web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masih Ada Pesakit Tidak Jujur Di ETD, Beri Risiko Berganda COVID-19

Rencana Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 10:05AM

Pekerja Kesihatan sedang menjalankan tugas di di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya pada 27 Mei. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Meskipun sudah lebih setahun negara berjuang memerangi wabak COVID-19, namun kesedaran masyarakat tentang bahaya penyakit ini masih belum dapat mengubah tingkah laku dan tindakan dalam menghadapi virus maut itu.

Ini dapat dilihat apabila masih ada yang tidak jujur dengan status kesihatan mereka yang terdedah atau menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 ketika hadir untuk menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma  (ETD).

Perkara tersebut dikongsikan Pakar Perubatan Kecemasan dan Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Putrajaya Dr Khairul Nizam Hassan apabila tindakan tersebut telah membawa kesan buruk bukan sahaja kepada petugas kesihatan di ETD tetapi juga kepada orang lain yang menerima rawatan.

“Tidak jujur itu masih berlaku sehingga kini dan tidak tahu apa sebab mereka bertindak demikian. Bila seseorang tidak berkata benar, kita merekod mereka sebagai tidak bergejala dan tiada kontak, yang akan disalurkan ke satu tempat bersama-sama dengan pesakit lain yang tiada kaitan langsung dengan COVID-19.

“Ini mendedahkan virus itu kepada orang lain terutama golongan lanjut usia dan mereka yang berisiko hanya disebabkan sikap mendiamkan maklumat yang benar tersebut. Jadi … boleh nampakkan kesannya bagaimana?,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, Hospital Putrajaya terpaksa membuat pengasingan pesakit yang mempunyai masalah pernafasan  bagi mengelakkan jangkitan silang.

Jelas Dr Khairul, sejak hospital itu beroperasi sebagai hospital hibrid COVID-19 April tahun ini, terdapat peningkatan antara 40 hingga 60 peratus kemasukan pesakit jangkitan pernafasan akut teruk  (SARI) dan kes positif COVID-19 di ETD.

Ada kes positif COVID-19 yang terpaksa kita rujuk ke Hospital Sungai Buloh atas keperluan untuk katil di Unit Rawatan Rapi (ICU), katanya.

Justeru, bagi mengurangkan kesesakan di ETD serta risiko jangkitan,  operasi di  ETD kini dalam percubaan  dengan mengubah suai waktu kedatangan pesakit untuk memastikan pesakit tidak kritikal tidak datang serentak dengan pesakit kritikal.

“Sistem baharu ini sedang dalam tempoh percubaan bermula minggu ini sebelum dilaksanakan sepenuhnya nanti  kerana kami berpendapat ada ruang untuk mengawal pesakit daripada berkumpul di ETD dengan sistem rawatan waktu berperingkat bagi mengurangkan kesesakan.

“Kita masih dalam proses melihat sistem ini secara berperingkat dan berharap dengan kepakaran dan sumber tenaga yang ada akan dapat melaksanakan perkara ini untuk kebaikan pesakit supaya kehadiran mereka lebih terancang,” katanya.

Dr Khairul mengakui emosi para petugas turut terjejas semenjak mengendalikan situasi COVID-19 di hospital namun tugas dan tanggungjawab yang dipikul masih dapat dilaksanakan dengan baik melalui kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) melalui perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi menangani stres.

Usaha ini sangat  penting untuk memastikan bukan sahaja keadaan fizikal petugas dalam keadaan terbaik tetapi juga kesediaan mental dan emosi.

Justeru, Dr Khairul berharap masyarakat dapat memahami peranan petugas kesihatan dengan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat kesihatan seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, elak tempat sesak dan aktiviti perkumpulan yang dilihat sangat relevan dalam usaha membendung penularan wabak ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Harus Segera Tunai Janji Bentang GEG, RUU Kawalan Produk Merokok Di Parlimen 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Semua Orang Berisiko Terkena Serangan Strok Haba - Pakar

3

Rencana 3 tahun yang lalu

Jangan Anggap Duduk Belakang Tak Payah Pakai Tali Pinggang Keledar, Jika Kemalangan…

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Elak Risiko, Usah Tangguh Bayaran Zakat Fitrah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad