap atas tuduhan rogol remaja bawah umur. Semua hasil kerjanya dalam media sosial China juga telah lesap.

Ternyata tindakan yang diambil ini mengakibatkan selebriti di China berhati-hati dalam setiap tingkah laku, bagi mengelakkan mereka juga ‘hilang’ dalam dunia hiburan yang mempunyai pasaran besar di negara republik berkenaan. - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN