web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Iman Media Sedekad Perjuangkan Industri Buku

IMAN Media Group telah berjaya menjual lebih 1.5 juta naskah buku sepanjang 10 tahun dalam industri berkenaan.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 4:30PM

Gambar: Shazreen Zamzuri, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IMAN Media Group yang merupakan induk bagi syarikat penerbitan buku IMAN Publication Sdn Bhd dan syarikat penjualan buku secara dalam talian, IMAN Shoppe Bookstore Sdn Bhd berjaya menjual lebih 1.5 juta naskah buku sepanjang 10 tahun dalam industri berkenaan, sekali gus membantu masyarakat mencari jawapan kepada pelbagai persoalan menerusi produk keluarannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Fatin Syamimy Liana Badaruddin berkata syarikat yang bermula pada 2013 itu memfokuskan kepada penerbitan buku yang menjawab pelbagai permasalahan pembaca termasuk isu kehidupan seharian, kerohanian dan rumah tangga.

"Kita lihat buku yang dikeluarkan ini sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat. Kandungan buku yang bersesuaian dapat membantu mereka mencari jawapan terhadap soalan yang bermain di minda mereka,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran #SedekadIMAN di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat itu mahu kekal berdaya saing dalam dunia industri buku dan terus menghasilkan kandungan buku yang mampu menarik minat masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, agama dan pelbagai peringkat umur.

"Kita bermula sebagai kedai buku secara dalam talian iaitu imanshoppe.com dan kita beralih kepada penerbitan buku. Kita menyasarkan akan terus memberi jawapan kepada semua persoalan masyarakat untuk 10 tahun akan datang dan seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui industri buku bakal berdepan cabaran getir pada masa hadapan terutama dalam memenuhi kehendak pembaca Generasi Z yang sentiasa mahukan perubahan dalam konteks kandungan susulan perkembangan pesat teknologi masa kini.

Katanya antara inovasi yang dilakukan termasuk menawarkan kelas secara dalam talian menerusi platform www.imanplus.com.

Bagi menarik minat Generasi Z, Ketua Pegawai Operasi IMAN Shoppe Bookstore Sdn Bhd Rahmah Razak berkata syarikat berkenaan sudah mula menawarkan pemasaran secara aktif menggunakan kaedah digital bermula 2015.

"Kita sudah mula keluarkan podcast, artikel dalam blog, seterusnya menjual e-book yang kita anggap sebagai inovatif dalam dunia teknologi. Kita juga pasarkan buku secara dalam talian menggunakan platform e-dagang iaitu imanshoppe.com yang memberi fokus kepada buku genre Islamik,” katanya menambah jumlah pelanggan IMAN kini sudah mencapai hampir 135,000 pengikut. 

Dalam pada itu, Rahmah berkata pihaknya juga merancang menterjemahkan naskah buku keluaran syarikat itu menjadi drama atau filem bagi mempelbagai karya dan perniagaannya.

Katanya kejayaan IMAN Publication dalam tempoh sedekad ini adalah hasil komitmen warga kerjanya yang komited dalam menghasilkan produk baharu dalam memenuhi kehendak masyarakat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN