Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Merawat Katarak Dan Presbiopi Dengan Pembedahan IOL

Selain katarak, satu lagi penyakit berkaitan mata yang menghantui orang ramai ialah presbiopi, iaitu apabila mata secara perlahan-lahan kehilangan kemampuan untuk memfokus kepada objek jarak dekat. 

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 1:09PM

Pakar mata berkata apabila seseorang mula menghidap katarak, antara gelaja yang nyata ialah penglihatan kabur dan masalah penglihatan berganda. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mata kita ibarat cermin tingkap dan bayangkan cermin itu berkabus atau berhabuk, pastinya ia mengganggu penglihatan dan kita tidak akan dapat melihat dengan jelas pemandangan di luar sana. 

Ini adalah antara isu yang menghantui pesakit katarak dan sudah tentunya keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan serta menjejaskan kehidupan harian.

Apabila keadaan ini menjadi teruk, kanta mata secara beransur-ansur menjadi keras dan menghalang cahaya yang mencukupi menembusi kanta. Bagi kes yang teruk, keadaan ini boleh menyebabkan kebutaan.

Menurut Kajian 1 Mata Kebangsaan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2014, lebih daripada seorang dalam setiap empat orang (26.8 peratus) yang berusia menderita penyakit katarak dan dilaporkan ianya adalah punca utama kebutaan.

Satu lagi penyakit mata yang membimbangkan adalah presbiopi (presbyopia) yang berlaku apabila seseorang itu meningkat tua, apaabila mata secara perlahan-lahan kehilangan kemampuan untuk memfokus kepada objek jarak dekat, terutamanya apabila terpaksa menjauhkan bahan bacaan anggaran sepanjang lengan, untuk membaca.

Pakar oftalmologi juga menzahirkan kebimbangan mereka bahawa semakin banyak gejala presbiopi dalam kalangan generasi muda memandangkan kebanyakan masa mereka dihabiskan di hadapan komputer dan melihat gajet terutamanya semasa pandemik COVID-19.

Keadaan ini juga mungkin menyebabkan masalah Gejala Kelelahan Mata Digital.

Masalah Serampang Dua Mata

Perunding pakar oftalmologi International Specialist Eye Centre, Dr Wong Jun Shyan, ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai katarak dan presbiopi berkata, meskipun adalah normal untuk mengalami kedua-dua penyakit mata ini, ia juga boleh berpunca daripada kecederaan kepada mata, penyakit tertentu dan juga ubat-ubatan.

“Sebagai contoh, apabila seseorang mula menghidap katarak, antara gelaja yang nyata ialah penglihatan kabur, masalah penglihatan berganda, sukar melihat pada waktu malam, mata yang sensitif kepada cahaya dan silau serta perubahan dalam penglihatan warna.

“Meskipun presbiopi boleh berlaku akibat kehilangan keanjalan dalam kanta dan fungsi otot ciliary yang semakin lemah (otot dalam bebola mata yang menukar bentuk kanta ketika mata memfokus kepada objek dekat), penyakit seperti diabetes, multiple sclerosis atau kardiovaskular serta pengambil ubat-ubatan seperti antidepressants dan antihistamines boleh memburukkan keadaan, ” beliau memberitahu Bernama baru-baru ini.

Menerusi EDOF IOL, ia membolehkan pesakit melihat dari jarak jauh kepada sederhana tanpa memakai cermin mata. - Gambar hiasan
Menerusi EDOF IOL, ia membolehkan pesakit melihat dari jarak jauh kepada sederhana tanpa memakai cermin mata. - Gambar hiasan

Apabila berlaku presbiopi, kanta di dalam mata secara progresif kehilangan kemampuan untuk memfokus kepada obejk.

Mata perlu memfokus kepada cahaya dengan tepat untuk membolehkan proses menukar cahaya kepada isyarat elektrik, yang akan sampai ke otak untuk memproses imej yang kita lihat.

“Apabila seseorang itu berhadapan dengan penyakit katarak atau presbiopi, individu itu mungkin berasa kurang berdaya dan mungkin menjejaskan kualiti kehidupan. Untuk itu, amat penting bagi individu berkenaan mempunyai sistem sokongan, iaitu orang yang dapat membantu beliau mendapatkan rawatan dan menjalani pemulihan.

“Mereka perlu berjumpa pakar oftalmologi untuk memeriksa gangguan yang berlaku ke atas penglihatan mereka. Pakar oftalmologi adalah komponen penting untuk pesakit yang menghidap masalah penglihatan dan mereka yang membuat keputusan untuk menjalani pembedahan mata bagi mengatasi merawat kebutaan akibat katarak atau mahu mengurangkan pergantungan kepada pemakaian cermin mata, ” katanya.

Mengurus Katarak dan Presbiopi

Sementara itu, perunding pakar oftalmologi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Dr Cheong Fook Meng berkata, mereka yang menghidapi katarak dan presbiopi boleh dirawat menerusi pembedahan serta pilihan gantian kanta intraocular (IOL).

Rawatan pembedahan ini membolehkan kanta semula jadi yang menjadi keruh (katarak) dan digantikan dengan IOL.

Selepas pembedahan ini, mata boleh melihat dengan lebih jelas. Kuasa IOL adalah mengikut bentuk  dan saiz mata serta bergantung kepada keperluan penglihatan pesakit.

“Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis IOL, sama ada di hospital kerajaan atau swasta. Ini termasuk Monofocal IOL yang memberi visi imej-tunggal yang jelas pada jarak tertentu dan dibuat sebegitu rupa untuk mata melihat objek jauh. Ini memulihkan visi untuk satu kawasan fokus sahaja.

“Secara bandingan, IOL Multifocal dihasilkan untuk menyediakan penglihatan yang baik untuk pelbagai jarak seperti jauh, sederhana dan dekat. Sebagai tambahan, Toric IOL memperbaiki kualiti penglihatan dengan mengurangkan astigmatisme yang sedia ada. Ini disyorkan untuk pesakit yang mempunyai astigmatisme dalam mata mereka. Kaedah ini mempunyai kedua-dua bentuk kanta monofocal  dan multifocal,” katanya.

Kanta PC-IOL

Terdapat juga kanta yang lebih canggih daripada segi teknologi, dikenali sebagai kanta Presbyopia Correcting Intraocular (PC-IOL), yang boleh ditanam dii dalam mata selepas katarak dibuang. Ini akan membolehkan pesakit melihat jauh dan dekat tanpa perlu memakai cermin mata selepas pembedahan.

Menurut Dr Cheong,  terdapat dua jenis PC-IOL termasuk kanta trifocal intraocular dan juga kanta intraocular extended depth of focus (EDOF).

Beliau menjelaskan, kanta trifocal IOL lberasaskan diffractive optics, yang membenarkan IOL memfokus kepada cahaya dari jarak jauh, sederhana (60 hingga 80sm) dan dekat, langsung ke retina. Ini membolehkan pesakit mampu melihat jarak jauh, sederhana dan dekat tanpa bergantung kepada pemakaian cermin mata.

Menjelaskan pula mengenai EDOF IOL, beliau berkata ia membolehkan pesakit melihat dari jarak jauh kepada sederhana tanpa memakai cermin mata.

"Ada pesakit yang matanya mungkin juga mampu berfungsi melihat jarak hampir,” katanya, menambah, mereka yang tidak mahu bergantung kepada cermin mata gembira dengan keadaan ini yang boleh diperolehi dairpada trifocal IOL.

"Mereka mungkin mengalami sedikit silau dan mungkin juga melihat kilauan bulat di keliling lampu hadapan kereta dan lampu jalan apabila mereka keluar pada waktu malam. Namun mereka boleh menyesuaikan diri dengan keadaan ini sebagai ganti daripada perlu memakai cermin mata atau kanta sentuh dalam kehidupan harian mereka, " tambah Dr Cheong.

Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan pilihan IOL apabila berbincang mengenai pilihan kanta.

Pakar oftalmologi mempunyai kepakaran untuk membantu memilih IOL yang bersesuaian berdasarkan sasaran optik pesakit, keperluan, dan keadaan kesesuaian mata. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi