Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menangislah, Jangan Malu!

Tanpa mengira jantina, menangislah. Kerana menangis bukanlah lambang kegagalan atau kelemahan. Menangis juga boleh mengundang bahagia.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 9:00AM

Gambar: Cottonbro, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lebih setahun kehidupan yang penuh warna-warni, hilai-tawa menjadi suram.

Rutin kehidupan yang dahulunya menyeronokkan, kini sedikit demi sedikit menyemai benih-benih kebencian terhadap kehidupan. Sesak dan lemas dengan sekatan sosial yang dilaksanakan demi memutuskan rantaian virus COVID-19.

Gambar: Marieeve Beaulieu, Pexels
Gambar: Marieeve Beaulieu, Pexels

Biarpun tahu dan faham dengan tujuan sekatan demi sekatan, namun pada sisi yang berbeza, akal dan fikiran mula menjerit-jerit meminta untuk dilepas bebas.

Mahu memeluk ibu dan ayah di kampung, mahu bersua dengan adik-beradik yang cukup dirindui, mahu juga membawa diri ke tempat yang mendamaikan hati. 

Dengan bebanan perasaan begini, ramai di antara kita sudah mula menangis. Menangis kerana rindu yang tidak tertahan, menangis kerana tiada daya mengubah situasi, menangis kerana tiada sesiapa di sini, menangis kerana terhimpit dengan desakan ekonomi.

Walau apa pun alasan anda menangis, jangan sesekali menganggap diri anda semakin lemah. Kerana apa? Kerana menangis bukanlah lambang kegagalan semata-mata, menangis juga boleh mengundang bahagia. 

Gambar: Ivan Samkov, Pexels
Gambar: Ivan Samkov, Pexels

Ahli psikoterapi, Sharon Martin, dari California, Amerika Syarikat mengatakan terdapat banyak manfaat menangis kepada manusia. Menurutnya, menangis adalah normal dan tidak perlu berasa malu, sama ada anda perempuan mahupun lelaki.

“Menangis baik untuk anda. Ia adalah jalan keluar yang sihat untuk perasaan. Jangan sesekali menahan tangisan kerana ia adalah sihat dan normal.

“Menangis adalah cara yang indah untuk meluahkan perasaan. Ia melegakan tekanan. Ia tidak menyakitkan sesiapa. Menangis memungkinkan pelepasan fizikal dan emosi negatif yang terpendam.

“Ini akan membantu menyingkirkan fikiran negatif dan kesakitan serta memberi ruang untuk perasaan positif berkembang. Jangan tunggu kekecewaan atau kerugian besar, teruskan dan menangislah. Menangis secara teratur adalah kaedah yang baik untuk menghilangkan tekanan!” kata Martin.

Gambar: Karolina Grabowska, Pexels
Gambar: Karolina Grabowska, Pexels

Menerusi entri Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, dijelaskan menangis mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Ini kerana selepas menangis, bola mata yang kering akan kembali lembab.

Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar. Ini kerana air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai antibiotik semulajadi.

Menangis akan membuatkan air mata mengalir ke rongga hidung. Jadi, ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Dengan itu, seseorang itu akan akan merasa lebih lega dan tenang.

Berikut empat lagi kebaikan selepas menangis:-

  1. Kesedihan dan kedukaan yang dialami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya parasympathetic yang membantu seseorang individu untuk bertenang.
  2. Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda mempunyai bayi, cuba perhatikan perkara ini, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.
  3. Hormon oksitosin dan endorfin akan dirembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.
  4. Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stres akan dikeluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh badan.

Bagaimanapun, menangis juga merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;

  • Menangis tanpa sebab yang jelas
  • Menangis terlalu kerap
  • Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
  • Menangis yang tidak terkawal

Jadi menangislah untuk hari-hari yang lebih menggembirakan. Rasulullah SAW adalah individu yang sering menangis. Baginda menangis bukan kerana lemah, tetapi baginda menangis ketika solat, saat mengingati Allah.

Dengan menangis, maka hati mudah tersentuh dengan kekuasaan Allah Taala. Menangis juga menjadikan diri seseorang rendah hati, mudah mengingat dosa dan menjauhi hal-hal yang tercela. - Getaran, 18 Jun 2021

Gambar: Mikhail Nilov, Pexel
Gambar: Mikhail Nilov, Pexel

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Mengaku Jual Motor Kerja Gila, Derrick Akui Pengorbanan Berbaloi

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki