web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Anggap Duduk Belakang Tak Payah Pakai Tali Pinggang Keledar, Jika Kemalangan…

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 9:04PM

Penggunaan tali pinggang keledar khususnya di bahagian belakang amat penting kerana dapat mengurangkan risiko kecederaan sebanyak 40 hingga 50 peratus - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika ini ramai perantau akan pulang ke ibu kota selepas menghabiskan cuti Aidilfitri yang panjang bersama keluarga dan sanak saudara di kampung halaman.

Sudah tentu, jarak perjalanan lebih lama berbanding kebiasaannya kerana perlu menempuh kesesakan teruk di jalan raya.

Susulan itu, Pakar Keselamatan Jalan Raya daripada Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Kulanthayan KC Mani menasihatkan semua pemandu supaya memastikan penumpang tempat duduk belakang menggunakan tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan.

Menurutnya, penggunaan tali pinggang keledar khususnya di bahagian belakang amat penting kerana dapat mengurangkan risiko kecederaan sebanyak 40 hingga 50 peratus.

Profesor Dr Kulanthayan KC Mani
Profesor Dr Kulanthayan KC Mani

“Negara kita sudah ada peraturan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar belakang sejak 2014. Ramai mungkin terlepas pandang dan ada juga yang kurang memberikan tumpuan sebab sudah terbiasa duduk depan baharu pakai.

“Jangan anggap duduk di bahagian belakang kenderaan itu selamat kerana jika berlaku kemalangan, kesan kecederaan boleh menjadi serius dan kebarangkalian tinggi untuk kehilangan nyawa ahli keluarga,” katanya kepada Getaran.

Jelas beliau lagi, penumpang di semua tempat duduk mempunyai risiko kecederaan dan kematian sekiranya tidak menggunakan tali pinggang keledar.

“Ketika ini semua tempat duduk akan digunapakai. Jadi semua tempat duduk ada risiko. Jika penumpang belakang tak pakai, dia akan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tapi orang lain.

“Bila berlaku kemalangan, badan boleh bergerak. Dia akan mula melanggar kerusi depan, dash board, stereng dan cermin depan. Sebab itu saya minta pemandu buat semakan, selagi tak pakai jangan mulakan perjalanan,” katanya.

Pada masa sama, Kulanthayan berkata, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan juga amat penting bagi mengurangkan jumlah kematian golongan itu akibat kemalangan.

Tegasnya, pemasangan CRS dengan betul boleh mengurangkan kematian dalam kalangan bayi sebanyak 70 peratus, manakala kanak-kanak berumur setahun hingga empat tahun sebanyak 54 peratus.

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan juga amat penting bagi mengurangkan jumlah kematian golongan itu akibat kemalangan - Gambar Hiasan Pexels
Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan juga amat penting bagi mengurangkan jumlah kematian golongan itu akibat kemalangan - Gambar Hiasan Pexels

“Ia juga dapat mengurangkan kecederaan klinikal bagi kanak-kanak berumur empat hingga tujuh tahun sebanyak 59 peratus.

“Begitupun, pemasangan CRS juga perlu mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Peraturan 44 dan 129 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Sementara itu, Kulanthayan turut menggesa semua pemandu agar mengurangkan had kelajuan kenderaan masing-masing, terutama ketika orang ramai mula bergerak pulang ke ibu kota.

Katanya, tindakan tersebut boleh mengelak kemalangan daripada berlaku dan mengurangkan risiko kemalangan maut.

“Jika kenderaan dapat kurangkan kelajuan, kita akan dapat kawal kenderaan dengan baik dan jika terjadinya kemalangan pada kelajuan rendah, impak serta risiko untuk berlakunya kematian ataupun kecederaan adalah rendah.

“Keselamatan adalah tanggungjawab bersama dan semua pihak perlu memainkan peranan serta celik ilmu dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Berdasarkan statistik kadar kemalangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun lalu, dilaporkan kemalangan dan kematian jalan raya adalah sebanyak 545,630 kes dan berlaku peningkatan agak serius saban tahun. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Rencana 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

oleh Alfian Z.M. Tahir

Rencana 1 hari yang lalu

Monarki Dan Kekacauan Di Negeri Sembilan

Sepanjang bertahun-tahun, terdapat banyak kejadian di mana pihak diraja memainkan peranan penting dalam mengelakkan masalah yang dicetuskan oleh ahli politik da...

oleh Kalimullah Hassan