web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Golongan Muda Jangan Alpa, Muda Tak Bererti Tiada Risiko Serangan Jantung 

Lebih membimbangkan lagi, fakta menunjukkan bahawa individu yang mengalami serangan jantung pada usia 20-an atau awal 30-an telah meningkat. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 6:00PM

Walaupun usia masih muda, risiko serangan jantung tetap ada. - Gambar hiasan dari Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Insiden yang satu ini masih segar di ingatan penulis, bagaimana seorang rakan tiba-tiba rebah di parkir kereta selepas kami berkumpul minum-minum di kedai mamak.

Sebabnya, sebelum itu dia nampak sihat, masih gemar menyakat teman-teman yang lain. Bahkan, dia juga rancak bercerita tentang rencananya untuk memanjat Gunung Rinjani suatu hari nanti.

Jadi, apabila dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan, kami semua tersentak. 

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Ketika itu, arwah hanya berusia 35 tahun. Tiada penyakit kronik mahupun diabetes dan darah tinggi. Doktor menjelaskan dia mendapat serangan jantung. Ya, serangan jantung. Jadi, jangan menarik nafas lega jika anda ‘masih muda’ kerana risiko serangan jantung itu tetap ada.

Hakikatnya, ia bukan lagi satu penyakit yang hanya dikaitkan dengan warga emas. Lebih membimbangkan lagi, fakta menunjukkan bahawa individu yang mengalami serangan jantung pada usia 20-an atau awal 30-an telah meningkat, dengan satu daripada lima pesakit serangan jantung berumur bawah 40 tahun.

Malah, kajian tentang penyakit arteri koronari dalam kalangan belia Malaysia mendapati, hampir 70 peratus  peserta berumur 15 hingga 24 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko kardiovaskular

Mentaliti yang mengaitkan serangan jantung dengan golongan orang berumur sudah lapuk. Oleh itu, golongan muda haruslah mengambil tindakan segera untuk menangani isu ini.

Dr. Nabil Idris - Gambar ihsan Hospital Aurelius Nilai
Dr. Nabil Idris - Gambar ihsan Hospital Aurelius Nilai

Pakar Perunding Kardiologi Residen di Hospital Aurelius Nilai, Dr. Nabil bin Haji Idris, berkata “Penyakit jantung tiada diskriminasi umur. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, baik golongan muda mahupun yang tua. Tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi merupakan faktor  penyumbang utama kepada penyakit jantung.

“Kami menyaksikan semakin ramai golongan muda yang mempunyai risiko-risiko ini. Sungguhpun dalam usia 20-an, sangat-sangat penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan faktor-faktor risiko ini,” ujar beliau.

Berikut adalah beberapa salah tanggapan yang lazim kedengaran tentang faktor risiko penyakit jantung dalam kalangan golongan muda: 

1. “Saya masih muda! Saya boleh makan apa-apa sahaja tidak mengira masa”

Siapa yang tidak menggemari sesi gerai mamak pada lewat malam? Namun, anda perlulah berfikir baik-baik sebelum memesan mi segera goreng kesukaan! Ini kerana diet yang tidak sihat dan tinggi lemak akan menyebabkan pengumpulan plak di arteri dan meningkatkan risiko serangan jantung. Selain itu, apa kata tukarkan teh tarik dengan the O kosong?

2. “Tak perlulah kawal rokok dan alkohol, saya masih muda!”

Amalan merokok adalah faktor risiko utama kegagalan jantung kongestif kerana ia mampu menyebabkan aterosklerosis serta meningkatkan tekanan darah. Alkohol yang diambil secara berlebihan selama beberapa tahun dapat menghasilkan kardiomiopati alkohol, iaitu satu keadaan di mana alkohol bertindak sebagai toksin untuk melemahkan otot jantung secara langsung. Inilah masanya untuk berhenti merokok!

3. “Orang muda boleh menangani tekanan dengan baik, jadi itu bukanlah masalah besar.”

Tidak kiralah fizikal atau emosi, tekanan yang berterusan akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan peredaran darah. Kajian mendapati, apabila anda berasa tertekan, amigdala (bahagian otak yang menangani tekanan) akan memberi isyarat kepada sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah putih berlebihan.

Ini dapat menyebabkan arteri meradang, yang berupaya mencetuskan serangan jantung, angina dan strok. Sesungguhnya, kehidupan kita memang tidak lari daripada tekanan, namun anda mesti memperuntukkan masa untuk berehat, memulihkan tenaga tubuh, dan menyegarkan tubuh untuk memerangi kesan tekanan. 

4. “Tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi hanya untuk mereka yang berusia.”

Semua ini adalah faktor risiko klasik untuk penyakit jantung. Namun, golongan muda mungkin tidak sedar jika mereka mempunyai penyakit ini melainkan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan. Tiada salahnya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti sebarang tanda masalah awal. 

Meskipun sesetengah faktor risiko penyakit jantung tidak dapat dikawal, misalnya umur atau sejarah keluarga, anda boleh mengambil tindakan untuk mengurangkan risiko anda dengan mengubah faktor yang boleh dikawal. 

Mencegah lebih baik daripada merawat. - Gambar hiasan dari Pexels
Mencegah lebih baik daripada merawat. - Gambar hiasan dari Pexels

Tambah Dr. Nabil lagi, perubahan kecil dalam gaya hidup, seperti bersenam dan membuat pilihan pemakanan yang sihat, boleh mendatangkan perubahan besar kepada kesihatan jantung. 

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, jadi sebaiknya anda menjalani pemeriksaan jantung dan mengenal pasti faktor risiko anda lebih awal, serta mengambil tindakan proaktif bagi melindungi dan menguatkan jantung anda.”

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang profil risiko kardiovaskular anda atau menjadualkan lawatan pemeriksaan jantung, anda boleh membuat temujanji dengan Dr. Nabil bin Haji Idris di Hospital Aurelius Nilai. - Getaran, 20 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibarat Peluang Kedua, Vinod Sekhar Ikrar Beri Yang Terbaik

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Golongan Muda Alami Rabun Tua Sebelum Usia

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Golongan Muda Utamakan Perkara Lain Berbanding Beli Rumah - Pakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pahamin Rajab Meninggal Dunia, Alami Serangan Jantung Dalam Pesawat

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh