Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Dakwa Kawan Baik Lesapkan RM70,000, Andi Bernadee Buat Laporan Polis 

Andi Bernadee ada bukti rakan karibnya itu telah memanipulasi dan memasukkan wang RM70,000 ke dalam  akaun peribadi, walhal ia adalah hasil titik peluhnya tahun ini. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 5:16PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Andi Bernadee sama sekali tidak menyangka rakan baik yang selama ini dipercayai untuk membantu menguruskan kerjaya seninya telah melesapkan wang bernilai hampir RM70,000, hasil titik peluhnya tahun ini. 

Malah, rakan baiknya itu turut memfitnah dan memburuk-burukkan namanya dalam industri, sekali gus menjejaskan periuk nasinya.  

Susulan daripada itu, pelantun lagu Donde dan Penat ini telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur, pagi tadi. Andi membuat laporan tersebut dengan ditemani peguamnya, Faizal Rahman dan pengurusnya, Nasir Deraman. 

Ditemui selepas laporan polis dibuat, Andi berkata, dia melaporkan kes itu sebagai pecah amanah yang melibatkan individu yang benar-benar dipercayainya. 

“Dia telah memanipulasi WhatsApp saya dan menghantar kepada pelanggan dan entah bagaimana, pelanggan juga percaya dan memasukkan duit ke dalam akaun peribadinya. 

“Hampir RM70,000 hilang. Duit itu adalah hasil titik peluh saya berlakon dan terlibat dengan syarikat baju. Saya tidak merasa langsung duit itu, dia kaut semua. 

“Saya tak sangka dia tergamak buat begini. Dia sudah kacau periuk nasi saya. Dia malukan dan fitnah saya macam-macam depan syarikat produksi dan kawan-kawan sekeliling saya. Dia kata saya begitu dan begini, sudahnya dia songlap duit saya," katanya. 

Menurut Andi lagi, sebelum membuat laporan itu, dia telah pun bersemuka dengan individu terbabit untuk bertanya status wang berkenaan pada 15 Ogos lalu. 

“Tetapi, apa yang di buat kepada saya? Dia main telefon, dia buat endah tak endah. Padahal saya cakap baik-baik dengan dia. Tidak ada pukul-pukul. Saya juga beritahu dia bahawa apa yang saya cakap ini habis di sini sahaja.  

“Saya bagi tempoh sebulan untuk dia selesaikan hal ini. Namun, selepas perjumpaan itu, dia cerita kepada produksi dan  semua orang sekeliling yang buruk-buruk dan tidak betul. Apa yang dia cuba lakukan ini?,” katanya. 

Jelas penyanyi kelahiran Sabah ini lagi, dia sudah mula menghidup penyelewangan wang tersebut sekitar Jun lalu. 

“Kita sambut raya pada Mei. Setiap hari saya kejar dia tanya fasal duit. Ada sahaja alasan yang diberikan. Cawangan bank tutuplah, kad pengenalan hilanglah, resit tak tak tahu ke mana dan client belum tunaikan duit lagi. 

“Bulan tujuh saya kejar lagi setiap hari. Dia macam layan tak layan saya. Akhirnya saya kuatkan hati untuk menghubungi pelanggan. Bila saya periksa, pelanggan beritahu sebelum raya lagi bayaran sudah dilangsaikan. 

“Sebaik sahaja saya mengetahui hal itu, saya menghubunginya pada 31 Julai, jam 6.30 petang. Saya kata kalau betul dia ambil duit itu, beritahu. Jangan buat saya macam orang bodoh. Saya dah penat bertanya. 

“Saya juga ada tanya Warner Music Malaysia (label), kenapa duit belum masuk. Pihak Warner kata kena ada bukti pembayaran (payment of prove). Selama dengan pihak Warner belum pernah mereka tanya saya fasal bukti pembayaran. 

“Saya kemudian hubungi pelanggan dan mereka berikan bukti. Dengan bukti tersebut, saya minta dia cakap betul-betul tetapi dia nafi ambil duit itu," katanya. 

Memandang serius perkara ini, Andi membuat laporan polis kerana enggan rakan-rakan artis menjadi mangsa penipuan individu tersebut terutama yang sedang bekerja dengannya. 

“Berhati-hatilah dengan manusia seperti ini. Kepada rakan-rakan artis yang barangkali sudah terkena tetapi tidak mahu tampil buat laporan polis macam saya buat ini, pergilah buat. 

“Saya berani tampil ke hadapan kerana saya ada segala bukti. Malah, saya juga dapat sokongan daripada pihak Warner," katanya. 

Disebabkan kes ini, Andi mengakui dia runsing sehingga tidak memuat naik sebarang posting di akaun sosial medianya. 

“Kita kini terikat dengan pandemik dan saya ada keluarga yang perlu ditanggung. Ibu, ayah, adik-berading semua di bawah tanggung jawab saya.  

“Apabila dia buat begini, secara tidak langsung ia turut memberikan kesan kepada keluarga saya. Mereka mengharapkan saya.  

“Alhamdulillah, saya ada sistem sokongan dan rakan-rakan yang baik. Mereka banyak bantu saya,” katanya. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Pemergian Salahuddin Berita Duka Buat Negara, Malaysia Hilang Menteri Berperibadi Mulia 

2

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Saya Sudah Serah Wang Saman, Tindakan Mahfuz Minta Bayaran Hanya Mahu Populariti’ - Sanusi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkenalkan Mekanisma Efektif Pantau Pelaksanaan Belanjawan 2023 - Lam Thye

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kegiatan Seleweng Diesel Lombong Pasir Tumpas - KPDN Perak

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 50 minit yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'