Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nur Sabrina Mahu Tarik Lebih Ramai Wanita Ceburi Profesion Pengajar Selam

Gadis yang berasal dari Perak itu berkata beliau mula menjadi pengajar selam skuba pada 2017 ketika berusia 19 tahun iaitu selepas memperoleh lesen menyelam peringkat Divemaster.

Karier Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 8:04AM

Nur Sabrina Mohmad Fuad, 25, tidak menjadikan bertubuh kecil dengan ketinggian 157 sentimeter sebagai penghalang untuk bergelar pengajar selam skuba - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Untuk bergelar pengajar selam skuba bukanlah sesuatu yang mudah kerana seseorang itu perlu mengharungi pelbagai latihan dan ujian mencabar.

Namun, bagi si kecil molek berketinggian 157 sentimeter Nur Sabrina Mohmad Fuad, 25, ia bukanlah halangan untuknya menceburi profesion itu yang didominasi kaum Adam dan warga asing.

Berkongsi pengalamannya kepada Bernama, gadis berhijab berasal dari Perak itu berkata beliau mula menjadi pengajar selam skuba pada 2017 ketika berusia 19 tahun iaitu selepas memperoleh lesen menyelam peringkat Divemaster. 

“Perjalanan ini tidak dirancang, ia bermula ketika saya menunggu keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), ibu bapa saya telah tawarkan kepada saya untuk tinggal di Pulau Perhentian bagi mengikuti latihan selam skuba peringkat Divemaster,” katanya yang kini mengajar di sebuah operator menyelam di Pulau Perhentian.

Katanya, selepas setahun menimba pengalaman sebagai Divemaster, beliau meneruskan latihan ke peringkat pengajar dengan mengambil kursus pembangunan pengajar (IDC) dan peperiksaan pengajar (IE) sebelum layak bergelar pengajar selam skuba yang diiktiraf Persatuan Jurulatih Selaman Profesional (PADI).

Ditanya mengenai pemilihan kerjaya itu yang jarang diceburi golongan hawa, Nur Sabrina berkata beliau meminati bidang itu kerana terinspirasi melihat kebanyakan pengajar selam skuba yang ada di pulau di Malaysia adalah warga asing.

“Pengajar selam skuba ramai orang luar (warga asing), mereka golongan profesional seperti pekerja bank dan jurutera, tapi sanggup berhenti semata-mata untuk tinggal dan kerja di pulau.

“Jadi saya rasa ini peluang saya untuk membuka mata orang ramai terutamanya wanita Melayu dan yang berhijab bahawa kita mampu memikul kerjaya ini, sekali gus menggalakkan lebih ramai untuk menceburinya,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata melatih pelajar selam skuba sehingga mereka berjaya mendapatkan lesen adalah satu kepuasaan dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Ada pelajar yang asalnya fobia, panik dengan kedalaman air dan ada juga yang hampir putus asa, tapi apabila saya berjaya pujuk dan mengatasi ketakutan mereka itu sehingga menamatkan kursus, saya rasa puas dan gembira,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Noorazizah Yusof berkata selain Nur Sabrina, beliau dan suami serta dua anaknya yang lain turut mempunyai lesen selam skuba serta aktif menyelam di beberapa pulau seperti Pulau Perhentian, Sipadan, Phuket, Gili Asahan dan Maldives.

“Dulunya apabila setiap kali tiba cuti persekolahan, kami akan bawa anak-anak bercuti ke pulau dan secara tidak langsung pada 2013, kami ambil lesen permulaan selam skuba di Pulau Perhentian selepas tertarik dan timbul minat ingin mencuba aktiviti itu.

“Tidak disangka, dengan hanya suka-suka, kini ia menjadi hobi kami sekeluarga dan akan melakukan selaman bersama setiap kali bercuti di pulau sehingga ke hari ini,” katanya.

Suri rumah itu berkata beliau bangga dengan pencapaian Nur Sabrina yang menjadikan jurulatih selam skuba sebagai kerjayanya.

“Kami akan sentiasa menyokong apa yang Nur Sabrina buat kerana itu minatnya… walaupun masih berhijab dan perlu menjaga batas sebagai seorang Muslimah, tapi masih mampu melakukan tugas yang mencabar,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 15 jam yang lalu

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

oleh Alfian Z.M. Tahir

Ekonomi 9 jam yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Usahawan 9 jam yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR