Berita Terkini

11 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Merungkai Kisah Kasih Sayang Dari Al-Quran Dengan 'Love Stories From The Quran'

Setelah lama berehat, pengulas buku Khadijah Jais kembali dengan ulasan buku karya Sheikh Yahya Ibrahim bertajuk 'Love Stories From The Quran.' Seperti apakah penceritaan tentang kasih dan cinta dalam kitab suci ini?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 2:54PM

Gambar: Instagram @tertibpress

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk buku: Love Stories from the Quran

Penulis: Yahya Ibrahim

Halaman: 107

Penerbit: Tertib Publishing

Apabila kita membicarakan tentang kisah 'cinta', kita sering membayangkan cerita-cerita yang indah dan momen-momen yang manis belaka. Sedangkan kisah cinta dalam Al-Quran dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Para nabi dan rasul serta orang soleh pernah mengalami kesakitan, kerisauan dan konflik. Hati mereka pernah terluka. Namun, segera mereka adukan dan kembalikan pengharapan mereka kepada Allah.

Kebanyakan doa yang dirakamkan dalam Al-Quran juga merupakan doa yang pernah diungkapkan oleh mereka. 

Buku Love Stories from the Quran, karya Syeikh Yahya Ibrahim ini merangkumkan pengajaran daripada 13 kisah individu-individu yang disebutkan dalam Al-Quran.

Buku yang memiliki sekitar 100 halaman sahaja ini bukanlah sebuah kitab tafsir. Huraian tentang surah mana dan ayat berapa juga tidak disertakan.

Dalam setiap bab, penulis mengemukakan ringkasan cerita, mengetengahkan tema yang berkaitan dan menghuraikan pengajaran yang boleh kita jadikan pedoman.

Dalam bab terakhir, penulis menyimpulkan bahawa tema utama yang merentasi semua kisah cinta dalam Al-Quran ialah birr (berbakti). Cinta ialah kesanggupan untuk memberi, lebih daripada kebiasaan kita.

Sebagai seorang pengagum keindahan seni Bahasa Arab, apa yang saya gemar tentang buku ini ialah penulis sering mengaitkan maksud sesuatu perkataan dari segi bahasa atau kata dasar perkataan tersebut dengan maksud tersirat yang mungkin signifikan bagi tema yang dibincangkan.

Sebagai contoh, perkataan cinta (hubb) dalam Bahasa Arab memiliki kata dasar yang sama dengan biji benih (haab). Bukankah kita biasa dengar frasa 'cinta berputik', 'cinta bersemi', 'cinta perlu dibajai'?

Cinta dan biji benih mempunyai sifat yang hampir sama. Cinta tertanam dalam lubuk hati, berpotensi untuk bercambah, berakar umbi dan berkembang biak bergantung kepada persekitaran.

Dalam Bahasa Arab, perkataan hubb juga dikaitkan dengan gigi yang putih, bersih dan tidak dicemari. Perkataan yang sama dipilih oleh orang Arab untuk menerangkan konsep cinta - cinta yang tulus dan suci.

Perkataan hubb ini hanyalah satu contoh daripada perkataan-perkataan lain yang diulas oleh penulis. Perkataan birr dalam perenggan di atas juga dikupas oleh penulis.

Seperti yang ditekankan penulis, al-Quran pasti ada pedoman buat kita semua, tanpa mengira siapa pun kita atau situasi apa sekalipun yang kita sedang hadapi.

Secara peribadi, saya amat tersentuh dengan kisah Nabi Ayyub A.S. terutama dalam situasi pandemik yang sedang melanda kita.

Nabi Ayyub A.S. yang telah dikurniakan Allah nikmat kekayaan, kesenangan dan keselesaan dalam tempoh yang panjang (50 tahun) telah ditimpa satu demi satu ujian.

Bermula dengan gempa bumi yang menyebabkan kematian anak-anak, harta benda dirompak dan pekerja-pekerja dibunuh, seterusnya baginda ditimpa penyakit yang aneh.

Kaum baginda mula meninggalkan, mencemuh dan memulaukan baginda. Baginda terus bersabar dan berasa sangat malu untuk meminta agar Allah menghilangkan kesusahan baginda.

Baginda berpendapat, tempoh kesusahan yang dilalui (baru 7 tahun) tidak setanding dengan kesenangan yang pernah dinikmati. Hanya isteri baginda yang setia di samping baginda, hinggalah pada suatu hari, isteri baginda terpaksa memotong dan menjual rambutnya bagi mendapatkan makanan.

Peristiwa ini telah menyentuh hati baginda, lantas tercetuslah doa daripada mulut baginda:

“Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang” (Al-Anbiya’: ayat 83).

Doa yang lahir daripada perasaan kasih dan simpati baginda terhadap isterinya ini telah dikabulkan Allah serta-merta.

Antara iktibar yang boleh kita perhatikan ialah baginda mengadu dan meminta bukan kerana baginda tidak lagi boleh bersabar menanggung penderitaan tetapi baginda tidak sanggup melihat penderitaan isteri yang amat dikasihi.

Dalam situasi hari ini, samada kita terkesan secara langsung atau tidak langsung, marilah kita adaptasikan rayuan Nabi Ayyub A.S. kepada Tuhan Yang Maha Penyayang ini.

Untuk membaca tentang 12 lagi kisah-kisah cinta yang terdapat dalam Al-Quran, anda boleh memesan buku ini di laman web penerbit (Tertib Publishing), rangkaian kedai buku ternama seperti MPH, Popular, Borders, Kinokuniya atau sokonglah kedai buku lokal berhampiran anda. - Getaran, 6 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran Tambah Baik Faedah Melalui Kawalan

3

Refleksi 6 bulan yang lalu

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

4

Gaya 7 bulan yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 14 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki