web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasilkan Bendera Batik Palestin Eksklusif, Tanda Solidariti Sambil Menderma

Rencana Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 2:13PM

Yuslinawati (kiri) bersama sepupunya Wan Hafizul menunjukkan bendera Palestin yang telah ditempah oleh pelanggan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pelbagai cara diterjemah rakyat Malaysia sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin, tidak ketinggalan pengusaha batik yang menghasilkan bendera negara tersebut menggunakan 100 peratus  kaedah serta teknik penghasilan batik eksklusif di Kelantan.

Sejak seminggu lepas, Yuslinawati Othman, 42, dari Kampung Salor, dibantu suaminya Wan Ahmad Wan Hassan, 51, serta sepupu mereka Wan Hafizul Wan Johari, 32, menyiapkan hampir 300 helai bendera Palestin.

Bercakap kepada Bernama, Yuslinawati berkata pada awalnya bendera yang dihasilkan hanya untuk dinaikkan penduduk kampung sahaja, namun selepas memuat naik hasil tangan mereka itu di laman sosial Facebook dan Instagram, ramai membuat tempahan.

“Bendera Palestin ini dihasilkan menggunakan kain kapas, sama seperti material untuk kain batik. Harga jualan bagi setiap bendera adalah berbeza mengikut saiz yang diinginkan oleh pelanggan iaitu bermula serendah RM25 untuk saiz 3x5 kaki hingga RM90 bagi bendera bersaiz paling besar iaitu 6x10 kaki.

Yuslinawati (kanan) bersama sepupunya Wan Hafizul mencanting lilin di atas kain putih untuk membuat bendera Palestin ketika ditemu di rumahnya di Kampung Baru Salor. - Gambar Bernama
Yuslinawati (kanan) bersama sepupunya Wan Hafizul mencanting lilin di atas kain putih untuk membuat bendera Palestin ketika ditemu di rumahnya di Kampung Baru Salor. - Gambar Bernama

“Bagi setiap jualan bendera, kami ambil harga modal bagi kain sahaja, selebihnya iaitu lebih kurang RM5 hingga RM10 akan dimasukkan ke dalam tabung dana untuk Palestin,” katanya yang berpengalaman mengusahakan batik lebih 25 tahun.

Tambah Yuslinawati, bendera Palestin yang dihasilkan mendapat sambutan amat baik bukan sahaja pelanggan dari dalam negara malah turut mendapat tempahan dari Brunei.

“Selain orang tempatan, kita juga dapat tempahan dari rakyat Brunei. Mereka bukan sahaja menempah bendera malahan ada yang mahu selendang bercorak Palestin.

“Walaupun kos untuk penghantaran mahal iaitu sekitar RM50 tetapi mereka sanggup untuk bayar demi membantu perjuangan rakyat Palestin mendapatkan keamanan yang sudah lama dirampas Israel,” tambahnya.

Sementara itu, Wan Hafizul berkata proses penghasilan setiap helai bendera bukanlah mudah kerana ia mengambil masa dua hingga tiga hari untuk disiapkan kerana perlu melalui beberapa proses yang cukup rumit.

“Untuk menyiapkan satu bendera terdapat beberapa proses perlu dilakukan seperti mencanting lilin di atas kain putih, mewarna, seterusnya mematikan warna sebelum merebusnya ke dalam air yang panas untuk melekatkan warna.

“Sekiranya cuaca panas kita boleh menyiapkan sehingga 50 helai sehari kerana kain yang kita gunakan ini senang kering,” kata Wan Hafizul. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad