web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Kembali Dikritik Peminat 

Enggan memanjangkan cerita, Siti ambil langkah berdiam diri susulan teguran pakaian tidak menepati imejnya yang berhijab

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 5:10PM

Perkongsian gambar yang menimbulkan rasa tidak puas peminat. gambar Instagram Siti Nurhaliza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah adat menjadi orang popular, apa juga yang dilakukan pasti mencuri perhatian ramai. Itulah harga yang harus dibayar oleh selebriti terkenal, termasuklah penyanyi tersohor, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Terbaharu, penyanyi ini kembali mengundang reaksi netizen termasuk kritikan pedas pengikutnya selepas beliau memuat naik beberapa keping gambar hasil garapan produksi Urban Ad. 

Ramai yang menegur gaya pemakaiannya yang dianggap tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab. 

“Baju mcm kurang sesuai… maafkan sy kalau menyinggung,” komen pengikut @ismi_iman

“Baik buka jela tudung tu....matlamat tak menghalalkan cara.... buat malu je”, komen @niknikiez.

“Cantik..sgt cantik..cuma mak iti skrg pon baju-baju dah melekat sendat kat badan..maaf naa mak iti,” ulas @immrsfadzil.  

gambar Instagram Siti Nurhaliza
gambar Instagram Siti Nurhaliza

Bagaimanapun, ramai juga peminat yang tampil mempertahankan Siti dan meminta supaya beliau mengabaikan sahaja setiap kecaman.

“Abaikan je Dato' Seri Siti banyak sangat ahli syurga di sini yang tak boleh tgk orang lebih sebenarnya ”, luah @terminatorseriessesson2.

“Memang kalau berjuta gambar semua kena tudung bawal ke? Dulu kena kecam sebab Tokti pakai baju recycle. Now kena kecam sebab terlebih kreatif. Alaaa, netizen pun memang takda benda lain lagi ka kan buat? Cerai berai agaknya family korang kalau tak kecam orang. Kang Tokti pakai selubung burqa baru korang tahu.”

"Siap judge n mention pasal kelas agama dia la suami dia la eh kau ni nak judge orang lelebih pulak. Kau siapa? Kalau takda benda baik nak cakap better diam. Adab takda, akal pun takda. Orang macam ni kalau kita jadi kain door mat pun, they will say we are not flat enough,” ulas @zakariasanuwan pula dengan menyertakan emoji marah.

Biarpun perbalahan dalam kalangan pengikutnya masih belum menemui noktahnya, Siti nampaknya mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan. 

Sebelum ini Siti pernah memberi respon apabila ada individu yang mempersendakan kulit album terbaharunya, Sitism. Bengang dengan kecaman melampau, Siti bertindak mendedahkan nama akaun individu terbabit itu dalam Instagram Story miliknya. Dalam masa yang sama, beliau juga turut 'tag' akaun Instagram rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membuat siasatan bagi memberi pengajaran kepada pemilik akaun terbabit. - Getaran, 9 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa