web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Isteri Berjimak Semasa Azan Subuh Berkumandang, Sahkah Puasanya?

Menjawab persoalan tentang hukum berjimak di bulan Ramadan.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 4:30PM

Gambar Hiasan Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini tular di media sosial utama tentang satu soalan kontroversi yang dipertanyakan kepada mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Soalannya berbunyi seperti ciapan berikut: 

Berikutan soalan cepumas tersebut, ramai pengguna di Twitter bercanda dan menjadikan ia sebagai bahan jenaka, sedangkan soalan yang dipertanyakan sebenarnya masih relevan.

Sahkah puasa ketika suami isteri sedang berjimak semasa azan Subuh sedang berkumandang? Pastinya ramai juga yang tertanya-tanya, bukan?

Bagi menjawab persoalan ini, Zulkifli melalui laman sesawangnya, Maktabah al-Bakri memetik firman Allah SWT:

حِلَّ لَكُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُم

Maksudnya: “Telah dihalalkan buat kamu pada malam hari puasa itu untuk bersama dengan isteri kamu.”

Surah al-Baqarah: 187

Zulkifli menjelaskan pada asasnya perkara yang membatalkan puasa adalah berjimak dengan sengaja.

Dengan memetik Dr Muhammad al-Zuhaili, beliau menyatakan persetubuhan pada siang hari Ramadan secara sengaja membatalkan puasa, sekalipun tidak berlaku inzal (keluar air mani). 

Manakala persetubuhan pada malam hari Ramadan pula tidak menjejaskan puasa berdasarkan ayat di atas kerana perkataan “ٱلرَّفَثُ dalam ayat itu bermaksud jimak.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels


Memetik Dr Muhammad al-Zuhaili pula, beliau menjelaskan sekiranya suami isteri berjimak sebelum terbitnya fajar, kemudian persetubuhan itu berhenti seiring dengan terbitnya fajar, ia masih tetap sah.

Hal ini kerana air mani itu keluar hasil daripada mubasyarah (berseronok dengan bersentuhan tanpa lapik) yang diharuskan, maka ia tidak merosakkan puasanya.

Kesimpulan

Zulkifli berpendapat suami isteri yang sedang berjimak pada malam Ramadan, lalu azan Subuh berkumandang, maka puasa kedua-duanya masih dikira sah jika suaminya terus mencabut keluar zakarnya dari faraj isterinya saat mendengar azan tersebut. Tiada kaffarah (bayaran) dikenakan. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Manakala, jika mereka masih meneruskannya, dalam keadaan mengetahui waktu Subuh sudahpun masuk ketika terbitnya fajar sadiq, sekalipun tidak mendengar azan, maka puasa kedua-duanya terbatal dan diwajibkan untuk menggantikan puasa tersebut.

Malah, suaminya juga diwajibkan kaffarah kerana berjimak di siang hari Ramadan, jika cukup syarat-syaratnya sebagaimana yang disebutkan di atas. - Getaran, 29 April 2022

Sumber: Maktabah al-Bakri 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Orang Ramai Dinasihatkan Ambil Makanan Mengandungi Karbohidrat Kompleks Sepanjang Ramadan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Suami Ikrar Cerai Isteri Talak 3 Perlu Bayar Kaffarah Sumpah - Khairuddin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pelajar Cenderung Cederakan Diri, PKHEM Sekolah Didakwa Bersikap Melampau

4

TARA 3 tahun yang lalu

Zakat Fitrah Orang Yang Meninggal Dunia Di bulan Ramadan Wajib Dibayar Tetapi…

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari