Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Legend Of Fei' Terus Meraih Populariti

Walaupun dikritik hebat di negara asal dan telah pun tamat siaran, siri 'Legend of Fei' terus menjadi buah mulut peminat drama 'online' dari China.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 10:50AM

Gambar: WeTV English WeTV Indonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama 'Legend Of Fei' lakonan Wang Yibo dan Zhao Liying terus mendapat sambutan hebat meskipun tayangan hanya menerusi dalam talian, bukan saluran televisyen di China.

Sehingga kini, jumlah tontonan telah menghampiri lima bilion walaupun drama terbabit, yang mula disiarkan pada 16 Disember 2020, telah tamat tayangan sebulan lalu.

Ketika mula ditayangkan, ramai yang mengecam drama ini kerana ia dikatakan kurang berkualiti berbanding jumlah pelaburan yang dikeluarkan dianggarkan kira-kira 500 juta yuan.

'Legend Of Fei' diadaptasi dari novel karya penulis terkenal 'Priest' namun jalan ceritanya dalam drama ini agak berbeza dari novel terbabit.

Bermula sebelum penggambaran, pemilihan pelakon hinggalah kepada tayangan di dalam talian, 'Legend Of Fei' mendapat perhatian ramai dan penuh kontroversi

Bukan hanya pemilihan pelakon dikritik malah drama tersebut menyaksikan suara Yibo dan Liying telah melalui proses dubbing dan menggunakan suara orang lain.

Yibo dan Liying bukan pilihan utama untuk memegang watak utama. Tempat Yibo sebelum ini dikatakan ditawarkan kepada Xu Kai tetapi beliau menolaknya kerana jadual yang padat manakala Zhou Dongyu pula ditawarkan untuk memegang watak Liying.

Wang Yibo. Gambar: WeTV Indonesia
Wang Yibo. Gambar: WeTV Indonesia

Akhirnya Yibo yang popular menerusi drama 'The Untamed' dipilih melakonkan watak Xie Yun manakala Liying memegang karakter protogonis iaitu Zhou Fei .

Bagaimanapun pemilihan Liying menerima kecaman ramai kerana beliau berusia 33 tahun, iaitu perbezaan usia dengan Yibo sebanyak 10 tahun.

Apatah lagi ketika penggambaran, Liying baru tiga bulan bersalin.  Pelbagai kritikan diberikan kononnya beliau tidak lagi seperti ketika zaman bujangnya malah mukanya dikatakan tidak setegang dulu.

Baju yang dipakai Liying juga dikatakan buruk dan tidak menarik.

Zhao Liying. Gambar: Akaun Weibo Tencent
Zhao Liying. Gambar: Akaun Weibo Tencent

Namun sebaik sahaja 'Legend Of Fei' ditayangkan, peminat Yibo dan Liying menjadi `terpana' dengan lakonan kedua-duanya.

Ramai tahu bahawa Liying and Yibo adalah artis yang popular dan mempunyai populariti yang tinggi. Peminat mereka bukan hanya di China, malah merangkumi Myanmar, Kemboja, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Mereka mempunyai rangkaian fan club di merata negara dan sanggup berbuat apa sahaja demi artis mereka.

Peminat tegar ni bergabung dan saling mempromosi lakonan artis pujaan mereka.

Mengejutkan apabila Yibo yang dikenali sebagai seorang artis yang 'dingin', sama seperti watak sebagai Lan Wanji dalam 'The Untamed'  berjaya menukar wataknya untuk menjadi Xie Yun, seorang putera raja yang ceria, banyak bercakap dan bijak tetapi menyimpan kisah malang.

Yibo menerima penghargaan di atas lakonannya sekali gus menutup mulut pengkitik sebelum ini.

Gambar: Instagram Wang Yibo
Gambar: Instagram Wang Yibo

Manakala Liying pula yang melakonkan watak gadis remaja, berjaya menyembunyikan usia sebenar dan tahap lakonannya tidak boleh disanggah lagi. 

Walaupun ada suara-suara sumbang yang menyatakan beliau gagal membawakan watak Zhou Fei dan drama itu merupakan satu kegagalan kepadanya namun ia disangkal oleh peminatnya.

Secara ringkasnya 'Legend Of Fei' merupakan drama aksi pengembaraan yang dipenuhi momen-momen romantik antara Xie Yun dan Zhao Fei. Ia mempunyai 51 episod dan diarahkan oleh Wu Jinyuan, yang juga pengarah drama 'Princess Agents' dan turut dilakonkan oleh Liying.

Drama ini mengisahkan tentang Zhou Fei, yang merupakan cucu kepada Li Zheng, pengasas perkampungan 48 Fortress. Keluarganya telah menjaga perkampungan itu untuk beberapa generasi dan ibunya, Li Jirong merupakan ketua di situ. Zhou Fei juga merupakan pemain pedang yang hebat.

Suatu malam sepupu Zhou Fei, Li Sheng cuba melarikan diri dengan menyeberangi sungai Xi Mou, yang dipenuhi dengan perangkap. Zhou Fei cuba membantu dan kebetulan Xie Yun yang sedang bersembunyi di perkampungan itu, telah membantu mereka. Dari situ bermulalah kisah cinta Zhou Fei dan Xie Yun. Kedua-duanya merantau dan bertemu dengan ranjau dan duri. Zhou Fei juga bertemu dengan `guru-guru’ yang hebat sepanjang perjalanan dan berjaya mengasah seni mempertahankan diri.

Setelah hubungan kedua-duanya semakin erat, barulah Zhou Fei mengetahui misteri di sebalik identiti Xie Yun. Beliau sebenarnya adalah pewaris diraja dan telah diracun bagi mengelakkannya menjadi maharaja. Bapanya dibunuh dan akhirnya kisah yang disimpan selama 20 tahun terbongkar.

Apa yang pasti kontroversi tidak menjejaskan populariti drama ini. Ia terbukti apabila selepas 10 episod pertama ditayangkan, jumlah tontonan ketika itu meningkat kepada 2 bilion. - Getaran, 23 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 44 minit yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 12 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran