web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Kit Ujian Air Liur Dibenarkan Di Sekolah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 1:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan ujian saringan COVID-19 di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.

Jurucakap KPM memaklumkan, penggunaan kit ujian secara calitan hidung tidak dibenarkan, selaras dengan arahan kementerian itu melalui surat bertarikh 28 November lalu.

Jelasnya, pengurusan ujian kendiri COVID-19 bagi murid sekolah dilaksanakan mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 selaras dengan Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan.

“Berdasarkan surat siaran tersebut, pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan KPM.

“Pelaksanaan ujian kendiri ini dibuat oleh murid dengan pemantauan guru,” katanya hari ini.

Penjelasan itu sebagai merujuk isu gambar yang tular di media sosial bertajuk ‘Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar’.

Katanya lagi, KPM telah membuat siasatan ke atas gambar berkenaan dan mendapati, ia melibatkan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di Pahang.

“Secara keseluruhan, seramai 16 murid dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur.

“Walau  bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksana melibatkan empat guru dan empat murid yang dibimbing dua Jururawat Masyarakat,” katanya.

KPM sebelum ini memaklumkan pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah dilaksanakan pada setiap Rabu hari persekolahan dan melibatkan sekurang-kurangnya 10 peratus murid. - Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar