web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bimbing Orang Awam Kaedah Betul Guna Kit Ujian Kendiri COVID-19

Rencana Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 11:37AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang awam yang menjalankan ujian kendiri COVID-19 perlu dibimbing oleh pengamal perubatan semasa menjalankan ujian tersebut  bagi mendapat keputusan yang tepat.

Timbalan Pengarah Institut Kajian, Pembangunan dan Inovasi, International Medical University (IMU) Prof Dr Azizi Ayob berkata walaupun secara umum manual yang disediakan dalam kit ujian kendiri mudah difahami, namun orang awam masih perlu mendapatkan pandangan daripada pakar mengenai teknik yang betul bagi mengelakkan berlaku keputusan negatif palsu mahupun positif palsu.

“Ini kerana dalam sebarang ujian kemungkinan berlaku kesilapan adalah tinggi iaitu ketika pengambilan sampel air liur, menjalankan ujian dan juga sewaktu intepretasi keputusan. Jadi bagi mengurangkan kesilapan ini bimbingan masih perlu diberikan,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menyarankan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan kesedaran mengenai kaedah penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 yang betul, bagi memastikan keputusan yang diterima tepat dan prosedur keselamatan tidak diabaikan.

Selain itu, beliau berkata walaupun bersifat kendiri, pengguna juga perlu dididik mengenai langkah keselamatan dan kebersihan semasa menjalankan ujian supaya tiada individu lain yang terdedah memandangkan pengendalian sampel itu melibatkan virus yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Dr Azizi berkata kaedah keselamatan tidak perlu terlalu rigid seperti memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sebagaimana diamalkan di hospital dan klinik namun perlu memastikan individu yang menjalankan ujian tidak menjadi punca infeksi kepada orang lain.

“Ini termasuk mengurangkan pendedahan kepada umum dengan menjalankan ujian di bilik khas, memakai sarung tangan dan pensanitasi tangan serta melupuskan kit ujian dengan cara terbaik bagi memastikan virus tidak merebak.

“Oleh kerana ujian ini dilakukan di rumah masing-masing, cara yang praktikal untuk pelupusan ialah dengan menggunakan dua lapisan plastik sampah bagi setiap individu dan dibungkus dengan ketat sebelum dibuang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Azizi berkata tiada arahan yang spesifik dikeluarkan untuk kit ujian ini sebagaimana yang dilakukan oleh premis makmal dan kesihatan iaitu kesemua bahan ujian klinikal perlu mematuhi keselamatan kaedah penghapusan yang ditetapkan.

Dalam pada itu beliau berkata orang awam perlu mempunyai disiplin kendiri yang tinggi terutama apabila mendapat keputusan ujian positif COVID-19 dengan memaklumkan kepada pihak berwajib, membuat pengesanan kontak dan menjalankan isolasi.

Dr Azizi yang juga Presiden Ikatan Pertubuhan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) meminta pesakit melaporkan terus kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, klinik atau hospital berdekatan sekiranya gejala bertambah teruk untuk mendapatkan rawatan segera.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Am, Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun pula mencadangkan KKM mengeluarkan video manual kaedah dan langkah keselamatan menggunakan kit ujian itu sebagai gambaran lebih jelas kepada orang awam.

Beliau juga beranggapan kit ujian kendiri ini dapat membantu meringankan beban pihak hospital, klinik dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berdepan dengan ratusan ribu sampel yang perlu diproses setiap hari.

Dr Hanafiah juga mahu kerajaan mengawal pembelian kit ujian secara dalam talian bagi memastikan hanya produk yang mendapat kelulusan KKM dijual kepada umum.

“Ini bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan apabila permintaan kit ujian kendiri ini meningkat kelak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Hanya Kit Ujian Air Liur Dibenarkan Di Sekolah

2

Semasa 4 tahun yang lalu

KPM Bekalkan Kit Ujian Kendiri Saringan COVID-19 - Radzi Jidin

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Bantuan Kit PPC Untuk 3.6 Juta Keluarga B40 - PM

4

Semasa 4 tahun yang lalu

164 Notis Semakan Harga Ayam Dikeluarkan Di Seluruh Negara

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad