Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

Refleksi Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 7:55AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika dilamun cinta, pasangan merasakan dunia ini mereka yang punya. Bila bersama, segalanya sempurna, bahagia dan akan kekal selamanya. Cinta memberi kesan fatamorgana kepada ramai manusia yang menyebabkan kaki tidak berpijak di bumi yang nyata. 

Realitinya walaubagaimanapun, tidak seindah itu kerana sifat cinta itu sendiri bergelora, bergejolak, beralih arah, membara, menebal dan menipis mengikut situasi sehingga adanya pepatah Inggeris yang berbunyi 'there’s a thin line between love and hate'. Hari ini sayang, esok sudah benci, tengok muka pun sudah tidak sudi. Kita saksikan di sekeliling kita begitu ramai pasangan bercerai yang begitu membenci orang yang mereka pernah cintai kononnya ‘sepenuh hati’.  

Walaupun seringnya cinta membawa kepada perkahwinan, namun apabila masalah datang bertalu-talu ke dalam rumahtangga, adakah cinta sahaja mampu bertahan? Mampukah cinta kekal selamanya? Atau sering cinta mudah pudar apabila sudah berkahwin?

Apakah Namanya Cinta?

Apakah cinta? Definisi psikologi menterjemahkan cinta sebagai emosi kompleks yang melibatkan perasaan kasih sayang dan belas yang kuat untuk objek cinta, sensasi yang menggembirakan apabila dia berada di sisi, mengambil tahu tentang kesejahteraannya, dan peka kepada terhadap reaksinya. Apabila perasaan cinta menguasai, tahap endorfin dalam tubuh juga terembes untuk memberi perasaan angau yang biasanya dialami oleh pasangan yang baru bersama. Mandi tak basah, tidur tak lena, merinduimu sampai sakit tubuhku.

Walaupun pasangan dilamun cinta, dalam mengekalkan perhubungan untuk satu jangkamasa yang panjang, pasangan memerlukan lebih daripada itu, kerana kuasa emosi cinta sahaja tidak mampu bertahan jika ianya tidak dibaja.  

Cinta Membawa Kepada Keintiman

Keintiman itu sebenarnya lebih daripada hubungan fizikal dan seksual. Keintiman itu ialah keakraban, kesesuaian, kesefahaman yang membuatkan kedua-dua jiwa mudah memahami antara satu sama lain. Keintiman juga ialah memberi ruang untuk meluahkan, berkongsi perasaan, berbincang, mengenali dan berkongsi pengalaman berdua. Keintiman membuatkan pasangan merasakan bahawa kehadirannya penting dalam kehidupan, dan dihargai dengan penuh kasih sayang. Love grows, cinta itu menyubur, dan segala yang kita usahakan dalam menghidupkan perhubungan akan menyuburkan cinta sedia ada. I thought I couldn’t love you more than I do right now, and yet I know I will tomorrow – Mereka yang sudah berumahtangga harus ada berperasaan begini kepada pasangannya. 

Belajarlah bagaimana Rasulullah SAW menghidupkan keintiman dengan isteri-isteri Baginda. Rasulullah SAW begitu memerlukan Saidatina Khadijah (RA) ketika Baginda SAW menerima wahyu yang pertama kerana Saidatina Khadijah (RA) begitu memahami dan mampu menenangkan Baginda. Perhubungan Rasulullah SAW dengan Saidatina Aisyah (RA) juga penuh dengan momen keintiman seperti mandi bersama, berlumba lari, melihat persembahan bersama, berkongsi cerita dan sebagainya. 

Intim ialah sesuatu yang begitu eksklusif yang hanya boleh kita beri kepada insan yang paling istimewa dalam hidup kita, bukan calang-calang manusia boleh merasainya. Semaikanlah keintiman dengan pasangan kita untuk menghidupkan rasa cinta dalam perkahwinan. 

Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang baik dalam semua perkara, termasuklah juga dalam hal rumahtangga. Baginda SAW bersabda dalam hadith yang diriwayat oleh Ibn ‘Abbas yang bermaksud: Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya. [HR Ibn Majah, 9:2053]

Cinta Hadir dengan Tanggungjawab

Dalam usaha untuk memupuk cinta yang berpanjangan, masing-masing perlu mengerti tanggungjawab yang perlu dilaksana. Kita tidak boleh mengharapkan semuanya akan selari dan sejajar dengan kemahuan kita berdua jika tiadanya usaha dari kedua pihak. Fahamkan peranan masing-masing dalam perkahwinan. Adakah setakat melafaz “Aku cinta padamu, sungguh..” sudah menjadikan tanggungjawab kita terlaksana? Begitu banyak tanggungjawab yang hadir dalam membina sesebuah rumahtangga yang harmoni dan bahagia.

Tanggungjawab mencari rezeki, tanggungjawab mengurus rumahtangga, tanggungjawab melayan pasangan, mengurus anak-anak, mengurus keluarga mertua, mengurus kerjaya, mengurus emosi; semuanya perlu diperkemaskan untuk mewujudkan perasaan cinta yang mekar. Ini bukan kerja mudah, dan jika tiada usaha untuk mengambil tanggungjawab, cinta yang sedia ada akan memudar kerana akan muncul emosi-emosi lain yang akan mengganggu gugat perasaan cinta yang dialami tersebut. Dan jika perasaan lain itu negatif, rumahtangga akan berada dalam bahaya.

Suami tidak boleh ambil mudah tentang kewajiban memberi nafkah memandangkan ramai isteri zaman sekarang yang sudah berkerjaya. Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga. Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah. [HR Muslim: 994]

Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berada di bawah tanggungan suami ialah makanan, barang-barang dapur, pakaian, tempat tinggal, alat-alat untuk membersihkan diri dan pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja). (Rujuk Mughni Muhtaj, 4:542)

Isteri pula tidak boleh ambil mudah dengan memperlekehkan tanggungjawab kepada suami hanya kerana sudah mempunyai pendapatan sendiri. Sebaliknya, isteri-isteri juga perlu mengambil iktibar daripada sikap qanaah (adalah sifat yang menandakan rasa syukur seseorang) dan toleransi para isteri-isteri Rasulullah SAW yang tidak meminta kemewahan dunia berlebihan, sebaliknya memilih Allah SWT dan Rasulullah SAW serta kenikmatan di akhirat yang abadi.

Cinta Menuntut Nyala Rasa

Pasangan perlu bersemangat, bersungguh-sungguh untuk menjayakan perhubungan. Masing-masing perlu mementingkan pasangan, perlu merasakan pasangan kita ialah insan terbaik yang Allah SWT hadirkan untuk kita. Apabila berhadapan dengan godaan di luar, kita sentiasa ingat kepada pasangan kita, sanggup berjuang untuk mempertahankan hubungan.

Di zaman ini, ramai yang sudah berumahtangga gemar mengimbas apa yang ada di luar rumah berbanding menghargai apa yang miliki di dalam rumah sendiri. Berhati-hati dengan kerja syaitan yang sentiasa ingin merosakkan perkahwinan. Jadikan suri kita sebagai ratu dalam kehidupan, bukan dengan pemberian material, tetapi dengan nyala rasa di dalam hati kita yang mengangkat dia sebagai seorang ratu yang bertakhta. 

Apabila kita berumahtangga, pastikan matlamat perkahwinan kita itu betul iaitu untuk menjaga pandangan, menjaga kehormatan diri, dan untuk menjadi insan yang lebih bertakwa kepada Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Tiga golongan yang Allah SWT menetapkan atas diri-Nya untuk membantu mereka: orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu menjaga kehormatan dirinya” Riwayat al-Tirmidhi (1655), al-Nasa’I (3218)

Jadi semarakkanlah nyala rasa kita dengan pasangan kita di rumah dan bertaqwalah kepada Allah SWT kerana hidup berumahtangga itu banyak pahalanya. 

Cinta itu emosi kompleks yang muncul di hati manusia. Namun, jika perkahwinan disandarkan kepada cinta semata, banyak perhubungan yang retak di tengah jalan akibat perasaan cinta yang sudah tidak ada. Perkahwinan memerlukan usaha yang berterusan dan berpanjangan dari kedua-dua belah pihak, dan mengangkat pasangan kita sebagai manusia yang sangat penting dalam hidup kita. Landaskan tingkahlaku kita kepada agama, insya-Allah, perkahwinan dan cinta kita berada di dalam redha-Nya. - Getaran, 13 Oktober 2023

Artikel asal: mymuslimin.com

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Bunga Selamat Bernikah Dengan Tiko Aryawardhana

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 6 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 12 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN