web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meninggal Dunia Akibat COVID-19, Apakah Mati Syahid?

Menjawab persoalan adakah mereka yang meninggal dunia kerana COVID-19 dianggap mati syahid.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 2:30PM

Gambar Fail

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Negara sekarang sedang mengalami bencana pandemik COVID-19, wabak yang paling besar selepas wabak Selesema Sepanyol (Spanish Flu) yang pernah melanda dunia pada tahun 1918. 

Dengan jumlah kes jangkitan yang melebihi lima hingga tujuh ribu kes sehari sejak kebelakangan ini serta korban kematian yang mendadak, mungkin ada sahaja kenalan terdekat anda seperti ahli keluarga, sanak-saudara atau sahabat-handai yang gugur akibat wabak ini.

Seterusnya menimbulkan persoalan kepada semua, adakah mereka yang meninggal dunia kerana COVID-19 ini dikira sebagai mati syahid?

Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam sebuah hadis riwayat daripada Abu Hurairah RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati ditimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.”

Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Begitu juga, hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:

الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya: “Wabak taun itu adalah (penyebab) mati syahid bagi setiap Muslim.”

Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)

Demikian, hadis-hadis jelas menunjukkan orang-orang Islam yang mati kerana wabak atau ‘taun’ dianggap sebagai mati syahid. Kurniaan gelaran syahid ini dianugerahkan sendiri oleh baginda SAW sebagaimana yang dapat dibaca menerusi hadis-hadis tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan semua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung oleh mereka. (al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Dar al-Siddiq)

 

Pembahagian Mati Syahid

Tengku Ibrahim Helmi dari meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memetik Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam kitabnya, melalui hadis-hadis ini kita dapat membahagikan mati syahid itu kepada dua kategori, iaitu:

Pertama: Syahid di akhirat dan syahid di dunia iaitu sesiapa yang gugur (terbunuh) di jalan Allah melawan orang-orang kafir (menegakkan agama-Nya), ikhlas kerana Allah serta dalam keadaan mara ke hadapan dan bukannya berundur melarikan diri (daripada musuh). 

Kedua: Syahid di akhirat sahaja iaitu mereka yang diberikan pahala mati syahid, namun tidak terpakai ke atas mereka hukum syahid tersebut (yakni tidak perlu dimandikan, disolatkan dan sebagainya) di dunia. 

 

Kesimpulan

Tengku Ibrahim Helmi menyimpulkan bahawa sesiapa yang meninggal dunia kerana wabak COVID-19 ini bolehlah dianggap sebagai mati syahid seperti yang telah difahami menerusi hadis-hadis sahih yang dibincangkan di atas. 

Namun syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat iaitu mendapat pahala syahid di akhirat nanti. Adapun semasa di dunia, jenazah mereka masih perlu diuruskan seperti biasa iaitu perlu dimandikan dan disolatkan. 

Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sudah pun dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis-hadis sahih itu tadi. Namun, hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hakikat seseorang itu sama ada mati syahid ataupun sebaliknya.

Pada akhirnya, apa yang mampu kita lakukan sekarang adalah teruskanlah menadah tangan dan memohon doa kepada Allah SWT, agar menerima saudara-saudara seagama kita yang telah terkorban kerana COVID-19 ini sebagai mati syahid di sisi-Nya. – Getaran, 18 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

3

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

4

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 6 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN