Berita Terkini

15 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cara Terbaik Sambut Bulan Muharam

Jangan biarkan bulan Muharam yang bakal tiba berlalu sepi begitu sahaja. Berhijrahlah, bukan hanya dari segi amal ibadah tetapi juga dari seluruh aspek kehidupan.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 2:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Muharam yang bakal tiba kadang-kadang seperti satu bulan yang dibiarkan sepi.

Tetapi sebagai umat Islam, perlunya kita menjadikan bulan Muharam ini sebagai satu turning point kepada suatu fasa kehidupan yang lebih baik. Kerana Muharam sangat sinonim dengan peristiwa hijrah Nabi SAW dari Makkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah.

 

Perubahan diri

Namun, 'hijrah' bukan sahaja bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, bahkan hijrah dari kekufuran dan apa-apa yang menentang peraturan Allah SWT kepada mentaati dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Seperti mana firman Allah SWT:

Dari Abdullah bin 'Amru. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah."

(Hadis Riwayat Sahih Bukhari)

Sempena ketibaan tahun baharu 1443 Hijriyah ini dan kelebihan yang ada pada bulan Muharam ini, penulis mengajak kita semua bermuhasabah diri untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dengan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan melaksanakan perkara-perkara yang diperintahkan.

Walaupun ia merupakan tuntutan agama sepanjang masa, namun kepada yang ingin meningkatkan taraf kualiti kehidupan, bulan Muharam ini masa yang sesuai untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dalam segala aspek kehidupan kita.

Kepada mereka yang bekerja, boleh meningkatkan kualiti kerja dengan menambah soft skill yang sebelum ini belum pernah diceburi. Bagi yang berniaga boleh tingkatkan pendapatan dan hasil perniagaan dengan mencari sebanyak lagi ilmu marketing dari guru-guru perniagaan yang dipercayai.

Dalam masa yang sama meneruskan untuk meningkatkan taraf kualiti ibadah khusus dengan memperbanyakkan solat-solat sunat serta melazimi istiqamah mengamalkannya.

Ketua keluarga juga boleh memainkan peranan dalam mengajak ahli keluarga menjadikan tahun baru ini berubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Apa perlu perubahan semua ini kita lakukan? Jawapannya ada dalam surah Al-Anfal ayat 74 yang bermaksud:

 “Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita arahan berhijrah dan ganjaran yang akan diperolehi. Maka berbahagialah mereka yang menelusuri kehidupan dengan hijrah yang sebenarnya. Kerana Hijrah yang sebenarnya merupakan manifestasi kepada menghadapi kematian.

Mereka yang percaya kepada kematian merupakan mereka yang sentiasa tersemat dirinya nilai pahala dan dosa dan akan melakukan banyak perbuatan baik semasa hayatnya untuk dijadikan bekal untuk menjalani kehidupan selepasnya.

Sebaliknya, golongan yang sentiasa lalai dan lupa serta menentang Islam, kematian akan membawa mereka ke alam barzakh yang dipenuhi azab dan seksaan Allah SWT.

Justeru, marilah kita menjadikan hijrah kita dari tahun 1442 ke tahun 1443 lebih bermakna dengan meningkatkan semangat dan azam yang baik. 

Hijrah dari perbuatan buruk kepada perbuatan yang baik, hijrah dari iman yang rendah kepada iman yang lebih baik, hijrah dengan meletakkan harapan dan seluruh kepercayaan kepada Allah SWT sama ada semasa susah atau senang dan tidak hanya menyerahkan kepada takdir sahaja.

 

Persaudaraan Islam

Rasulullah SAW menggunakan semangat hijrah untuk mengeratkan ikatan persaudaraan antara kaum Muhajirin yang berasal dari Makkah dan kaum Ansar dari Madinah.

Hubungan yang dibina atas asas Islam dan takwa ini akhirnya berjaya membentuk kesatuan fikrah dan kerjasama di kalangan masyarakat Arab Islam di Madinah.

Ini juga menyebabkan Madinah akhirnya terkenal sebagai salah satu bandar terkemuka yang bertamadun dan pusat perkembangan Islam.

Hijrah turut memperlihatkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat Islam yang sentiasa bantu-membantu dan berpesan-pesan kerana Allah SWT dan agama Islam.

Justeru mengambil semangat peristiwa hijrah ini, ayuh mari kita menjadi agen kepada penyatuan persaudaraan umat Islam khususnya di negara kita.

Segala perbezaan yang wujud antara sesama Muslim sewajarnya diketepikan lebih-lebih lagi kita masih lagi berada dalam situasi memerangi pandemik.

Jika tidak mampu memberi, jangan sibuk mengambil. Jika tidak mampu memberi kasih sayang, jangan sibuk menabur kebencian. Jika tidak mampu menceriakan orang, jangan sibuk membuat orang bersedih.

Jika tidak mampu membantu orang, jangan menyusahkan orang. Jika tidak mampu untuk memuji, jangan sibuk mengeji. Jika tidak mampu menegur, terimalah teguran orang lain dengan yang hati yang terbuka.

Moga segala asbab ini menjadikan kita umat Islam yang kuat berpegang kepada kesatuan dan pegangan Islam.

 

Amalan Berdoa dan Berpuasa

Setibanya malam awal Muharam, di Malaysia lazimnya mengamalkan bacaan Akhir dan Awal Tahun. Kita digalakkan membaca doa ini walau di mana sahaja kita berada.

Doa yang diajarkan oleh ulama ini terkandung di dalamnya pengharapan kepada Allah SWT atas dosa dan maksiat yang dilakukan pada tahun yang lepas. Segala permohonan ini lahir dalam diri kita supaya kita mengenal bahawa kita ini adalah seorang hamba bertuhan.

Juga, umat Islam adalah digalakkan untuk berpuasa pada hari ke-10. Terdapat hadis-hadis yang menjelaskan tentang amalan dan kelebihan berpuasa pada hari tersebut yang lebih dikenali sebagai hari Asyura, seperti mana diriwayatkan dalam hadis berikut:

Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu.

“Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa.”                                                        (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Begitu juga Nabi SAW menjelaskan tentang kelebihan bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut melalui hadis berikut:

“Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa Asyura, maka Baginda bersabda: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.”                                                                (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa amalan berpuasa pada hari Asyura atau 10 Muharam merupakan sunah yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya bagi meraih ganjaran dan keberkatan dari Allah SWT secara berterusan.

Marilah kita bina kehidupan kita dengan amalan yang ikhlas dan juga sentiasa membina diri, keluarga dan kehidupan kita ini ke arah yang lebih baik.

Ayuhlah umat Islam bersama-sama mencari keberkatan dan keredaan Allah SWT, meninggalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan menjadi agen kepada penyatuan umat Islam.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati umat Islam di Malaysia. – Getaran, 8 Ogos 2021

Semua gambar hiasan dari Unsplash dan Pexels

Isu Pada

Aisyah Aziz Singkap Rahsia

07 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Individu Diminta Muhasabah Diri, ‘Setiap Kebaikan, Keburukan Akan Kembali Kepada Kita Sendiri’

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Membesar Sebagai Kristian, Ini Doa Kevin Zahri Sebelum Hijrah, Menitik Air Mata Netizen Mendengarnya 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sarah Hildebrand Segak Mengenakan Uniform Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat! 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Hijrah Ibarat Mendaki Bukit Atau Menaiki Tangga - Nora Ariffin

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN

Gaya 15 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY