Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Perkara Yang Boleh Mencalarkan Sifat Integriti

Integriti amat penting dalam menjalankan tugasan atau perbuatan terhadap sesuatu perkara. Namun apakah halangan yang boleh menjejaskan kualiti sikap ini dalam diri seseorang itu.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 12:00PM

Integriti perlu diterapkan setiap masa kepada semua individu terutamanya seorang pemimpin bagi memberikan keyakinan terhadap tanggungjawab dan kuasa yang diberikan. - Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Integriti merujuk kepada pegangan utuh dan sikap jujur untuk mendapatkan keberkatan dalam pekerjaan atau pencarian rezeki tanpa perlu bercanggah atau merosakkan nilai moral serta etika diri. 

Sikap ini perlu diterapkan setiap masa kepada semua individu terutamanya seorang pemimpin bagi memberikan keyakinan terhadap tanggungjawab dan kuasa yang diberikan oleh rakyat.

Ini bagi mengelakkan seseorang itu menyalah guna kuasa atau tidak bertanggung jawab ketika menjalankan tugas. Namun, untuk mengekalkan integriti dalam diri ini bukanlah suatu yang mudah. Banyak rintangan untuk mencapai dan merealisasikan sifat yang unggul ini.

Ini enam perkara yang boleh mencalarkan integriti seseorang itu.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Rasuah 

Maksud rasuah itu sahaja sudah merujuk kepada perbuatan memberikan suatu habuan oleh seseorang kepada hakim atau orang lain agar individu tersebut dibela, diberi kemudahan atau dijatuhkan hukuman yang tidak adil. 

Dalam Islam juga sudah menyatakan rasuah merupakan salah satu dosa besar dan ia adalah perbuatan yang dilaknati Rasullah SAW. Seperti dalam sebuah hadis Abdullah ibn ‘Amr RA meriwayatkan:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”

Riwayat Abu Daud (3580), al-Tirmizi (1337)  dan Ibn Majah (2313)

Di Malaysia, dari segi undang-undang menyatakan rasuah adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah yang besar. Oleh itu, berhati-hatilah jika situasi ini berlaku dalam kehidupan anda agar dapat mengelakkan diri daripada dipersalahkan.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Khianat

Tindakan kejam ini bertujuan untuk menganiaya atau menyusahkan seseorang dengan melakukan tipu daya, membelot dan seumpamanya. Malah ia boleh mengundang kepada pergaduhan atau putus tali persaudaraan sesama manusia. 

Ini termasuklah khianat kepada negara atau dalam erti kata yang lain tidak setia dan membolehkan seseorang itu dilucutkan kerakyatannya. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّـهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

(Surah Al-Anfal: 27)

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Birokrasi

Perkara ini pula merujuk kepada sistem pemerintahan dan cara pentadbiran yang mengandungi pelbagai proses, peringkat serta banyak peraturan. Lazimnya, sistem ini ditentukan pemerintah atau pemimpin untuk mengendalikan sesuatu kerajaan atau organisasi. 

Cara ini dilihat tidak memberikan kecekapan dan kelancaran sesebuah organisasi itu jika tiada kerjasama yang baik antara kumpulan. Lama-kelamaan ia akan mengganggu moral dan motivasi seseorang itu semasa menjalankan tugas yang diberikan.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Berdusta dan Berbohong

Ini merujuk kepada kata-kata yang dikeluarkan itu tidak benar dan dusta belaka. Sifat ini tidak akan mendatangkan kebaikan dan lama-kelamaan boleh memakan diri serta mendorong kepada kelakuan mencuri. 

Seperti pantun yang sering diungkapkan “siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri”.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Bertangguh

Individu yang mementingkan waktu tidak akan mensia-siakan masa yang ada dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan boleh membentuk kepada sikap malas. Ini kerana waktu tidak akan berhenti bergerak seperti peningkatan umur manusia setiap hari. 

Selain itu, bertangguh juga menyebabkan integriti seseorang itu akan dijadikan sambil lewa. Sebaik-baiknya manusia hendaklah menghargai masa tersebut sebelum datang masa sakit dan masa mati. Rasulullah SAW bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksudnya: Ajaibnya urusan seorang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka. Dan hal itu tiada bagi seorang pun melainkan bagi orang Mukmin sahaja. Jika dia mendapat suatu perkara yang menyenangkan, dia bersyukur, maka itu ialah kebaikan baginya. Dan jika dia mendapat suatu perkara yang menyusahkan, dia bersabar, maka itu juga ialah kebaikan bagi dirinya.

Riwayat Muslim (2999)

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Melepak Dan Membuang Masa

Tabiat yang merupakan amalan negatif ini sering berlaku dalam kalangan masyarakat seperti menghabiskan masa dengan duduk atau berbaring sahaja tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. 

Tambahan pula ia boleh menyebabkan masyarakat memandang negatif terhadap individu seperti ini dan dicop sebagai kutu rayau serta individu yang tidak mendatangkan hasil. 

Oleh itu, elakkan daripada mendekati mahupun melakukan enam perbuatan di atas kerana ia boleh merosakkan serta menjejaskan integriti anda. Akhirnya ia tidak akan mendatangkan apa-apa kemajuan dan keuntungan dalam hidup anda. - Getaran, 12 Ogos 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki