Berita Terkini

8 jam yang lalu: Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion 8 jam yang lalu: Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy 8 jam yang lalu: Pemulihan bekalan air di Kuantan capai 50 peratus - PAIP 8 jam yang lalu: KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling 10 jam yang lalu: Timbalan Perdana Menteri Qatar adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Khamis

IKUTI KAMI


Bukan Sekadar Gelak Ketawa, Ini Hukum Berlawak Jenaka

Berlawak jenaka adalah satu bentuk hiburan yang boleh menggembirakan manusia. Namun apakah hukum dan sandaran di dalam Islam jika seseorang itu ingin berlawak antara sesama manusia? Minggu ini kami kupaskan.

Refleksi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 4:03PM

Adakah berlawak atau berjenaka ini dibenarkan di dalam Islam? - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh baru-baru ini isu menghina Islam di pentas lawak Crackhouse Club Comedy yang memperlihatkan seorang peserta wanita Islam yang membuka tudung dan berpakaian seksi semasa persembahan. 

Malah, terdapat beberapa lagi individu di situ membuat persembahan lawak yang mempunyai unsur-unsur memperlekehkan agama Islam. Tindakan tersebut telah mencetuskan rasa marah dan rata-rata penganut agama Islam di Malaysia mengecam perbuatan tersebut.

Berikutan  isu ini, laporan polis telah dibuat sehingga premis Crackhouse Club Comedy telah disita dan diarahkan untuk ditutup oleh pihak berkuasa DBKL pada 11 Julai lalu bagi menjalankan siasatan lanjut. Malah beberapa individu juga telah didakwa dan ditahan untuk membantu siasatan. 

Namun apakah berlawak atau berjenaka ini dibenarkan di dalam Islam?

Refleksi hari ini membincangkan isu hukum berlawak jenaka.

Gambar Hiasan Unsplash
Gambar Hiasan Unsplash

Realitinya, islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur atau berjenakan kerana ia adalah naluri dan fitrah manusia normal yang memerlukan hiburan. Lawak jenaka merupakan salah satu bentuk atau pertunjukan yang boleh memberikan kebahagian kepada manusia, mengurangkan tekanan dan seumpamanya.

Namun, perlu diingatkan bahawa setiap perbuatan ada batasnya supaya manusia sentiasa dalam kawalan dan tidak lupa kepada Allah SWT dalam melaksanakan sesuatu perkara. Maka terdapat beberapa sandaran dan pedoman yang ingin dikongsikan ketika berlawak sesama manusia.

Tidak melampaui batas sehingga meninggalkan tanggung jawab serta kewajiban. 

Hiburan yang melampau boleh mengundang kepada kelalaian manusia seperti mengabaikan atau melewatkan solat lima waktu dan sebagainya. Janganlah sampai ia menjadi kebiasaan sehingga setiap masa ingin bergurau kerana di akhirnya ia akan mendorong kepada kealpaan diri untuk melakukan perkara-perkara yang wajib. 

Seperti pepatah daripada Al-Qaradhawi:

اعطِ الكَلَامَ مِنَ المَزْحِ بِقَدْرِ مَا يُعْطَي الطَّعَامُ مِنَ المِلْحِ

Maksudnya: “Berikanlah bicaramu itu dengan sedikit gurauan, sekadar diberikan pada makanan itu garamnya yang cukup.”

Gambar Hiasan Unsplash
Gambar Hiasan Unsplash

 

Tidak Menjadikan Maruah Seseorang Itu Sebagai Gurau Senda

Hal ini merujuk kepada konteks lawak yang disampaikan atau dipersembahkan pelawak sehingga menyentuh maruah seseorang itu dari segi agama, bangsa mahupun negara.

Sama ada memperlekeh atau mencemuh antara kaum lelaki dan wanita atau semasa jantina, penyampaian yang memiliki elemen seperti ini perlu dielakkan. 

Ini termasuklah hal-hal yang melibatkan isu perkauman. Impaknya boleh mencetuskan pergaduhan akibat ketidakpuasan hati individu yang menonton dan mendengar maruah mereka diperkotak-katikkan.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

 

Tidak Menipu Dalam Melawak

Seperti ketika menyampaikan suatu ucapan, individu yang berlawak juga seharusnya tidak menipu dengan kata-kata yang dikeluarkan. Jangan sesekali berdusta atau memutar belit maklumat yang disampaikan kerana ia boleh memanipulasikan pemikiran individu yang mendengarnya.

Hal ini boleh menyebabkan akidah seseorang itu tersasar dari landasan dan mengundang kearah penyesatan agama islam. Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:

وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القَوْمَ فَيَكْذِبُ، وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ

Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!”

Gambar Hiasan Unsplash
Gambar Hiasan Unsplash

Tidak Mempermainkan Syiar Agama

Ditegaskan bahawa segala perbuatan, percakapan, gaya dan bentuk persembahan semasa berlawak adalah dilarang sama sekali jika ia mempunyai unsur mempermainkan agama islam samada secara tersurat atau tersirat. Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا

Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia.

(Surah Al-An’am: 70)

Perkara seperti ini pastinya mencemarkan nama baik islam itu sendiri dan merupakan isu yang sangat sensitif di kalangan masyarakat setempat. 

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap  individu yang bersalah dan bertanggungjawab melakukannya dibawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina dan lain-lain terhadap agama Islam.

Oleh itu, tidak salah jika kita mahu berlawak jenaka sesama manusia kerana ia sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada diri untuk terus semangat menjalani kehidupan. Namun beringat-ingatlah untuk sentiasa menjaga batas agar tidak tercemar akhlak, akidah, ibadah serta syariah islam. - Getaran, 29 Julai 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Hukum Jual Beli Secara Pratempah Melalui Platform Dalam Talian

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Siti Nuramira, Teman Lelaki Selesai Bayar Jaminan RM40,000

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Hina Agama Cerminan Pemimpin, Cenderung Berkelahi Sesama Sendiri

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hukum Menanam Tanaman Atas Tanah Orang Lain

Sorotan

1

Kadar Sewa Di Premis Kerajaan Diarah Turun 10-20 Peratus

2

Peguam Tak Sihat, Rayuan Najib Untuk Dapatkan Dokumen Ditangguh

3

Rasai Pengalaman Jadi 'Pak Tani' Di MAHA 2022

Disyorkan untuk anda

Jelajah 12 jam yang lalu

5 Lokasi ‘Glamping’ Terbaik Untuk ‘Staycation’!

oleh Zaidi Che

Refleksi 15 jam yang lalu

Cipta Replika Daripada Bahan Terpakai Untuk Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan

Biasanya pengunjung yang melalui kawasan lapang berdekatan Masjid Muhammadiah, Tasek, akan singgah dan mengambil gambar replika itu sebelum memuat naik gambar b...

Jelajah 19 jam yang lalu

3 Hotel Butik Mesti Cuba Di Pulau Pinang

Berikut adalah tiga butik hotel yang boleh anda jadi pilihan jika mahu ke Pulau Pinang. Ketiga-tiga hotel ini terletak di lokasi yang membolehkan anda melakukan...

oleh Rahayu MN

Teknovasi 1 hari yang lalu

4 Sebab Cat Kereta Mewah Mahal Dan Kelihatan Cantik

oleh Izwan Ramlan