web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Ikrar Cerai Isteri Talak 3 Perlu Bayar Kaffarah Sumpah - Khairuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 9:15AM

Dr Khairuddin Aman Razali - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong parti politik yang melafazkan ikrar untuk menceraikan isterinya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bergelar Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Negeri Ogos lalu perlu membayar kaffarah sumpah dengan memberi makan kepada 10 orang miskin, membeli pakaian kepada mereka atau membebaskan hamba.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, hak dan kebajikan isteri perlu dipelihara. 

Menurur beliau, isteri perlu disayangi dan dipertahankan selagi tiada sebab syarie yang memerlukan perceraian. 

“Tersebar di media baru tulisan seseorang yang bersumpah dengan nama Allah akan menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya PM (Perdana Menteri) masih kekal sebagai PM dengan berakhirnya bulan Ogos ini. 

“Jika benar, perbuatan ini adalah sikap melampau dalam berpolitik,” katanya. 

Hantaran yang tular di media sosial mengenai lafaz taklik seorang penyokong parti politik - gambar fail
Hantaran yang tular di media sosial mengenai lafaz taklik seorang penyokong parti politik - gambar fail

Tegas Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu, adalah amat tidak wajar menjadikan isteri yang disayangi dan keluarga sebagai bahan pertaruhan politik kepartian. 

“Menceraikan isteri tanpa sebab yang syarie adalah satu kezaliman terhadap isteri yang telah berkorban dengan bersedia menjadi isteri untuk disetubuhi dan dilahirkan pula zuriat bersama. 

“Perceraian juga mempertaruhkan nasib anak-anak yang menjadi mangsa perceraian dan ia satu lagi kezaliman terhadap anak-anak,” katanya.

Mengulas isu tersebut beliau berkata, lafaz sumpah akan menceraikan isteri tersebut tidak dikira sebagai lafaz cerai. 

Jelasnya, isteri itu masih lagi isteri walaupun September telah menjelang dan Anwar masih lagi bergelar Perdana Menteri.

“Malah tidak wajar kepada lelaki itu memenuhi sumpahnya dengan menceraikan isterinya tanpa sebab syarie dan hendaklah dia melanggar sumpah tersebut kerana Nabi (saw) menganjurkan sebagaimana sabda baginda dalam Sahih Muslim;
‎مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ فَرَأَى غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا فَلْيَأْتِهَا وَلْيُكَفِّرْ عَنْ يَمِينِهِ

"Sesiapa yang bersumpah dengan satu sumpah lalu dia melihat yang lain adalah lebih baik daripada sumpahnya maka datangkanlah yang lebih baik itu dan hendaklah dia kaffarahkan sumpahnya,” katanya memetik hadis berkenaan. 

Tegas Khairuddin, umat Islam perlu lebih berhati-hati ketika berpolitik, dan tidak bersikap melampau atau terlalu taksub sehingga menggugat institusi kekeluargaan yang wajar dipelihara. - Getaran, 4 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Terkenal Di Dunia Maya Bukan Jaminan Tak Buat Silap - Khairuddin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ashabul Kahfi: Tuduh Orang Sesat Sama Seperti Tuduh Ulama Juga Sesat 

3

Politik 3 tahun yang lalu

Khairuddin Bantu Dusuki Dalam Majlis Ulama UMNO  

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Netizen Indonesia ‘Kecanduan’ Suara PM, Kenapa Suara Bapak Tampan Sekali? 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar