web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Golongan Muda Alami Rabun Tua Sebelum Usia

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 8:26PM

Pakar oftalmologi, Pusat Pakar Mata KPJ, Dr Helen Tan Chen Chen. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda apabila mata mula hilang kemampuan untuk fokus kepada objek dalam jarak dekat.

Pakar oftalmologi, Pusat Pakar Mata KPJ, Dr Helen Tan Chen Chen berkata, menurut kajian, gejala dikenali presbiopia pramatang (premature presbyopia) itu kini boleh dialami oleh 10 hingga 12 peratus golongan berusia 30-an dan lazimnya bermula pada umur 36 tahun.

Beliau berkata, umumnya presbiopia berlaku secara semula jadi akibat proses penuaan apabila kanta mata mula mengeras dan kurang fleksibel sehingga menyebabkan penglihatan pada jarak dekat menjadi kabur.

Bagi presbiopia pramatang pula, Dr Helen menjelaskan ia boleh berlaku akibat pelbagai faktor termasuk kekerapan penggunaan gajet dan pekerjaan yang memerlukan penglihatan jarak dekat seperti tukang emas, tukang jam dan juruelektrik.

"Penggunaan gajet secara kerap menyebabkan penggunaan mata untuk melihat jarak dekat bertambah, terutamanya bila melihat gajet terlalu lama, jadi orang akan perasan rabun dekat itu lebih awal.

"Begitu juga dengan orang yang kerja mereka perlu lihat objek kecil terlalu dekat," katanya kepada BERNAMA.

Selain itu, Dr Helen berkata, masalah hiperopia iaitu rabun dekat sedia ada yang tidak dirawat, masalah kesihatan seperti diabetes dan anemia, pendedahan kepada sinar UV secara berlebihan serta merokok dan ketagihan alkohol juga menjadi punca kepada presbiopia pramatang.

"Untuk hiperopia, contohnya memang sejak kanak-kanak dia sudah ada rabun dekat mungkin tahap kerabunan pada kadar 50 dan tidak pakai cermin mata, jadi apabila masuk umur 36 tahun dan ke atas, rabun dekat itu menjadi lebih ketara. Sebab itu mereka perlu pakai cermin mata rabun dekat lebih cepat.

"Sinar UV pula boleh menyebabkan kanta mata menjadi tidak fleksibel, manakala penyakit diabetes dan anemia memang boleh menyebabkan masalah penglihatan," katanya.

Bagaimanapun, Dr Helen menolak tanggapan bahawa cahaya biru daripada skrin telefon bimbit, televisyen dan komputer riba menyumbang kepada gejala rabun dekat.

Beliau berkata, pendedahan kepada cahaya biru boleh menyebabkan masalah sukar tidur kerana ia menyekat rembesan melatonin iaitu hormon yang mengawal waktu tidur.

Bagi mencegah presbiopia pramatang, Dr Helen menasihatkan orang ramai untuk merehatkan mata secara berkala ketika menggunakan gajet, membaca atau bekerja dalam tempoh yang lama.

"Rehatkan mata sekurang-kurangnya 20 saat setiap 20 minit dengan melihat objek jarak jauh. Jangan sampai dua, tiga jam tidak rehatkan mata kerana ini boleh meningkatkan risiko rabun dekat," katanya.

Beliau berkata, pemakanan sihat juga penting bagi mengawal penyakit diabetes dan anemia yang menjadi antara punca presbiopia pramatang, selain mengambil makanan tinggi antioksidan seperti lobak merah, labu, sayur-sayuran hijau seperti kailan dan brokoli serta buah-buahan seperti beri biru dan strawberi.

Bagi mengelakkan simptom mata letih akibat presbiopia, Dr Helen berkata, selain penggunaan cermin mata dan kanta lekap, mereka yang mengalami masalah itu juga boleh mencuba rawatan pembedahan 'presbyond lasik'.

"Pembedahan ini dijalankan dengan membuat pembetulan penuh pada mata dominan bagi melihat objek jauh pada satu mata dan sebelah lagi kita akan tinggalkan sedikit power dalam 150 untuk membantu melihat dalam jarak dekat. Ini dipanggil monovision.

"Presbyond lasik agak popular sekarang yang mana teknologi ini menggunakan gabungan kaedah monovison dan penyimpangan sfera pada kornea untuk memanjangkan fokus penglihatan supaya dapat melihat jauh dan dekat," katanya.

Dr Helen juga menasihatkan orang ramai untuk membuat pemeriksaan mata jika mengalami simptom seperti ketegangan mata, sukar melihat dalam cahaya suram dan membaca tulisan kecil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Golongan Muda Utamakan Perkara Lain Berbanding Beli Rumah - Pakar

2

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Janji Palsu, Rasuah Antara Faktor Golongan Muda Berdepan Defisit Kepercayaan

3

Politik 3 tahun yang lalu

BN Sedia Tawan Semula Hati Rakyat Pulau Pinang - Ismail Sabri

4

TARA 3 tahun yang lalu

Golongan Muda Jangan Alpa, Muda Tak Bererti Tiada Risiko Serangan Jantung 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Jika Kita Memperjuangkan Palestin, Kita Tidak Boleh Menutup Mata Terhadap Rohingya

oleh Alfian Z.M. Tahir