web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Terus Gigih Bekerja, Tidak Pernah Lupa Bersedekah

Walaupun sudah berusia 67 tahun, Che Yah tetap gigih menjual lemang dan rendang di tepi jalan serta menunaikan zakat setiap minggu.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun berpendapatan sederhana dengan hanya menjual lemang dan rendang di tepi jalan namun ia tidak menghalang Rebiah Jantan berkongsi rezekinya dengan menunaikan zakat daripada hasil keuntungan jualan hampir setiap minggu. 

Warga emas berusia 67 tahun itu mesra disapa sebagai ‘Che Yah’ berkata beliau membayar zakat di Pusat Zakat dan masjid mengikut kemampuannya demi mendapat keberkatan dalam kehidupan.

Bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat, Rebiah masih mampu berjalan kaki ke hutan mencari buluh, kayu untuk memasak lemang, rendang serta dodol untuk dijual setiap hujung minggu bagi menampung keperluan harian keluarganya yang turut dibantu anak serta cucu-cucunya.

“Makcik mula menjual lemang serta beberapa makanan lain ini sejak lima tahun lepas, selalunya memang setiap minggu makcik akan bersedekah hasil keuntungan jualan ini walaupun jumlahnya tidaklah banyak tetapi masih cukup untuk membayar zakat.

“Makcik berasa tenang apabila dapat bersedekah dengan hasil pendapatan sendiri, anak-anak serta cucu banyak membantu dan mereka juga memberikan belanja bulanan kepada makcik dan pakcik. Makcik ikhlas lakukan kerja ini walaupun sudah berusia,” katanya kepada Bernama.

Kisah sikap terpuji Rebiah itu turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang memuat naik video mengenai 'Che Yah’ sebagai penjual lemang di Kampung Rembai Baris, Ulu Klawang, Jelebu memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira jurang pendapatan dalam tanggungjawab menunaikan zakat.

Rebiah berkata setiap hujung minggu beliau akan menjual 14 hingga 20 batang lemang berharga daripada RM10 hingga RM12 mengikut saiz serta rendang dan dodol.

Katanya beliau bersyukur, rata-rata pelanggan yang membeli jualannya membayar lebih daripada harga ditetapkan dan Rebiah akan menggunakan keuntungan itu untuk membayar zakat secara mingguan.

Rebiah turut berkongsi kisah kehidupannya lebih 20 tahun lepas iaitu rutin harian berjalan kaki ke hutan hampir sejam demi membantu suaminya Yazid Mahat menambah pendapatan keluarga.

Kecekalan Rebiah bukan sahaja mampu ke hutan sendirian memotong buluh serta mencari kayu, ibu kepada lapan orang anak itu pernah mengendong anak bongsunya berusia lapan bulan ke hutan untuk melakukan kerja-kerja kampung suatu ketika dahulu.

Rebiah berkata walaupun pernah melalui kehidupan serba kekurangan itu, beliau dan suami masih mampu memberikan pendidikan terbaik untuk kesemua anak-anaknya tanpa meminta bantuan sokongan daripada mana-mana pihak. - Bernama

Semua Gambar: Bernama/Izzul Ahmad

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dana RM240 Juta Diseleweng: Tiada Penglibatan Institusi Zakat - Azam

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Lelaki Budiman Sanggup Beri Baju Dipakai Kepada Gelandangan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

4

Selera 2 tahun yang lalu

Lemang Power Tong Dram Tambat Hati Pelanggan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN