web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PdPR: Calon SPM 2021 Paling Terkesan

Rencana Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 11:09AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah berakhirnya cuti pertengahan tahun, pelajar kembali menyambung sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada minggu ini, susulan penularan kes COVID-19 yang masih tinggi dan di tahap membimbangkan.

Pada situasi semasa, PdPR adalah kaedah terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pelajar berikutan wujudnya beberapa kluster institusi pendidikan selain trend terbaharu jangkitan dalam kalangan kanak-kanak melalui gelombang ketiga yang dilaporkan.

Walaupun kebanyakan ibu bapa berasa lega apabila PdPR disambung untuk tempoh 25 hari lagi namun timbul juga kebimbangan sekiranya tempoh pembelajaran itu berlanjutan dalam tempoh lebih lama lagi.

Jika berlanjutan, sudah pasti memberi cabaran besar terutamanya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, memandangkan sejak tahun lepas lagi mereka kurang mendapat peluang belajar secara bersemuka di sekolah berikutan  penularan pandemik itu.

Berbeza dengan pelajar SPM 2020, mereka berpeluang menjalani sesi persekolahan secara fizikal ketika tingkatan empat dan hanya menghadapi kemelut pembelajaran ketika memasuki tingkatan lima.

Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Syed Mohamad Syed Abdullah mengakui pihaknya menerima banyak rungutan mengenai kebimbangan terhadap isu kaedah pembelajaran berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan tinjauan dan pemerhatian dilakukan, kebanyakan ibu bapa, biarpun berasa lega dan selamat apabila anak-anak mereka berada di rumah, namun pada masa sama bimbang jika PdPR berlangsung dalam tempoh lebih lama.

“Memang, pelajar SPM 2021 adalah golongan paling terkesan ketika ini. 

“Kerisauan ibu bapa adalah lebih kepada ketidakpastian sama ada anak mereka faham atau sebaliknya apabila belajar secara PdPR selain dilihat tidak bersemangat kerana pelbagai masalah atau kekangan dihadapi ketika belajar secara dalam talian,” katanya.

Dalam polemik ini, Syed Mohamad melihat ia masih lagi berkait isu pergelutan tempoh penyesuaian ibu bapa serta pelajar dalam PdPR  kerana ibu bapa masih berpandangan sesi secara bersemuka di sekolah amat penting dalam membantu mendapatkan pembelajaran lebih baik.

Justeru, dalam menangani faktor kebimbangan serta kelesuan motivasi dalam kalangan pelajar khususnya calon SPM 2021, pendekatan sebaiknya pada masa ini adalah menjadikan kejayaan serta semangat pelajar SPM 2020 sebagai satu indikator buat mereka untuk lebih fokus dan kekal berdaya juang.

“Mereka tidak perlu bimbang atau down tetapi sebaiknya mengambil semangat abang, kakak SPM 2020 yang mendapat keputusan cemerlang meskipun dalam situasi pembelajaran tidak menentu menerusi PdPR, maksudnya ia bukanlah penghalang meraih kejayaan.

“Sebenarnya, mereka yang SPM 2020 berhadapan cabaran lebih sukar memandangkan tengah belajar secara tiba-tiba mengoperasikan sekolah bertukar kepada kaedah PdPR dan ketika itu kita sedia maklum pelbagai masalah dihadapi disebabkan ia masih baharu,” katanya.

Biarpun mengakui masih terdapat beberapa masalah dalam melaksanakannya, namun usaha menambah baik yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mahupun guru telah memastikan pengajaran PdPR lebih menarik bagi meningkatkan penerimaan pelajar.

Kalau dilihat secara logik, calon SPM 2021 sebenarnya mempunyai ‘kelebihan’ kerana telah didedahkan awal dengan PdPR dan pengalaman tersebut pastinya membantu memudahkan mereka untuk mengadaptasikannya dengan lebih baik.

Malah, beliau percaya KPM dan pihak  sekolah  mempunyai  pelan dan strategi sekiranya kaedah pembelajaran secara dalam talian ini berlanjutan lebih lama berdasarkan pengalaman yang ditempuh sebelum ini.

Pelbagai alternatif dalam melaksanakan PdPR turut dijalankan yang mana tidak hanya tertumpu secara dalam talian sahaja. Ini termasuk saluran televisyen pendidikan seperti DidikTV serta penglibatan pelbagai agensi lain dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang turut membantu memastikan sesi pembelajaran PdPR kali ini adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

“Walaupun bertambah baik, keberkesanan PdPR masih perlu dibuat kajian lanjut oleh KPM bagi mengenal pasti pelbagai kelompongan, kekurangan, supaya dapat diatasi segera. Kita mungkin tidak dapat membuat penambahbaikan sekali gus, tetapi usaha ini perlu dipertingkat dari semasa ke semasa seperti membantu golongan B40 dalam pelajaran,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Universiti SEGI Prof Datin Dr Mariani Md Nor berpandangan KPM boleh menggunakan DidikTV dengan sasaran lebih menyeluruh untuk mengetengahkan program yang dapat membantu mengurangkan tekanan pelajar.

Mariani berkata menerusi saluran televisyen, pihak sekolah, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan masing-masing dalam ekosistem pandemik pada masa kini bagi memastikan emosi dan minda pelajar stabil.

“Dengan situasi belajar di rumah, saya cadangkan supaya khaskan satu episod di DidikTV untuk kita wujudkan bengkel atau webinar yang boleh membantu dan mendidik pelajar agar mereka  tenang dan lebih positif dalam mendepani cabaran menghadapi pandemik.

“Guru bukan hanya mengajar sebaliknya boleh membimbing. Tampilkan guru bimbingan dan kaunseling yang boleh memberi khidmat nasihat kepada pelajar,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad