web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekok: Bagaimana Untuk Mendengar, Memahami Dan Memberi Respons Apabila Perlu

Khadijah Jais kembali lagi dengan ulasan sebuah buku yang bertajuk 'Kekok.' Tidak banyak buku tentang psikologi ditulis dalam Bahasa Melayu dan itu antara tarikan buku ini.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk buku: Kekok: Bagaimana Untuk Mendengar, Memahami Dan Memberi Respons Apabila Perlu

Penulis: Akif Basri

Halaman: 284

Penerbit: Iman Publication

Ramai orang mahu bersuara dan mahu suara mereka didengari. Ramai orang mahu perasaan mereka difahami dan dimengerti. Namun, sedikit pula orang yang memiliki kemahiran untuk menjadi pendengar yang baik.

Kita semua pasti pernah memainkan kedua-dua peranan dalam perbualan – peluah dan pendengar. Jadi, buku tulisan Akif Basri, seorang psikologis klinikal berdaftar, ini sangat saya sarankan untuk semua golongan tanpa mengira umur atau latar belakang.

Buku ini ditulis bukan sahaja berdasarkan teori psikologi dan kajian saintifik atau perspektif psikologis klinikal yang sering mendengar luahan individu yang mengalami isu berkaitan kesihatan mental.

Buku ini turut memuatkan pengalaman penulis sendiri yang pernah berasa tersisih dan tidak didengari. Buku ini menampilkan tips-tips berkomunikasi secara lisan, bukan lisan dan komunikasi di alam maya.

Kepentingan kemahiran berkomunikasi di alam maya semakin dirasai apabila pandemik COVID-19 memaksa kebanyakan komunikasi secara berdepan beralih kepada komunikasi secara maya.

Apa yang saya gemar tentang buku ini ialah penulis memberikan contoh-contoh perbualan dan respons yang sesuai dan juga tidak sesuai diberikan dalam sesuatu situasi.

Hampir semua tips yang diberikan disertakan dengan contoh aplikasi harian. Pada hujung bab juga, terdapat latihan ringkas yang membantu pembaca untuk membuat refleksi kendiri. 

Barulah saya tersedar, “Oh, saya tidak sepatutnya memberikan respons sebegitu…”, bertanya kepada diri, “Apakah agaknya perasaan dia apabila saya asyik membelek telefon bimbit di tangan sambil mengangguk-angguk seolah faham?”, menyedari bahawa emoji mungkin membawa maksud berbeza-beza bagi setiap individu, serta memahami bahawa adakalanya kita perlu biarkan sahaja waktu senyap berlalu tanpa perlu memecahkan kesunyian bagi memberikan ruang kepada si peluah.

Sebagai pendengar, kita perlu memberikan fokus kepada peluah bukan sibuk mencelah dengan cerita kita, membandingkan masalahnya dengan orang lain atau dengan pantas berusaha memberikan solusi.

Buku ini menarik kerana tidak banyak buku psikologi yang ditulis dalam Bahasa Malaysia serta memberikan contoh yang bersesuaian dengan konteks tempatan dan keadaan semasa.

Namun, haruslah diingat bahawa buku ini bukan buku ilmiah dan tidak mengupas teori psikologi secara mendalam.

Melalui buku ini, penulis berhasrat untuk berkongsikan skil mendengar dan memahami yang dapat dipraktikkan oleh sesiapa jua, tidak terhad kepada mereka yang berhadapan dengan rakan atau ahli keluarga yang mengalami isu berkaitan kesihatan mental.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara berkomunikasi dengan lebih baik sama ada secara berdepan atau di alam maya, anda boleh memesan buku ini di laman web rangkaian kedai buku ternama seperti MPH, Popular, Borders, Kinokuniya atau sokonglah kedai buku lokal berhampiran anda. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Iman Media Sedekad Perjuangkan Industri Buku

2

Budaya 4 tahun yang lalu

Telusuri Ajaibnya Kegelapan Kuala Lumpur Dalam 'KL Noir: Magic'

3

Budaya 4 tahun yang lalu

Ulasan Buku: Perempuan Dari Masa Lalu oleh Wafa Awla

4

Refleksi 4 tahun yang lalu

Merungkai Kisah Kasih Sayang Dari Al-Quran Dengan 'Love Stories From The Quran'

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden