web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kegiatan Seleweng Diesel Lombong Pasir Tumpas - KPDN Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 4:42PM

Sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Perak berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi di kawasan perlombongan pasir di Chenderiang, Tapah, semalam - Gambar KPDN Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya membongkar aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di kawasan perlombongan pasir di Chenderiang, Tapah, Perak, semalam. 

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kejayaan tersebut hasil serbuan sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Perak di sebuah premis di kawasan tersebut pada jam 4.30 petang.

Menurut beliau, serbuan itu hasil maklumat risikan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasanya selama seminggu, selepas menerima maklumat mengenai aktiviti penyelewengan barang kawalan itu di stesen minyak sekitar Chenderiang, Tapah dan Kampar.

"Hasil risikan tersebut telah berjaya menemukan satu lokasi pengumpulan minyak yang disyaki diesel di kawasan perlombongan pasir.

"Pemeriksaan lanjut juga telah menjumpai sembilan tong dram berisi minyak disyaki diesel dengan anggaran sebanyak 1,800 liter bernilai RM4,820 di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Kamalludin berkata, siasatan mendapati minyak diesel di dalam tong dram berkapasiti 200 liter itu digunakan sebagai bahan api jentera untuk aktiviti perlombongan pasir di kawasan terbabit.

Katanya, bahan berkenaan disyaki diperoleh daripada aktiviti pembelian minyak diesel bersubsidi menggunakan lori melalui tangki asal di stesen minyak yang berdekatan.

Ia kemudian dipindahkan ke tong dram untuk dikumpulkan dan digunakan oleh jentera bagi industri perlombongan pasir.

"Hasil siasatan juga mendapati premis ini telah beroperasi tanpa sebarang lesen atau kebenaran untuk menyimpan barang kawalan minyak diesel.

"Susulan serbuan, seorang wanita berusia 40 tahun disyaki pemilik syarikat yang berada di tempat kejadian diambil keterangan," katanya.

Sehubungan itu, Kamalludin berkata, KPDN Perak telah menyita minyak berkenaan dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. - Getaran, 22 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tidak Benar - KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

24,000 Liter DIesel Dirampas Di Sibu

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad