Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Cara Menghindari Hubungan Sulit Di Pejabat

Pernah dengar tentang hubungan sulit di pejabat? Tentu sekali ini bukan kali pertama anda mendengarnya kerana perbuatan ini biasa berlaku dari zaman dahulu sehinggalah ke hari ini.

Refleksi Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 6:18PM

Hubungan rapat antara rakan sekerja berlainan jantina kemungkinan boleh mencetuskan kemelut rumah tangga. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak kes hubungan sulit di pejabat melibatkan mereka yang sudah berumahtangga yang akhirnya mencetuskan kemelut rumahtangga dan menyebabkan rumahtangga berantakan dan akhirnya, penceraian. Namun begitu, ada juga hubungan sulit di pejabat yang akhirnya bahagia hingga ke jinjang pelamin.

Walau apa pun natijahnya, perhubungan sulit sebegini adalah dilarang oleh Islam, dan perlu dielakkan di mana-mana syarikat atau perniagaan.

Apakah penyebab hubungan sulit di pejabat terjadi dan bagaimanakah cara untuk mengelak daripada terlibat sama, terutama sekali jika anda sudah mempunyai keluarga? Dan bagaimana untuk menjaga tatasusila jika anda masih bujang dan sedang mencari pasangan? Jangan menuding jari kepada lelaki sahaja, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Keluar bekerja merupakan satu ibadah atas niat semata-mata kerana Allah SWT, untuk melunaskan tanggungjawab ke atas diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Namun, dengan bekerja, kita terdedah dengan risiko-risiko untuk melakukan dosa, dan salah-satunya ialah terjerumus ke dalam hubungan sulit di pejabat.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”, (Surah Al-Isra’ 17:32).

Ayat ini jelas menyarankan agar umat manusia mengambil langkah-langkah untuk menghindari zina sebelum ianya terjadi.

5 Cara Hubungan Sulit Boleh Tercetus dan Bagaimana Untuk Menghindarinya

1. Borak-Borak Sahaja

Tidak dapat tidak, sebagai rakan sekerja, memang ada ketika yang akan dihabiskan dengan berborak. Tipulah kalau semuanya bekerja penuh 7-8 jam sehari tanpa berkomunikasi secara kasual dengan rakan sepejabat. Dalam kita berkomunikasi dengan rakan sekerja, mestilah ada satu atau dua yang sekepala dengan kita, yang membuatkan kita berasa selesa.

Walaupun begitu, sekiranya individu ini adalah seorang bukan mahram kita, pastikan kita menjaga tatasusila ketika berbicara untuk menghalang perhubungan daripada menjadi lebih akrab dan melampaui batas yang dibenarkan.

Jangan kerana kita sudah terbiasa, kita merasakan “Alah.. borak-borak aje”. Ingatlah bahawa Iblis dan syaitan itu wujud dengan satu tujuan semata, iaitu untuk menjerumuskan anak Adam ke dalam bahaya.

Iblis berkata seperti yang ditulis di dalam Al-Quran dalam Surah Al-A’raaf ayat 16-17 yang bermaksud:

“Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (Surah Al-A’raaf 7:16-17)

2. Berkongsi Masalah Perkahwinan

Selalu dilihat di Twitter, isteri-isteri bengang kerana suami mereka berkongsi masalah perkahwinan kepada teman sekerja wanita. Selain daripada ingin melepaskan perasaan, adakah luahan itu bertujuan untuk mencari penyelesaian atau direka-reka untuk tujuan memikat si pendengarnya?

Masalah perkahwinan itu sangat peribadi dan sebagai seorang suami atau isteri, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyimpannya dengan rapi, dan berkongsi hanya dengan mereka yang layak untuk membantu menyelesaikannya seperti ahli keluarga dan kaunselor.

Berbalas-balas perkongsian masalah akan menyebabkan kita menjumpai titik persamaan yang akan menjadikan perhubungan lebih rapat daripada biasa, dan ini adalah bahaya. 

3. Menyambung Komunikasi di WhatsApp Peribadi

Kehadiran saluran chat seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya memudahkan lagi komunikasi tanpa mengira masa dan ketika.

Lantas, jika ini terjadi, pastikan komunikasi itu bersifat profesional. Apabila ada unsur-unsur yang tidak sepatutnya muncul, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur secara terus, melencongkan komunikasi ke arah lain atau berundur dari perbualan tersebut kerana itu adalah lebih baik.

Apabila muncul mesej-mesej pujian, pertanyaan yang tiada kena mengena dengan tugasan, perkongsian gambar yang tidak bersesuaian dengan tugasan, patahkan sahaja perbualan itu untuk menjaga tatasusila sebagai rakan sekerja. Andai kedua-dua pihak menyukainya, ini akan menjadi punca kepada tercetusnya perhubungan sulit di pejabat.

4. Keluar Berdua

 Apabila keluar bekerja luar bersama, tidak kira untuk tugasan harian atau tugasan luar kawasan, berhati-hatilah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (HR Ahmad)

Ketiadaan mahram dengan kita menjadikan kita terdedah kepada godaan syaitan yang akan menyuruh kita untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah agama. Strategi syaitan itu selalunya halus, hati berkata hanya sedikit-sedikit, apa salahnya. Lama-lama, terlanjur sudah. Lebih-lebih lagi jika terpaksa bertugas di luar negara dalam jangkamasa yang lama, atau sering kerja lebih masa dengan rakan sekerja yang kita suka.

Jika tiada keperluan untuk keluar bersama, elakkan daripada berdua. Rasulullah SAW sendiri membawa isterinya ketika Baginda SAW keluar berperang seperti hadis yang diriwayat oleh Aisya (RA) di dalam hadis Sahih Muslim 4:2377. Jika kita tidak mampu untuk membawa mahram bersama ketika bertugas, maka jagalah diri kita sebaik mungkin agar kita tidak terjebak ke dalam maksiat.

5. Kenali Batas-Batas Pergaulan

Sebagai muslimin, kita telah diajar batas-batas pergaulan dengan mereka yang bukan mahram, dengan ajnabi. Di antaranya ialah supaya menundukkan pandangan seperti firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada golongan yang beriman hendaklah mereka itu menundukkan pandangan mereka.” (Surah An-Nur 24:30)

Mengapa perlunya menundukkan pandangan? Daripada Saidina Huzaifah Yamani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: “Sesungguhnya melihat kepada tempat yang elok yang ada pada tubuh perempuan adalah seperti anak panah beracun daripada anak panah iblis (kerana sangat cepat ia membinasakan), terselamatlah sesiapa yang meninggalkannya (kerana takut Allah).” (Ihya Ulumuddin)

Pepatah Melayu juga ada mengingatkan tentang bahaya mata dengan “Dari mata turun ke hati.” Inilah kerja syaitan yang perlu kita hindari. Selain itu, jagalah pakaian dan aurat kita juga agar ia tidak menjadi cabaran kepada orang lain di sekeliling kita.

Hubungan sulit di tempat kerja ini berlaku kerana masing-masing kita tidak mengamalkan nasihat Islam di dalam kehidupan. Setiap langkah kita menuju dosa itu memang akan terasa nikmatnya, tetapi seringlah kita beringat kepada balasan Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingkar.

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada cabaran yang tidak mampu kita hadapi. - Getaran, 17 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Berhenti Memberi Hati, Kalau Bukan Untuk Mencintai

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 11 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN