web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Orang Berisiko Terkena Serangan Strok Haba - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 1:15PM

Warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, lebih berisiko mendapat strok haba. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Strok haba berisiko untuk terjadi kepada semua orang sekiranya seseorang itu terdedah kepada persekitaran panas melampau, tanpa mengira tahap kesihatan diri seseorang.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Dr Norlen Ahmad berkata golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, bagaimanpun lebih berisiko mendapat strok haba. 

“Warga emas lebih berisiko tinggi kerana biasanya mereka mempunyai pelbagai penyakit yang membuatkan mereka lebih sensitif dan mekanisme pengeluaran peluh atau kawalan suhu badan tidak lagi cekap,” katanya pada program Jendela Fikir, siaran Bernama Radio hari ini. 

Dr Norlen berkata strok haba adalah satu kecemasan perubatan yang boleh berlaku secara pantas dan langkah segera perlu diambil untuk mengurangkan suhu badan bagi mengelakkan mangsa mengalami kondisi yang lebih serius seperti kegagalan fungsi otak, sawan dan yang paling serius mendatangkan maut.  

Katanya, antara langkah segera yang boleh diambil adalah meletakkan tuala basah di atas kepala, bawah ketiak, tepi paha serta tengkuk mangsa selain memindahkan mangsa ke tempat yang lebih sejuk dan redup.

“Tempat-tempat tersebut merupakan laluan saluran darah besar dan meletakkan tuala basah akan mempercepatkan proses alihan haba dalam badan dan seterusnya mengurangkan suhu teras badan,” katanya. 

Menurutnya, antara langkah pencegahan yang boleh diambil orang ramai adalah mengurangkan aktiviti fizikal di kawasan panas, memperbanyak minum air terutamanya air kosong, memakai pakaian yang longgar dan nipis serta memantau kesihatan ahli keluarga berisiko. 

Minggu lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok, Bachok Kelantan, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok akibat strok haba dan dehidrasi.

Sebelum ini  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum sehingga 35 dan 37 darjah Celsius, bagaimanapun keadaan itu dijangka akan reda dalam beberapa hari lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad