web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Program Jelajah Bersanad' - Peluang Mengaji Al-Quran Secara Bersanad Dengan Ulama Mesir

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 8:00AM

Jelajah Bersanad bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani bermula bulan ini hingga April.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMENYIH - Umat Islam di negara ini berpeluang untuk mengaji al-Quran secara bersanad dengan ulama Mesir, Syeikh Hasan Abdul Ghani Mohammad Abu Sittah yang merupakan pemegang sanad al-Quran ke-30 daripada Rasulullah SAW.

Penganjur dan juga pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Ab Kadir Jailani berkata pihaknya akan menganjurkan program Jelajah Bersanad bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani bermula bulan ini hingga April termasuk sepanjang Ramadan ini dan ia dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin memantapkan bacaan al-Quran.

"Syeikh Hasan Abdul Ghani yang kami bawa ini adalah pemegang sanad al-Quran ke-30 bermaksud generasi ke-30, iaitu ilmu al-Quran dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi lain tanpa gagal sedikit pun.

"Jadi, adalah pentingnya kita kembali ke tradisi keilmuan bersanad supaya dapat memberikan ketepatan ilmu al-Quran itu sendiri kepada pengamalnya dan menjadikan bacaan al-Quran itu lebih baik dan betul, terutama bacaan al-Fatihah yang merupakan rukun dalam solat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Muhammad Amar berkata program Jelajah Bersanad itu bukan hanya tertumpu di masjid sahaja, tetapi juga akan diadakan dengan penglibatan pelbagai anggota badan beruniform dan juga jabatan kerajaan seperti anggota bomba, pegawai penjara dan juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa sama, Muhammad Amar berkata pihaknya merancang untuk mengadakan program khas 24 jam bersanad bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani pada 15 April ini di Semenyih Ecoventure Resort And Recreation.

"Sesiapa sahaja boleh datang untuk menyemak dan membaiki bacaan al-Quran 24 jam bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani pada hari itu dengan dibantu anak muridnya yang diiktiraf, kita hanya mengehadkan pada waktu makan dan solat sahaja," katanya dan menambah setiap individu akan diberikan sijil sanad.

Selain itu,  Muhammad Amar berkata BeDaie yang merupakan madrasah digital menawarkan kelas al-Quran dalam talian dan menjawab kemusykilan berkaitan agama, turut mempunyai 10,000 guru agama bersiap sedia untuk datang ke rumah bagi mempelajari agama di seluruh negara. 

Beliau berkata antara khidmat yang ditawarkan secara fizikal dan bersemuka di rumah ialah mengajar al-Quran, Feqah, Tassawuf dan Tauhid yang sesuai untuk seisi keluarga selain silibus dipelopori pihaknya yang telah mendapat tauliah antaranya daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation, Puan Sri Datin Mimi Nur Liana Abdullah berkata sepanjang Ramadan ini pihaknya menawarkan penginapan bertemakan 'Perkampungan Madani, Ramadan di Hayati' yang julung kali diperkenalkan bermula 1 Ramadan ini.

Beliau berkata selain menyediakan sajian untuk bersahur dan iftar, pihaknya turut mengadakan aktiviti tadarus al-Quran, pengajian agama, solat tarawih, Qiamulail dan mengadakan aktiviti riadah kepada sesiapa yang mengambil tempahan menginap di tempat reakreasi berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran Tambah Baik Faedah Melalui Kawalan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

OIC Gesa Tindakan Lanjut Dunia Perangi Islamofobia, Alu-Alukan Mesyuarat Kuala Lumpur

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Sweden Mahu Ketatkan Peraturan Kemasukan Susulan Insiden Bakar Al-Quran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan