web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhenti Memberi Hati, Kalau Bukan Untuk Mencintai

Penulis undangan kami berkongsi secebis kisah kehidupan buat renungan semua.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 1:34PM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kau tahu bang, dia datang dalam keadaan baik. Aku tak minta. Tapi lama-lama aku sendiri yang terima dia,” kata Rizal kepada aku.

“Benda tak jadi kalau bertepuk sebelah tangan Zal. Dia datang mungkin untuk berkawan. Tapi kau yang bagi tempat untuk dia dalam diri kau, kan?” tanya aku. Saja aku nipiskan pandangan ke Rizal.

“Tempat kerja aku dengan dia sama bang. Hari-hari jumpa, bersembang, masa rehat pun sama. Makan sama-sama sudahnya aku rasa dia faham aku,” jawab Rizal.

“Berapa lama dah kau berkawan dengan dia ni?” Aku tanya lagi.

“Dekat setahun dah bang,” Rizal menghirup air teh o’ panas. Daripada air tu sampai tadi dia belum teguk walaupun sekali.

Gambar hiasan: Pexels
Gambar hiasan: Pexels

“Isteri kau tahu?” aku asak soalan lagi.

Cepat Rizal alihkan cawan air tadi. Entah air tu masih panas atau dia terkejut aku tanya soalan tadi.

“Hmmm.. belum bang,” jawab dia perlahan. Nafas dia tarik dalam-dalam. Dahi dia kerutkan. Jauh dia pandang. Aku tahu dia melihat ke wajah isteri yang ada dalam kotak fikiran dia.

Aku tanya lagi ke Rizal, “Kau ada plan nak kahwin dengan dia?”

Kali ini dia tak jawab. Dia tundukkan pandangan. Lama.

Gambar Hiasan: Pexels
Gambar Hiasan: Pexels

Aku sambung lagi bercakap, “Kalau kau tak ada niat atau kau rasa berat sangat untuk itu, kau kena tahu yang kau buat ni benda salah Zal. Kalau kau memang ada niat nak nikahi dia pun, kau kena selesaikan cepat. Bukan berlama-lama macam sekarang ni.

“Pertama kau kena fikir isteri kau. Kau permainkan kesetiaan dan kejujuran dia. Kau berhubung dengan orang lain tanpa dia tahu. Apa niat kau sebenarnya selama ni?

“Aku boleh kata kau zalim buat isteri kau macam tu. Tanpa niat yang jelas atas apa yang kau buat, kau boleh jadi suami curang ni Zal.

“Kasihan isteri kau. Dia berhak tahu semua ni.”

“Aku tahu bang, aku salah. Tapi dah terlajak lama macam ni. Macam mana aku nak betulkan?” kolam mata Rizal mula bergenang. Perlahan dia mengesat air mata yang belum lagi jatuh.

Gambar Hiasan: Pexels
Gambar Hiasan: Pexels

“Sebelum aku jawab soalan kau, ada perkara kedua. Perempuan yang sama kerja dengan kau tu.

“Dia pun ada hati. Kau ingat betul-betul pesan aku ni.

“Kalau kau tak berniat nak halalkan seorang perempuan, jangan kau buat dia jatuh cinta terlalu dalam. Dia mungkin kuat dalam sebuah penantian, tapi hati dia tak layak untuk kau permainkan walaupun sekejap,” aku bersuara tenang.

Rizal menangis lagi. Muka dia tundukkan. Memandang tepat ke lantai.

Gambar Hiasan: Pexels
Gambar Hiasan: Pexels

“Macam nilah Zal. Kau tinggalkan terus apa yang kau dah buat. Terus terang dengan perempuan tu, bagitahu yang kau cintakan isteri kau dan tak ada yang lain.

“Semua manusia akan menerima kejujuran Zal. Percayalah cakap aku.

“Lepas tu kau tumpulah sepenuh hidup dan masa kau kepada isteri dan keluarga kau. Dekat situ kau akan jumpa segalanya. Jiwa dan hati kau semuanya,” aku letak tangan ke bahu Rizal. Tepuk dan genggam bahu dia. Tanda aku mahu dia berbuat sesuatu.

Rizal anggukkan kepala. Dia faham.

Moga kau baik-baik aja Zal. - Getaran, 15 Mei 2022

*Rizal cuma nama gantian. Bukan nama sebenar.

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa