Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tutup Sepenuhnya Kelab Komedi,  Rizal Perlu Ditahan Buka Ruang Persenda Islam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 7:00AM

Beberapa kumpulan NGO Islam menggesa operasi Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, ditutup sepenuhnya. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sepenuhnya operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, susulan penularan satu klip video yang menghina agama Islam.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi berkata, premis tersebut yang beroperasi tanpa lesen sah, dilihat membuka ruang untuk aktiviti menghina orang Melayu, Islam dan juga agama lain di negara ini.

“Saya rasa tindakan DBKL menggantung sementara operasi kelab tersebut wajar tetapi seelok-eloknya tutup terus. Kita tak setuju pembukaan restoran atau kafe yang membuka ruang kepada penghinaan bangsa Melayu dan juga bangsa lain di negara kita.

“Sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan tindakan lebih tegas, termasuk menggantung terus nama pemilik premis itu dalam mana-mana senarai PBT. Indivitu terbabit juga tidak patut dibenarkan untuk berniaga semula selepas ini,” katanya kepada Getaran.

Menurut Yusuf, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya bertindak segera dalam menangani isu tersebut.

“Saya difahamkan Rizal Van Geyzel adalah pemilik bersama premis tersebut dan pada masa sama, dia juga penganjur persembahan komedi yang tular baru-baru ini.

“Sebab itu saya nampak perlu diambil tindakan yang tegas terhadap Rizal sebab kita dapat tengok banyak video dia memburuk-burukkan imej islam sebelum ini. Dia sudah melampaui batas dan kerajaan perlu bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih parah,” katanya.

Tegas Yusuf lagi, pihaknya menentang keras  jika premis tersebut masih dibenarkan untuk beroperasi semula selepas ini.

“Kalau premis itu dibuka semula, kita akan duduk dekat sana buat perhimpunan bagi mendesak kerajaan supaya menutup terus premis tersebut. Jadi setiap hari kita akan ‘bising’ dan bawa sepanduk duduk depan restoran dia.

“Sepatutnya dia (Rizal) datang jumpa saya jam 3 petang tadi (semalam) tapi tak jadi atas nasihat peguam. Tapi saya ada beritahu dia, kalau dia tak datang saya akan menjejakinya sampai kami bertemu,” katanya.

Ujar Yusuf, pertemuan itu sebenarnya diadakan bagi mendesak Rizal membuat permohonan maaf kepada seluruh umat Islam atas tindakannya membenarkan aktiviti menghina agama Islam, malah dia sendiri turut berkongsi video memburukkan orang Melayu yang tular di media sosial.

“Tindakan dia memang sangat-sangat biadap, seolah-olah tak boleh berfikir secara waras. Sebagai orang beragama Islam adakah kau layak menghina agama sendiri.  Perkara ini (penghinaan) dia buat dah lama sebenarnya.

“Namun video wanita menghina Islam membuka segala kegiatan dia dan premis miliknya itu. Saya percaya kalau dia tak datang berjumpa kami secepat mungkin, dia akan hilang entah ke mana sebab ramai tengah marah sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya menggesa Rizal ditahan kerana berkongsi kandungan video berbaur perkauman dan menghina agama Islam di beberapa platform media sosial miliknya.

“Kalau kita tengok dalam video yang viral sekarang ini, memang jelas dia mempersendakan orang Melayu, Islam dan juga kaum lain. Bagi saya dia juga mengapi-apikan kebencian pelbagai bangsa di negara ini.

“Isu ini sebenarnya amat serius. Jadi saya rasa dia boleh direman, tangkap sahaja kerana dia amat berbahaya. Tapi saya tengok sekarang seolah-olah wujud ‘double standard’, dia masih lagi bebas,” katanya.

Pada masa sama, Aminuddin turut menggesa PBT supaya bertindak lebih proaktif dalam mengesan premis yang beroperasi tanpa lesen yang betul.

“Saya difahamkan dia dapat lesen premis untuk buka restoran, bukannya lesen hiburan. Jadi tindakannya itu sudah salah disisi undang-undang.

“Bagi saya elok tutup teruslah. Saya harap DBKL boleh pantau tempat-tempat sebegini. PBT juga harus lebih proaktif, maknanya sebelum berlaku kita lihat dahulu premis sebelum meluluskan sesuatu lesen,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pergerakan Wirawati Putra Malaysia, Nurulhafizah Jamaluddin turut menggesa pemilik premis terbabit dikenakan hukuman denda atau penjara mandatori selama tempoh, atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 33 Menghina Agama Islam.

Katanya, tindakan tegas itu sebagai memberi pengajaran kepada semua pusat hiburan lain agar membuat tapisan untuk apa jua persembahan akan datang demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan di negara ini.

“Walaupun Crackhouse Comedy Club selaku penganjur sudah membuat laporan polis di Balai Polis TTDI dan melarang wanita berkenaan memasuki premis kelab komedi berkenaan, penganjur perlu bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

“Ini kerana mereka gagal memastikan persembahan yang dilakukan berunsur tidak provokatif dan tidak rasis yang boleh mengganggu sensitiviti agama dan kaum,” katanya.

Terdahulu, DBKL menggantung sementara operasi kelab komedi itu sebagai mesej jelas bahawa mereka membantah apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaultan negara.

Namun semalam, pihak pengurusan Crackhouse Comedy Club menggesa agar DBKL menarik semula penggantungan lesen premis tersebut kerana mendakwa kelab itu disita tanpa sebarang notis bertulis awal.

“Pada 11 Julai 2022, Crackhouse Comedy Club disita tanpa sebarang notis bertulis awal kepada pihak pengurusan.

“Kami menggesa pihak berkuasa agar menarik semula penggantungan lesen Crackhouse Comedy Club kerana tindakan ini bersifat berat sebelah dan tanpa pertimbangan yang wajar, ” katanya.

Kenyataan bersama itu turut disokong beberapa lagi penama antaranya pelawak Harith Iskander, Douglas Lim dan Achmad Rusli @ Mad Sabah. – Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

2

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Gerai Jagung Bakar Warga Asing Disita

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tindakan Tegas Terhadap Penjaja Eksploitasi Tapak Bazar Ramadan

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Pendidikan 18 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam