Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buli Siber Makin Parah, Himaya Premium Hijab Medical Mask Lancar Kempen

Buli siber adalah perkara yang perlu diambil serius. Ia boleh terjadi kepada sesiapa saja, marhaen mahupun selebriti.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 4:30PM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahu tak apa yang dimaksudkan dengan buli siber? Menurut takrifan National Crime Prevention Council buli siber adalah di mana apabila internet, telefon bimbit atau alat lain yang digunakan untuk mengirim teks atau imej diniatkan untuk mencedera atau memalukan orang lain. 

Atau lebih jelas lagi, menurut Wikipedia, buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti pesanan teks (SMS), mesej (chatting), e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

Menurut hasil tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tinjauan antarabangsa iaitu Ipsos, 20,793 individu berumur antara 16 hingga 84 tahun di 28 buah negara di seluruh dunia menunjukkan terdapat peningkatan bilangan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka pernah menjadi mangsa buli siber.

Kesan terburuk daripada buli siber ialah orang yang dibuli tidak merasa selamat di mana sahaja, bahkan di rumah mereka. Bahkan terdapat kes yang membawa kepada kemurungan, masalah mental dan lebih teruk lagi sehingga membunuh diri.

Ya, buli siber juga menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri di kalangan remaja.

Tinjauan tersebut menunjukkan semakin ramai ibu bapa di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat yang menyedari pengalaman negatif anak-anak mereka dengan buli siber dalam talian dan ia agak mengejutkan.

Malaysia kini berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli siber. Kes buli siber di Malaysia berlaku setiap hari tetapi banyak yang tidak dilaporkan kerana proses birokrasi dan undang-undang yang panjang.

Mungkin juga ramai pembuli tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di internet dengan tujuan mengganggu, memprovokasi, mengancam atau menyalahguna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di bawah Seksyen 233 (1), mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

 

Himaya jalankan tanggungjawab sosial

Menyedari masalah buli Siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua melancarkan kempen Anti Buli Siber yang menampilkan Wany Hasrita, Elfira Loy dan Amira Othman sebagai rakan kerjasama.

Menurut Datuk KK Chua, mangsa buli siber tidak lagi boleh berdiam kiri kerana ia akan memberikan kesan yang mendatangkan kemudaratan sehingga membabitkan gangguan mental.

"Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa . Langkah paling penting adalah memberitahu ibu bapa atau orang yang anda rasa selamat untuk bercakap mengenainya.”

"Masyarakat juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian tersebut sekiranya mangsa malu atau buntu," katanya.

Tambah beliau lagi, Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana golongan artis juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa buli siber sehingga menjadi murung dan bimbang untuk keluar rumah.

"Bagaimanapun, artis Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea Selatan apabila ramai yang gagal berhadapan dengan situasi itu sehingga membunuh diri.

"Beberapa bintang K-pop yang telah membunuh diri pernah membicarakan bagaimana mereka bergelut dengan kesihatan mereka kerana menjadi mangsa buli siber dan kita berharap kejadian itu tidak menimpa artis di Malaysia," ujar beliau.

Berkongsi tentang pengalamannya, Wany Hasrita memberitahu dia pernah menjadi mangsa buli siber sehingga terpaksa mengambil langkah menyahaktif sementara akaun Instagram miliknya.

la berpunca daripada sikap segelintir netizen yang menghantar komen-komen tidak enak sehingga membuatkan dia berasa terganggu dan bimbang untuk berada di khalayak ramai. 

“Mungkin ramai beranggapan ia sekadar tulisan dan jangan diberi perhatian. Itu silap kerana ia lebih kekal dan meresap dalam ingatan. Apa yang diperkatakan sering bermain di fikiran sehingga mengganggu proses kehidupan. Serba-serbi jadi tidak keruan.”

"Netizen perlu tanam sikap tanggungjawab sosial dan nilai murni dalam kehidupan. Bukan artis saja yang perlu menjadi contoh teladan kepada generasi akan datang tetapi netizen juga perlu memainkan peranan," ujar Wany.

Lain pula halnya dengan Amira Othman, dia turut menjadi mangsa buli apabila netizen menyebarkan berita palsu tentang insiden dia dimasukkan ke hospital.

"Orang menuduh saya dimasukkan ke hospital kerana makan pil secara berlebihan, sedangkan insiden yang sebenarnya ialah saya dimasukkan ke wad selepas otot paha terkoyak dan berdarah gara-gara pertama kali menyertai kelas senam berbasikal indoor.

"Saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga lebih tahu siapa diri saya," ujar Amira.

Sementara Elfira Loy yang sudah 15 tahun bertapak dalam industri tanah air juga sudah lali dengan 'permainan' netizen.

"Saya mengambil sikap tidak mempedulikan kritikan mereka dan enggan melayan perkara remeh. Saya ada kerja yang perlu dilakukan dan netizen hanya tahu mengecam tanpa mengetahui perkara sebenar," katanya.

 

Hadapi dengan SKIPS

Jadi bagaimana pula dengan anda? Adakah anda atau orang-orang yang terdekat dengan anda menjadi salah seorang mangsa buli siber?

Jika ya, cuba perhatikan lima tip penting yang digariskan oleh Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) untuk berhadapan dengan situasi ini. Gunakan formula SKIPS.

S – Speak up or stay low

K – Keep the evidence

I -  Inform someone

P – Protect your online presence

S – Self-care

Untuk langkah pertama, anda perlu kenal pasti dahulu risiko yang menanti seandainya anda memilih untuk membalas balik kecaman atau kejian oleh si pembuli atau mungkin anda perlu berdiam diri dahulu.

Anda boleh terus bersuara sekiranya anda mahu memberitahu tindakan pembuli itu salah dan tidak boleh diterima dan mahu ingatkan orang lain supaya tidak buat perkara yang sama. 

Jika anda pilih untuk ‘stay low’ pun tidak mengapa, boleh terus buat laporan polis jika ia boleh mengancam keselamatan anda. Biar pihak berwajib buat siasatan lanjut. 

Langkah kedua, jangan lupa simpan bukti-bukti yang diperlukan untuk memudahkan siasatan. 

Langkah ketiga, jangan simpan kesedihan anda seorang diri, sebaliknya berkongsilah dengan teman baik, pasangan mahupun ahli keluarga yang dipercayai. Ini kerana pembuli siber ini kadangkala mampu bertindak keterlaluan sehingga mendatang kesusahan yang tidak terjangka. 

Mungkin dia boleh mempengaruhi orang lain untuk mencederakan anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh buat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Langkah keempat ini sangat penting. Jangan sesekali dedahkan data peribadi anda kepada pengguna internet. Apa yang dimaksudkan dengan ‘pendedahan’ ini? Tahukan apa itu ‘geo-tagging’? Ramai yang guna tagging ini pada ciapan atau berkongsi status di media sosial atau tag lokasi imej yang dikongsi. 

Perbuatan ini mungkin nampak tidak membahayakan, tetapi sebenarnya ia memudaratkan jika ada pihak mahu menyerang anda di dunia siber. Identiti anda boleh dirampas dalam sekelip mata. Sebagai langkah berjaga-jaga boleh pasang perisian anti-virus, firewall, dan anti-spyware di komputer dan telefon peribadi anda. 

Langkah terakhir untuk ‘self-care’ ialah sentiasa peka dengan perubahan kesihatan mental dan emosi anda, terutamanya selepas menjadi mangsa buli siber. Kongsi atau luahkan perasaan anda kepada mereka yang dekat dengan anda.

Jika malu, anda boleh hubungi talian bantuan seperti KSK Care Centre yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Talian Kasih yang dibawakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). - Getaran, 21 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 1,000 Kandungan Buli Siber Diturunkan MCMC Tahun Ini - Teo

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bunuh Diri Akibat Buli Siber, Program Rakan Muda Isu Dikupas Dewan Rakyat

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Kembali Dikritik Peminat 

4

Karier 10 bulan yang lalu

Nur Sabrina Mahu Tarik Lebih Ramai Wanita Ceburi Profesion Pengajar Selam

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi