Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keluar Dari Zon Selesa, Zaid Suntik Semangat Guna Motivasi

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 1:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Pepatah Melayu itu amat sinonim dengan kisah Zaid Mohamad, 43, yang nekad keluar dari zon selesa walaupun menyandang jawatan kanan di sebuah syarikat antarabangsa.

Nyata prestij sebagai Pengurus Kanan Rantau Asia selama lebih 10 tahun tidak menghalangnya menggapai impian yang dipendam sejak sekian lama.

Selepas 14 tahun menabur bakti, Zaid nekad mengambil keputusan drastik untuk memulakan langkah dalam bidang motivasi, meskipun perlu bertatih.

Ketika ditemui Getaran beliau berkata, pengalamannya yang berkait rapat dengan aspek motivasi pekerja digunakan sebaiknya untuk memulakan perniagaan dalam bidang itu.

“Di syarikat lama, semua pengurus kanan perlu mempelajari teknik khusus diamalkan organisasi tersebut agar mampu bertahan lama dalam industri.

Dari situlah saya menimba ilmu berbekalkan teknik yang diamalkan pihak syarikat untuk mengembalikan semangat kepada pekerja, agar terus berjaya dalam bidang diceburi,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

“Kerjaya sebagai Perunding Motivasi ini juga amat bermakna kerana saya dapat membantu masyarakat.”

Zaid berkata, semangat ditunjukkan petugas memberinya inspirasi untuk menubuhkan syarikat motivasi, bagi membantu individu yang memerlukan suntikan semangat.

Pemegang Ijazah Summa Cum Laude (Kepujian Tertinggi) Jurusan Kewangan Universiti Bridgeport itu berkata, respon positif diterima daripada bekas kakitangannya memberikannya kepuasan untuk berkongsi teknik dipelajari kepada orang lain di luar organisasi tersebut.

“Sebelum ini, kerja saya hanya berpaksikan kepada nombor dan akaun, namun apabila memulakan kerjaya baharu ini, asas saya adalah hubungan sesama manusia (interpersonal relationship).

“Kerjaya sebagai Perunding Motivasi ini juga amat bermakna kerana saya dapat membantu masyarakat untuk melihat sesuatu dari sudut pandang positif dan lebih bersemangat,” katanya.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, apa yang beliau kongsikan kepada masyarakat bukanlah baru dicipta, sebaliknya mengguna pakai teknik motivasi sedia ada dan berdasarkan pengalamannya sendiri.

“Sudah pasti ia adalah cabaran untuk saya bagi meyakinkan orang ramai, bahawa teknik yang dibawakan ini mampu membantu mengatasi masalah dihadapi mana-mana individu di pejabat atau di rumah.

“Hasilnya, Zaid Mohamad Academy sudah pun bertapak di negara ini hampir 10 tahun, dan membantu banyak pihak mengatasi masalah mereka untuk terus berjaya dalam karier masing-masing,” katanya.

“Saya kongsikan latihan dan teknik tertentu bagi membolehkan golongan dewasa yang kurang bermotivasi supaya mereka kembali bersemangat.”

Menurut Zaid, antara strateginya untuk bertapak dalam bidang ini adalah tidak memikirkan soal untung rugi, sebaliknya mengetengahkan nilai positif dalam teknik motivasi digunakan.

“Saya mengambil masa lebih dua tahun juga untuk memperkenalkan diri dan produk kami kepada masyarakat, namun Alhamdulillah dengan sokongan banyak pihak termasuk media, akademi ini dapat berkongsi ilmu dengan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemahiran kemanusiaan yang dikongsikannya terbahagi kepada dua bahagian iaitu keluarga dan korporat.

“Pada saya, kehidupan berkeluarga amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak di masa depan. Justeru, dengan teknik yang betul mereka dapat membesar dalam suasana positif sekali gus menjadi insan berguna untuk ibu bapa dan masyarakat.

“Untuk dunia korporat pula, sasaran sudah tentulah untuk golongan dewasa yang kurang bermotivasi dan tidak tahu apa objektif mereka bekerja, jadi, saya kongsikan latihan dan teknik tertentu bagi membolehkan mereka kembali bersemangat,” katanya.

Zaid berkata, berpegang kepada moto ‘everyone can be superstar’, setiap individu berkenaan cuma memerlukan kunci untuk meneroka potensi diri sendiri.

“Mereka mampu pergi lebih jauh berbekalkan sokongan dan teknik yang sesuai,” katanya. - Getaran, 23 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

3

Rencana 5 bulan yang lalu

Cinta Buat Mohd Ros Suhaimi Terus Berlari

4

Rencana 8 bulan yang lalu

Hari Kebangsaan: Elakkan Perbalahan, Teguhkan Perpaduan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini