web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dermalah Demi Anak-Anak Yaman dan Afghanistan!

Muslim Pro bekerjasama dengan UNICEF dalam mengumpul dana untuk kanak-kanak mangsa perang di Yaman dan Afghanistan.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 8:15AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan krisis kemanusiaan yang semakin meningkat, aplikasi Muslim Pro bekerjasama dengan UNICEF untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak yang terjejas akibat peperangan.

Syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura itu menandatangani usahasama selama satu tahun dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersebut.

Usahasama ini menjalankan aktiviti pengumpulan dana yang telah memberikan perkhidmatan kritikal dalam menyelamatkan dan melindungi nyawa khususnya kanak-kanak di seluruh dunia.

Buat masa ini, tumpuan diberikan kepada bantuan kemanusiaan untuk kanak-kanak mangsa perang di Yaman dan Afghanistan. 

Menurut UNICEF, semasa konflik dan bencana, kanak-kanak ialah individu yang paling terkesan. Mereka sangat terdedah kepada penyakit, kekurangan zat makanan dan keganasan.

Kanak-kanak yang tinggal di kawasan bergolak ini lebih cenderung hidup dalam kemiskinan yang melampau dan pendidikan yang terganggu.

Terperangkap dalam peperangan ini menjejaskan atau menghapuskan secara langsung akses kepada keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, sosial dan kesihatan.

Misi UNICEF adalah untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka dan membekalkan mereka dengan keperluan kritikal dan memastikan hak asasi manusia mereka terjaga.

Fara Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Terdapat berjuta-juta kanak-kanak Yaman dan Afghanistan yang sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.

“Sebagai jenama muslim yang berkhidmat kepada masyarakat muslim di seluruh dunia, adalah amat penting bagi kami memberi manfaat kepada kanak-kanak muslim yang terjejas itu.

“Selepas dua dekad konflik berlangsung dan berdasarkan perkembangan politik dan sosioekonomi, situasi kemanusiaan di Afghanistan semakin merosot dengan ketara.

“Perkhidmatan penting pula hampir musnah dan kira-kira 12.9 juta kanak-kanak Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan untuk terus hidup,” jelasnya.

Memecah rekod, Tabung Rayuan Kemanusiaan Kanak-Kanak Afghanistan kelolaan UNICEF merupakan yang terbesar dalam sejarah organisasi.

Konflik Yaman pula sudah berlangsung selama tujuh tahun dan dianggarkan 20.7 juta orang, termasuk 11.3 juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan dalam kadar segera.

Peperangan menyebabkan sekolah dan hospital terpaksa ditutup. Ini mengakibatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan untuk golongan kanak-kanak terjejas.

Selain menyokong keperluan kecemasan untuk kanak-kanak, UNICEF mahu memperlihat perkembangan jangka panjang dan membaiki masa hadapan mereka di negara masing-masing.

“Kami berharap dapat bekerjasama lagi dengan UNICEF pada masa akan datang serta menggalakkan komuniti global untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik,” ujar Fara.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan:

Vaksinasi polio

Makanan dan minuman

Air kecemasan, sanitasi dan kebersihan

Kesihatan melalui pasukan kesihatan dan klinik bergerak

Bantuan tunai, pengangkutan dan perubatan

“Kami gembira melihat aplikasi kami terus memberi sokongan dan bantuan yang besar kepada umat Islam di seluruh dunia kerana ciri-ciri aplikasi kami dapat membantu mereka melalui kempen ini,” kata Nik Emir Din, Ketua Pegawai Eksekutif Bitsmedia.

Anda juga boleh menderma kepada UNICEF melalui pautan yang disediakan di dalam aplikasi Muslim Pro. - Getaran, 27 Mei 2022

Gambar: Ahmed Akacha, Pexels

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN