web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Harus Segera Tunai Janji Bentang GEG, RUU Kawalan Produk Merokok Di Parlimen 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 8:30PM

Ia perlu disegerakan bagi mengatasi isu ketiadaan kawalan undang-undang terhadap produk rokok elektronik atau vape, selepas pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952 pada 1 April lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan diminta segera membentang dan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan Generasi Penamat (GEG).

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, ia perlu disegerakan bagi mengatasi isu ketiadaan kawalan undang-undang terhadap produk rokok elektronik atau vape, selepas pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952 pada 1 April lalu.

Menurutnya, ketiadaan undang-undang jelas dan komprehensif bagi mengawal selia pengiklanan, promosi, penjualan serta penggunaan produk itu, mendedahkan risiko yang serius kepada kesihatan awam, terutama membabitkan golongan remaja dan kanak-kanak.

“CAP mengingatkan kerajaan mengenai janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang Dewan Rakyat pada April lalu yang mahu membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG pada sidang Parlimen Mei ini.

“Ini kerana penggunaan produk rokok elektronik atau vape dengan pelbagai perisa menarik dan taktik pemasaran kotor oleh pemain industri, menarik minat generasi muda bagi mencuba serta menggunakan rokok elektronik atau vape.

“Tindakan itu boleh membawa kepada risiko ketagihan dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan mereka,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohideen berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga sudah berulang kali menyatakan pendirian bagi membentangkan RUU bersama peruntukan GEG menerusi kenyataan media dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan.

Dengan meluluskan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG, beliau memaklumkan, Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat dapat membuktikan komitmen mereka adalah teguh dalam melindungi kesejahteraan masyarakat Malaysia, terutama golongan belia.

“RUU Kawalan Produk Merokok tidak seharusnya dijadikan isu politik dan masalah merokok adalah isu kesihatan yang perlu dipandang serius semua Ahli Parlimen bertanggungjawab, bagi melindungi masyarakat daripada ancaman bahaya produk merokok.

“Justeru, kami dengan tegas meminta kerajaan supaya mengutamakan kesihatan awam, dengan memenuhi janji kepada rakyat dan membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG dengan segera tanpa berlengah lagi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika persidangan Parlimen April lalu, memberi jaminan RUU berkaitan kawalan produk merokok, termasuk rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik akan dibentangkan Mei ini.

Anwar berkata, pembentangan itu tidak akan dilengahkan dan Ahli Parlimen diberi ruang untuk berbincang pada mesyuarat kedua Parlimen ke-15.

Beliau mengakui pelaksanaan RUU itu tertangguh disebabkan terdapat banyak reaksi negatif daripada Ahli Parlimen.

“RUU berkaitan kawalan produk merokok mendapat banyak reaksi negatif daripada Ahli Parlimen. Kerajaan bukan menolak, tetapi pada prinsipnya kita akan terus membentangkan RUU ini, tetapi tidak boleh dilakukan kerana pada peringkat awal kita setuju disekalikan RUU ini dengan cukai vape.

“Berikutan banyak bantahan, kita cadangkan KKM berunding semula dengan Ahli Parlimen secara teliti dan badan kesihatan dengan maksud melaksanakan tahun ini. Saya rasa wajar bagi ruang kepada Ahli Parlimen berbincang,” kata Perdana Menteri. - Getaran, 25 Mei 2023.

-ends-

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

3

Politik 2 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad