Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sahabat Maktab Bantu Jemaah Haji, Sanggup Berkhidmat 24 Jam

Gabungan petugas Tabung Haji dan Sahabat Maktab mampu memastikan kebajikan serta pergerakan jemaah akan lebih teratur terutama ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 6:20PM

Ahli program Sahabat Maktab anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci Makkah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keinginan dan kesediaan untuk membantu orang lain mendorong 175 jemaah haji menyertai program Sahabat Maktab anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata meskipun perlu berkorban masa dan tenaga, kesemua mereka bertekad menyantuni Tetamu Allah dengan sebaiknya sepertimana yang dilakukan petugas TH sepanjang musim haji kali ini.

Katanya, setiap maktab atau penginapan jemaah hanya mempunyai lapan petugas TH dan gabungan antara Sahabat Maktab mampu memastikan kebajikan serta pergerakan jemaah akan lebih teratur terutama ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Seramai 35 sukarelawan Sahabat Maktab dipilih bagi setiap maktab (penginapan jemaah). Kita ada kesemuanya lima maktab jadi keseluruhannya seramai175 orang. Dalam kalangan mereka ini ada juga dipanggil sebagai Sahabat Medic dan Sahabat Ibadah.

Mereka mempunyai latar belakang perubatan serta agama. Keadaan ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina akan memerlukan tenaga yang ramai dalam menguruskan pergerakan jemaah serta memasuki khemah-khemah,” katanya.

Seramai 35 sukarelawan Sahabat Maktab dipilih bagi setiap maktab (penginapan jemaah) - Gambar Bernama
Seramai 35 sukarelawan Sahabat Maktab dipilih bagi setiap maktab (penginapan jemaah) - Gambar Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sahabat Maktab dan perjumpaan bersama jemaah haji di hotel Land Premium, di Makkah.

Menurut Syed Saleh, individu yang menjadi sukarelawan program itu dipilih berdasarkan kategori tertentu termasuk muda, bertenaga, sihat dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Ketika ditanya sama ada penyertaan akan ditambah pada masa terdekat, beliau berkata jumlah tersebut sudah memadai dengan kuantiti jemaah yang ada.

“Pada ketika pergerakan pada Hari Wukuf akan ada jemaah yang turut membantu antara sama lain. Kita terpaksa hadkan walaupun ramai lagi yang ingin tampil ke depan untuk bersama Sahabat Maktab,” katanya.

Sementara itu, seorang sukarelawan Nurul Husna Miskandar @ Nasiruddin, 23, berkata beliau mendaftar secepat mungkin selepas mengetahui program itu dibuka dan peluang membantu jemaah akan dimanfaatkan sebaiknya untuk mengutip pengalaman.

Individu yang menjadi sukarelawan program Sahabat Maktab dipilih berdasarkan kategori tertentu termasuk muda, bertenaga, sihat dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik - Gambar Bernama
Individu yang menjadi sukarelawan program Sahabat Maktab dipilih berdasarkan kategori tertentu termasuk muda, bertenaga, sihat dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik - Gambar Bernama

Nurul Husna yang merupakan penuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, berkata sahabat Maktab adalah kesinambungan dari program kebajikan yang pernah dilakukannya ketika di Tanah air dan beliau bersedia berkhidmat dalam tempoh 24 jam, jika diperlukan TH.   

Selain itu, Dr Syarul Azman Shaharuddin, 47, berkata beliau ditugaskan untuk memberi bimbingan berkaitan ibadah kepada jemaah namun masih mengekalkan prinsip untuk merujuk kepada petugas agar tidak berlaku pertindihan maklumat.

“Meskipun ada pengalaman...tidaklah kita tahu semuanya tetapi kita boleh menjadi penyambung antara jemaah dan petugas bimbingan haji sedia ada. Dengan cara begitu Insya-Allah akan membolehkan ibadah dapat disempurnakan,” katanya yang merupakan pensyarah dalam bidang dakwah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Dr Noraziah Abd Rahman, 42, yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga pula berkata beliau sangat teruja untuk turun padang dalam membantu jemaah, apatah lagi rakan-rakannya sebelum ini sering menguar-uarkan tentang program Sahabat Maktab.

“Sejak tiba di Makkah, saya memang tak sabar nak sertai sukarelawan ini. Membantu orang tidak akan jadi satu beban malah ia mengembirakan dan saya berharap ia menjadi landasan untuk mengutip pahala berlipat kali ganda,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendeposit Diingatkan Tidak Buka Mesej, Hantaran Meragukan - TH

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong Prihatin Isu Ruang Sempit, Sesak Di Mina

3

Semasa 9 bulan yang lalu

PRN: Berkempen Secara Matang - Mufti Kelantan

4

Refleksi 9 bulan yang lalu

Manfaatkan Sepenuhnya Hari Arafah

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat