web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Bekalkan Kit Ujian Kendiri Saringan COVID-19 - Radzi Jidin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 6:11PM

Radzi berkata ujian akan dijalankan sebelum murid-murid memulakan sesi persekolahan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 kepada sekolah berasrama dan sekolah harian di bawah kementerian itu bagi persediaan pengoperasian sekolah secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata kit ujian pengesanan menggunakan air liur itu akan dibekalkan kepada semua sekolah terlibat dan ujian akan dijalankan sebelum murid-murid memulakan sesi persekolahan.

“Katakan murid-murid sekolah asrama dari Terengganu akan memulakan persekolahan di Kuala Lumpur, kita akan kumpulkan mereka di sebuah asrama di Terengganu dan jalankan ujian pengesanan sebelum mereka naik bas untuk masuk semula asrama,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini Radzi mengumumkan ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri akan dijalankan ke atas murid yang akan kembali ke sekolah berasrama penuh dan asrama harian.

Bagi murid sekolah berasrama penuh, ujian saringan akan dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu semasa pendaftaran masuk, hari keenam dan hari ke-14.

Bagi murid yang tinggal di asrama harian pula, ujian saringan akan dilaksanakan semasa pendaftaran masuk, selain kit ujian kendiri disediakan untuk kegunaan sekolah harian membuat saringan awal sekiranya murid menunjukkan gejala ketika di sekolah.

Sementara itu, menjawab dakwaan mengenai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah di Klang perlu membayar RM1,600 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi program vaksinasi murid, Radzi berkata KPM telah mengarahkan agar arahan itu dibatalkan.

Beliau berkata ia berlaku akibat salah faham dan tidak menjadi dasar KPM agar PIBG membuat sebarang pembayaran bagi program vaksinasi murid dan pelajar sekolah.

Radzi juga memaklumkan perkembangan vaksinasi warga pendidikan setakat 20 Sept iaitu 90.5 peratus guru, 85.8 peratus anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan 79.2 peratus pekerja perkhidmatan sokongan telah lengkap divaksin.

“Pada masa ini, 7.2 peratus guru, 11.4 peratus AKP dan 15.1 peratus pekerja perkhidmatan sokongan sedang menunggu suntikan dos kedua,” katanya.

Mengenai tindakan terhadap lebih 2,000 guru yang enggan divaksin, beliau berkata ia akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“… tentang tindakan kepada guru ini, kita telah bincang dengan JPA. Semalam JPA telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang memperincikan dan akan membawa ke MKN tentang pendekatan yang akan dibuat. Kita sedang teliti satu persatu apakah pendekatan yang terbaik berkaitan dengan tugasan mereka, ia bergantung kepada apa yang ditetapkan oleh JPA,” katanya.

Mengulas mengenai lanjutan takwim persekolahan sehingga Februari 2022, Radzi berkata langkah itu bagi membolehkan sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan murid mengikuti tahun persekolahan berikutnya.

Beliau berkata bagi memastikan kelancaran pengoperasian sekolah, KPM juga telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 sebagai rujukan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN), PPD dan pentadbir serta guru.

“Garis panduan ini turut menekankan aspek pengudaraan yang baik di dalam kelas dan mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada semua warga sekolah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar